Google+ Followers

My Followers~~

Thursday, 28 February 2013

"Segmen : Siapa blogger bertuah by Anak En.Yusni"

Assalamualaikum..
ye2..join segmen lg..


niat sarah join semua segmen ni
just untuk suke2 jer..
kalau menang tu rezki Allah..
#ceh ayat bajet baik je#

di tag kepada..



1st GA by NYNA-barbie Giveaway

assalamualaikum you all..
hihi
kali ni nak join GA lg..


okey2 bg yg berminat, boleh klik utk join kat bawah banner tu 
untuk menjoinkn diri ye..

nak berpantun sikit..

jalan-jalan ke rumah Pak Moin..
Pak Moin berjalan mencari benang..
GA cik Nyna sy dh join..
harap boleh jd pemenang..

fulamak berpantun la plak..
#Semua ini Poyo!#


ditag kepd

xoxo 
:D


"Segmen Kenali Saya Purple Sweetyzhanieyz83"

assalamualaikum semua..
diharap kalian sihat belaka..
#ceh ayt mcm tulis surat#

ok, sarah nak join segmen akak manis ni..


okey..
blog akak da difollow, arahan seterusnya pom sudah..
ok semoga ade pluang mnang..


xoxo
:D

Wednesday, 27 February 2013

CONTEST: "Sehijau Warna Daun" by QF

assalamualaikum semua..
sarah nak join contest si manis Farra ni..
sesaje je mncuba nasib..harap2 mnang la..
In Sha Allah..


sesape yg brminat, klik untuk join bwah banner tu bg mnjoinkn diri ye..

dgn lafaz Bismillahirrahmannirrahim..
sarah letak gmbar yg tak brape comel ni..
#Ayt poyo#


Hijau pada sy ialah satu warna yg mnyejukkan mata..tak caya??
ce tgk pokok kat luar..cantik je ciptaan Allah..tenang je bile pandang ciptaan-Nya.
hijau jugak mengingatkan sarah tentang sekolah..
sebab mase form4 sampai form6 sarah pkai bju hjau..
pengawas sekolah la katakan..hihi

berjalan2 di Pasir Panjang,
di tengah jalan terjumpa kerbau,
warna yg tenang ialah hijau,
buat sejuk mata yg memandang..

amacam, jdik tak pantun tu?
harap QF suka..hihi

ok..semua syarat da patuh dgn pnuh disiplin..
semoga mndapat tmpat di hati QF..
nk berpantun la sikit..

pergi berjalan rumah Pak Moin,
contest farra sarah dah join..
Pak Moin pula mncari benang,
harap sarah bolehla menang..

xoxo
:D

Tuesday, 26 February 2013

header comel..dr Qaseh Farra



assalamualaikum..
cantik tak header baru sarah?
cantik an..
sape ckap x cantik?
sini kau aku nak debik..

credit to Qaseh Farra
thanks ya utk header comel tuh..
korang kalau nk jugak boleh tmpah kat dia..
just klik nama Qaseh kat ats tu..
murah je..
bukan header je yg ade..
macam2 la ade..
ni je kot..

xoxo
:D

Monday, 18 February 2013

Pintu Taubat..



Assalamualaikum..
sarah nak share jugak pasal taubat..
ye la kita hidup kat dunia ni mesti buat dosa kan..
walaupun secara sedar dan tidak..
sarah pun tak terkecuali..
so nak share artikel yang sarah baca..




"Pintu Taubat". Pernahkah anda menonton sebuah siri drama di televisyen berbayar yang menyiarkan kisah seorang manusia yang lalai dengan pelukan duniawi dan akhirnya tidak sempat untuk bertaubat atas segala kesalahannya terhadap Maha Pencipta?
Rasa kesal dan sesal tidak lagi berguna jika nyawa betul-betul dihujung tanduk. Apa yang mereka boleh lakukan? Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya" 
(Hadis Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)
Gerun bukan? Cuba letakkan diri kita di saat nyawa betul-betul dihujung halkum kita. Tidak terkata dan terbayang dengan apa-apa yang akan berlaku. Saat mati itu adalah rahsia dari Allah, tiada siapa di atas muka bumi ini yang mengetahui saat bila kita akan dipanggil oleh nya hatta seorang ibu yang melahirkan dan menyusukan kita serta membesarkan kita pun tidak dapat meneka saat ajal itu tiba. Mati itu tiada diskriminasi, mahupun dia adalah seorang raja, hartawan, papa kedana, alim, penjenayah pasti akan merasai saat kematian.
Dalam firman Allah SWT mengingatkan kita bahawa;
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." 
(Surah Ali 'Imran ayat 185)
Jika berbicara mengenai taubat, secara automatik kita akan menyentuh sedikit perihal hidup dan mati. Mereka bertiga seolah-olah mempunyai link yang tersendiri dan unik untuk dikupas. Pasti pernah kita terfikir,
"Bagaimana jika aku mati dalam keadaan tidak sempat untuk bertaubat dari segala dosa-dosa aku yang lampau?"
"Adakah aku akan mati dengan tenang jika dosa-dosa lalu ibarat menghambat aku sendiri di hari akhirat kelak?
"Dan bilakah waktu Malaikat Izrail itu akan datang untuk mencabut nyawa ku?"
Meremang seketika bulu roma apabila nama Malaikat Izrail disebut. Ibarat ia dekat dan sedang memperhatikan kita. Subhanallah.

Saya punya satu kisah yang boleh diambil iktibar dan pengajaran. Dan cerita ini merupakan sumber inspirasi saya untuk terus menulis artikel ini. Kisah ini bermula dengan seorang pelajar universiti yang biasa sahaja. Tahun pertama, dialah Imam pertama saya ketika saya ingin mengerjakan solat Zohor di surau asrama. Gaya, penampilan dan tutur kata tidak banyak berbeza dengan pelajar lain.
Penampilannya tampak seperti orang Bandar mungkin Kuala Lumpur, Johor Baharu atau Penang. Selepas beberapa semester, dia sudah tidak kelihatan di surau itu lagi. Dan akhirnya saya terserempak dengannya ketika kuliah tamat. Rambutnya kelihatan perang dan nampak lebih bergaya. Saya mula untuk menilai yang dia bukanlah seorang yang betul-betul mendalami ajaran Islam. Dan kini, solat maghrib di surau yang sama, dialah Imam yang mengetuai Jemaah dalam solat tersebut. Dia kembali kepada fitrah yang dulu saya pernah jumpa. Saya gembira dan dari situ, saya fikir jika dia boleh berubah kepada yang lebih baik, kenapa tidak saya? kita?
Pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk kita sebagai umatnya. Jangan kita sesekali berputus asa dengan Rahmat dari Allah yang menciptakan kita. Firman Allah dalam Surah az-Zumar ayat ke 53,
"Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Itulah yang saya ingin sampaikan bahawa Pintu Taubat Allah sentiasa terbuka luas untuk hambanya. Ayat diatas tiada sebarang syak wasangka dan keraguan untuk kita terus istiqamah memohon ampun dariNya dan meninggalkan segala kemungkaran yang telah kita lakukan. Dialah jua Yang Maha pengampun lagi Maha Mengasihani.
Tertarik saya dengan satu perkara yang membezakan kita (umat Nabi Muhammad) dengan umat-umat nabi terdahulu. Disebutkan bahawa Nabii Adam A.S telah berkata,
"Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak akan diberikan kepadaku:
1. Taubatku hanya diterima di Kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad SAW diterima disebarang tempat oleh Allah SWT
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah SWT, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Nabi Muhammas SAW membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah SWT memberikan mereka pakaian.
3. Ketika aku berbuat derhaka kepadaNya, maka Allah SWT telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Nabi Muhammad SAW berbuat derhaka, Allah SWT tidak memisahkan mereka.
4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Nabi Muhammad SAW derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W."
Hanya syukur yang dapat kita luahkan betapa kasihnya Allah SWT terhadap kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW . Namun sayang, masih lagi ada manusia yang celik tetapi hakikatnya mereka buta. Hati mereka buta untuk melihat kasih sayang dari Allah SWT itu.
Berbalik kepada cerita saya tadi, dia sangat beruntung kerana telah dibukakan hati nya untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Kisahnya perlu diambil pengajaran kepada diri saya sendiri untuk teurs istiqamah dalam melawan segala godaan syaitan dan hawa nafsu.
Kita manusia biasa yang sering kali melakukan kesilapan dan kesalahan. Jika kita seorang yang peka dan mengetahui akan segala kesalahan yang dilakukan itu adalah salah dan melawan tuntutan dari Allah. Alhamdulilah, kita punya peluang untuk berubah kepada yang lebih baik. Kini ramai remaja mahupun dewasa sebenarnya hilang arah hidup mereka dan tidak pernah ingat akan tuntutan Allah dan laranganNya kepada kita. Mereka terus berbuat dosa dan kemungkaran. Dimana iman yang senipis kulit bawang ketika itu? Adakah terus lesap dan menghilang begitu sahaja?

Sebagai kata penutup, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri terlebih dahulu dan pembaca sekalian agar kita sentiasa ingat bahawa dosa yang kita lakukan merupakan saham kita yang akan dibawa ke sana. Ia sama juga dengan segala kebaikan dan pahala kita akan turut dibawa ke sana. Bagaimana jika timbangan amalan dosa/buruk melebihi daripada amalan baik/pahala? Pada saat itu, rayuan untuk kembali ke dunia tidak akan dilayan sama sekali.
Justeru sebelum terlambat, bersegeralah kita untuk memohon ampun dan bertaubat dengan segala dosa, kemungkaran dan kelalaian kita yang lalu supaya Allah dapat mengampunnya sebelum hembusan nafas kita yang terakhir. Renungkanlah  sepotong ayat Al-Quran, Surah Ali-'Imran ayat 135-136 untuk kita muhasabah dan hayati.
"Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal"
Wallah Anta A'lam

20 sifat wajib bagi Allah

Assalamualaikum..
kali ni nak share something yang bermanfaat..
asyik citer yg merapu je..
baik sarah sampaikan ilmu..
sebab sarah ingat, sampaikanlah ilmu walaupun hanya dgn sepotong ayat..
semoga ilmu ini bermanfaat..
*ini semua poyo!*



Wujud
Ertinya Allah itu ada.  Mustahil Allah itu tiada dan bukti Allah itu ada ialah adanya alam ini.  Tidak mungkin adanya sesuatu itu tanpa ada yang mengadakannya atau menjadikannya.

 Qidam
Ertinya Allah itu tidak ada permulaan bagiNya.  Mustahil Allah itu ada permulaan bagiNya, kerana kalau Allah itu ada permulaan maka samalah Ia dengan makhluk.  Jika sama dengan makhluk maka Ia bukan Tuhan.

 Baqa
Ertinya Allah itu kekal selama-lamanya.  Mustahil Allah akan binasa kerana jika Ia binasa maka alam ini tidak akan sempurna dan akan sama turut binasa.  Allah kekal selama-lamanya kerana Ia tidak dijadikan tetapi Ia yang menjadikan sesuatu dan menyempurnakannya.

Mukhalafatuhu Lil Hawadis
Ertinya Allah tidak menyerupai dengan makhluk.  Mustahil Allah menyerupai makhluk kerana Ia yang menjadikan makhluk, antara yang menjadikan dengan yang kena jadi sudah pasti berlainan.

Qiyamuhu Binafsih
Ertinya Allah tidak memerlukan kepada yang lainnya.  Mustahil Allah memerlukan kepada yang lainnya kerana jika Allah memerlukan kepada yang selainnya maka sudah tentu Ia lemah, tidak sempurna dan Ianya bukan Tuhan.

Wahdaniyah
Ertinya Allah itu Maha Esa.  Mustahil Allah berbilang-bilang (banyak) kerana jika Ia berbilang sudah tentu akan terdapat perbezaan pendapat serta akan timbul pula perselisihan faham yang mengakibatkan kebinasaan alam ini.

Qudrat
Ertinya Allah itu Maha Berkuasa.  Mustahil Allah itu lemah kerana jika Ia lemah maka sudah pasti alam ini tiada dan Ia bukan Tuhan.

 Iradat
Ertinya Allah menetapkan sesuatu mengikut kehendakNya.  Mustahil Allah dipaksa kerana jika dipaksa Ia adalah lemah dan Ianya bukan Tuhan.

 Ilmu
Ertinya Allah itu berpengetahuan.  Ia mengetahui keseluruhannya sama yang telah dijadikanNya atau yang bakal dijadikanNya.  Mustahil Allah itu tidak mengetahui atau bodoh kerana jika Ia bodoh sudah pasti Ia tidak dapat mengatur alam ini.  Kejadian alam yang sempurna ini membuktikan Allah itu berpengetahuan yang tiada tolok bandingannya.

Hayat
Ertinya Allah itu bersifat dengan hidup.  Mustahil Allah itu mati, jika Ia mati nescaya akan rosak binasalah alam ini kerana itada yang hendak mengaturkannya.

Sama’
Ertinya Allah mempunyai sifat mendengar.  Mustahil Allah itu pekak atau tuli kerana pekak adalah sifat kekurangan.  Maha suci Allah dari sifat kekurangan tersebut.

Basar
Ertinya Allah bersifat melihat.  Mustahil Allah itu buta kerana buta itu sifat kekurangan.  Maha suci Allah dari sifat kekurangan.

 Kalam
Ertinya Allah itu bersifat dengan berkata-kata atau berfirman.  Mustahil Allah bisu kerana jia Ia bisu sudah pasti Ia tidak dapat memerintah dengan baik.  Bukti Allah bersifat dengan berkata-kata itu seperti mana firmanNya yang terkandung di dalam kitab al Quran.  Al Quran yang dibaca dan ditulis di atas mashaf itu adalah gambaran dari sifat Kalam yang Qadim yang berdiri atas zat yang Qadim iaitu zat Allah.

       Kaunuhu Qaadiran
Ertinya Allah itu sentiasa bersifat dalam keadaan berkuasa.  Mustahil Allah dalam keadaan lemah.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat kuasa maka Ia tetap dalam keadaan berkuasa dan tidak pernah berhenti walau sekejap.

       Kaunuhu Muriidan
Ertinya Allah itu bersifat sentiasa dalam keadaan menghendaki, mustahil Ia dalam keadaan dipaksa.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat kehendak maka Ia sentiasa dalam keadaan menghendaki.

    Kaunuhu ‘Aaliman
Ertinya Allah itu sentiasa dalam keadaan mengetahui, mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat Ilmu maka Ia tetap sentiasa bersifat dalam keadaan berilmu.

     Kaunuhu Hayyan
Ertinya Allah itu bersifat tetap dalam keadaan hidup, mustahil Ia dalam keadaan mati.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat Hayat maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan hidup.

      Kaunuhu Samii’an
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan mendengar, mustahil ia dalam keadaan tuli.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat mendengar maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan mendengar.
      
 Kaunuhu Basiiran
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan melihat, mustahil Ia dalam keadaan buta.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat melihat maka ia sentiasa tetap dalam keadaan melihat.

      Kaunuhu Mutakalliman
Ertinya Allah itu sentiasa tetap bersifat dalam keadaan berkata-kata, mustahil Ia dalam keadaan bisu.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat berkata-kata maka Ia tetap dalam keadaan berfirman.






Friday, 8 February 2013

GA kain pasang

wonderful day..
salam jumaat..


salam semua...
sarah join segmen lagi..
nak join..?
klik sini kat bawah banner tu..
selamat menjoinkan diri ye..
smoga menang..



Random Giveaway by LS

segmen lagi..segmen lagi..


ok sarah join segmen lagi..harap2 menang lagi..
hadiah kat sini sesangat sangat menarik..
so, jom le kite join rmai2..

nak tag kat