Google+ Followers

My Followers~~

Saturday, 16 April 2016

Sedar



Tak kuat.
ya. aku tak kuat.
tapi aku tahu aku perlu kuat.
dan aku mesti kuat.

Rasanya seperti ditampar 
kenangan semalam.
segalanya datang berputar kembali.
dan untuk kesekian kali,
sakitnya datang lagi.

Moga masih tersisa secebis kekuatan.

tapi semalam
seolahnya ada bicara kecil dari hati
halusnya menyedarkan aku.
dan membuatkan aku sedar sesuatu.

ya. sesuatu yang aku lupa.
lupa untuk buang segala yang menyakitkan.
terutamanya kau!


Aku sesat dalam coretan.
cerita lama singgah di ingatan.
izinkan aku coretkan
agar ada pengajaran.

mungkin coretannya panjang berjela.
mungkin ceritanya bosan untuk di baca.
aku tak paksa kau baca.
cuma ingin bercerita.

semoga berakhirnya coretan.
aku dapat lenyapkan dia dari ingatan.

Dari awal dia tahu segala isi hati.
Dia tahu aku suka dia.
entah aku tak faham kenapa.
aku tak tahu kenapa aku jadi tak malu luah semuanya.
dan sekarang aku menyesal.
menyesal yang bukan sikit-sikit.

menyesal pernah jatuh hati, jatuh suka dan jatuh sayang.
menyesal suka dia!
menyesal suka dia!!
menyesal suka dia!!!
menyesal sebab dia tahu semuanya.
dan semuanya sekarang sebuah penyesalan yang tak berpenghujung.

dari awal aku nampak dia,
hati ni tergedik-gedik suka dia. 
tak senonoh punya hati!

tapi akhirnya aku tahu dia dah ada seseorang yang istimewa.
padan muka kau hati. kan dah kecewa.
okey, its fine!
teruskan hidup macam biasa. 

tapi...
tak lama lepas tu,..
khabarnya dia dah alone.
tak pasti di tinggalkan or dia yang tinggalkan.

bodohnya aku,
 bajet nak jadi 'nurse' untuk hati dia yang kecewa tu
kengkonon nak dia lupakan dia pernah kecewa,
kepala otak kau!
dan akhirnya kau kecewa sendiri.
Tahniah cik hati.

Tapi...
aku tak faham.
dia baik je dengan aku.

wait!!! kejap!
Aaaaaa.. lupa..
dia ada cakap something.
tapi aku yang tak faham.
ya.. aku tak faham bahasa penolakan dia.

bodohmya akuuuu!
*hantuk kepala ke dinding*

tapi satu yang buat aku terkilan dan kecewa
dia pilih orang lain
lepas dia cakap dia tak sedia untuk bercinta lagi
then apa kau expect yang aku rasa time tu?
aku depan dia tapi dia pilih orang lain! sadisnya.

and yang paling sakit hati,
lepas bertahun tak contact,
aku cari dia untuk clearkan semua ni.
aku mintak cuma satu, sebuah kepastian.
bersama sebuah persoalan.
kau tahu apa jadi?
cuba teka...

dia tinggalkan aku terkebil-kebil macam tu je.
ye awak,, dia tak jawab soalan tu.
dan dia beralasan untuk akhiri perbualan.

now i know.
aku dah faham.
dan aku dah sedar.

aku yang salah dari awal cerita.

pesan buat mereka 
jangan jadi macam aku.
hati tu jaga seeloknya.
simpan kemas biar Allah jaga.

** layan lagu mendua by astrid lepas baca ni. 
semoga ada yang faham. kalau yang pernah alami, boleh kot share tips nak lupakan semua ni T_T