Google+ Followers

My Followers~~

Thursday, 6 June 2013

Tentang sebuah perjalanan yang hebat..


ok,semalam kan hari israk mikraj ( 27 Rejab )..so, salam israk mikraj ye..
maybe dah terlambat nak buat entry..
tapi hal ini disebabkan laptop sarah mengalami kerosakan iaitu blackout secara tiba-tiba 
*tidak ada kaitan dengan politik ye..*
so, Israk disini bermaksud : perjalanan Nabi s.a.w menaiki binatang yang dikenali sebagai Buraq dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa 
Mikraj pula bermaksud : perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ke tujuh..

Pejalanan baginda ini ada terkandung dalam Al-Quran , surah Al-Isra' ayat 1 yg bermaksud:

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

MashaAllah hebatnya kekuasaan-Nya..hanya dalam satu malam kejadian ini berlaku..

semasa menaiki langit ke-7 sebelum berjumpa dengan Allah SWT, baginda bertemu dgn Nabi Ibrahim..
Nabi Ibrahim bersabda: Engkau akan berjumpa dengan Allah malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu..

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".








untuk lebih lanjut lawati: SINI
Sumber utama: SINI
Gambar: Carian google

p/s: semoga bermanfaat..yg baik itu dari Allah, yg kurang itu dari saya sendiri..
wallahu"alam

1 comment: