Google+ Followers

My Followers~~

Saturday, 24 December 2011

*Jiranku Kekasihku 1*

"Nanti bila Danny besar, Danny nak beli rumah banglo dua tingkat. Nak cat warna ungu. Danny nak beli kereta Lancer dan Satria Neo" kata Danial memasang angan-angan.

"Kau nak buat apa rumah besar-besar? kereta pulak kenapa sampai dua bijik?" soal Myasara hairan.

"Aku nak kahwin lah" ujarnya bersungguh-sungguh.

"Kau nak kahwin dengan siapa?" soal Myasara lagi ingin tahu.

"Aku nak kahwin dengan kau! Kau nak tak kahwin dengan aku?" soalnya memandang tepat ke wajah Myasara.

"Betul ke? Aku pun nak. Kau bagi aku bawak Satria Neo erk?" Myasara teruja dengan kata-kata Danial.

Angan-angan budak-budak. Namun sampai ke hari ini, kenangan itu masih segar di ingatan. Setiap kali sebelum tidur, angan-angan itu pasti akan muncul hingga terbawa-bawa ke alam mimpi.
Dahulu, Myasara dan Danial sangat rapat seperti isi dengan kuku. Mereka seperti adik beradik dan kadangkala seperti kembar. Danial sangat baik dan sangat menyayangi Myasara. Jika ada lelaki atau budak yang membuli atau mengusik Myasara pasti akan mendapat balasan dari Danial. Walaupun usia mereka berbeza 2 tahun, itu tidak menjadi penghalang hubungan mereka. Malah kedua mereka rapat dengan keluarga satu sama lain. Kadang-kadang Danial bermalam di rumah Myasara dan kadang-kadang Myasara bermalam di rumah Danial. Perbezaan mereka hanyalah Danial datangnya dari keluarga yang senang. Walaupun mereka tinggal satu taman, tetapi Danial tergolong dalam kawasan perumahan elit. Myasara pula hanya dalam golongan biasa-biasa. Myasara mempunyai seorang abang yang di panggil Abang Long. Danial pula mempunyai seorang kakak dan seorang adik perempuan bernama Danisha.

"Assalamualaikum!" salam diberi dari luar bilik beserta dengan ketukan. Terbang segala kenangan zaman kanak-kanak.

"Waalaikumsalam. Masuk lah! Pintu tak kunci pun." balas Myasara.
Terjengul wajah Abang Long denagn senyuman kerang busuknya.

"Kenapa Long? Macam kerang busuk je Sara tengok. Bila Long sampai? Lama ke cuti?" soal Myasara bertalu-talu.

"Baru je. Lama la jugak cuti kali ni. Rindu kat adik Long ni la." balas Adli.

"Banyak la Long punya rindu. Dah lama Long tak balik. Tak tau ke orang rindu?" balas Myasara. Begitulah hubungan mesra kedua beradik ini. Myasara memang manja. Maklumlah anak bongsu la katakan.

"Petang esok balik kampung nak? Long rindulah kat Opah. Dah lama kita tak balik Jerteh." cadang Adli.

"Okey jugak. Sara pun dah rindu kat Opah dan dah lama kita tak ke sungai" balas Myasara.

*****

Setelah penat bermain futsal, Danial duduk bersantai di halaman rumah banglonya. Sudah setahun dia mencapai angan-angan kanak-kanaknya. Terimbau pula dia pada kenangan dulu. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Myasara. Bagaimana agaknya gadis itu sekarang. Dia masih ingat betapa eratnya hubungan mereka, seperti kembar siam. Tiba-tiba ada rasa rindu bertamu di hatinya.

"Hai,jauh benor angah termenung? Ingat kat kak Sara ke? Kalau dah rindu tu kenapa tak call? tak pun, pergilah balik kampung. Lagipun angah dah lama tak balik kampung. Tak rindu kat Wan ke?" soal Danisha panjang lebar.

"Terfikir jugak. Tapi tak best ar sorang-sorang. Jom la Isha teman angah." ajak Danial.

"Okey. Bila nak bertolak?" soal Danisha lagi.

"Esok lepas zohor" balas Danial ringkas.

Selepas menunaikan solat Isyak dan makan malam, Danial meminta diri naik ke bilik. Dia berbaring sambil menatap gambar zaman kanak-kanaknya. Tiba-tiba matanya terfokus pada sekeping gambar miliknya bersama Myasara sewaktu hari raya aidilfitri terakhir sebelum dia melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Danial tersenyum sendiri. Myasara ketika itu sangat gemuk. Macam Enot pun ada. Tapi dia senang mendampingi gadis itu. Sentiasa riang dan tenang dalam segala situasi. Tangan Danial pantas mencapai telefon bimbit yang terletak di penjuru meja. Nombor telefon Myasara didail.
sesaat, dua saat, telefon diangkat.

"Assalamualaikum.. boleh saya bercakap dengan Ain Myasara?" sapa Danial setelah panggilannya di sambut.

"Waalaikumsalam. Myasara bercakap. Siapa di talian?" soal Myasara pula.

"Kau tak kenal aku Sara?" soal pemanggil di talian.

"Maaf. Siapa ni?" soal Myasara kembali.

"Ni aku lah! Danny." balas Danial akhirnya.

"Akhirnya kau telefon jugak aku kan? Lama aku tunggu. Kenapa kau call aku malam-malam macam ni?" soal Myasara lagi. Terubat segala rindu yang bersarang di dada.

"Aku dengan Isha nak balik kampung esok. Kau tak balik ke? Aku dah lama tak jumpa kau." balas Danial jujur.

"Eh! kebetulan aku dengan Long pun nak balik esok. Jumpa esoklah." jawab Myasara riang.

2 comments:

  1. meow! sarah! ni first time anis (dapat explore blog sarah! (pakai laptop kat rumah.huhu) that story is interesting. tulislah lagi! ( > 3 < ) (anis syuhada tau.huhu)

    ReplyDelete