Google+ Followers

My Followers~~

Thursday, 4 December 2014

Perbaiki Diri, Istiqomah, Moga Allah Redha

Manusia mana tak buat salah?
Manusia mana tak buat dosa?
Kita bukan nabi.
Kita bukan malaikat.
Tapi kita kena ingat, kita juga bukan syaitan
yang langsung tak pernah buat kebaikan.
Kalau betul nak berubah, hati kena kuat!
Sebab kadang-kadang ujian datang bertalu-talu
menguji keimanan dan kesabaran saat kita dah mula berubah.
sebab syaitan tu licik.
Bila kita dah mula buat baik, dia akan sedaya upaya goda kita.
sebab dia nak kita jadi kawan dia kat neraka nanti.
Kalau betul nak berubah,
kenalah taubat sungguh-sungguh,doa sungguh-sungguh.
InsyaAllah, kalau kita bersungguh-sungguh, Allah akan kirim org baik-baik
di sekekliling kita. yang penting kita bersungguh-sungguh.
Doa supaya Allah kirimkan sahabat yang sentiasa mengingatkan kita bila kita leka.

p/s: Jom sama-sama baiki diri, cari redha Allah.Moga Allah redha. :)


Monday, 1 December 2014

Kisah madu dan cuka epal

Hari ni nak kongsi satu cerita dari seorang sahabat..
saya ( sahabat) adalah pelajart ahun 5 di universiti iskandariah mesir. seorang ayah kepada seorang anak dan masih mempunyai ibu bapa dan kedua-dua mentua. ditakdirkan Ilahi, kedua-dua org tua saya menghidap kencing manis, sy khususkan kepada mentua saya di pahang. pada awal februari 2014 yg lepas ketika cuti musim sejuk, sy telah pulang ke malaysia untuk cuti semester, pada masa yang sama, pulang terus ke rumah mentua untuk bercuti. 
symptom-symptom yang di alami bapa mertua seperti:
> lemah badan, lesu
> terbaring, tidur sepanjang hari
> turun berat badan
> hilang selera makan
berat mata memandang, luluh lg hati yang merasa, apatah lagi tanggungjawab sebagai pengamal perubatan dan menantu. bila di hantar ke klinik kerajan berdekatan, bacaan pertama yang di terima sangat mengejutkan.

28mmol/L!

jururawat, doktor yang berada di sekeliling mengawasi segala pergerakan bapa mentua, kondisi bacaan ni mudah untuk:
-pitam
-koma
-sebarang kecederaan sukar untuk sembuh
-boleh bawa kepada kematian

kitab-kitab perubatan yang di pelajari di buka semula sehinggalah tergerak hati untuk menempah Journal Perubatan dari Amerika di bawa khas dari Ohio University.

"Folk Medicine"
Karangan Dr.DeForest Clinton Jarvis, 1958 (boleh rujuk wiki)

olahan buku perubatan ini sangat baik, tanpa menggunakan bahan kimia, ekstrak dari haiwan. beliau mengkhususkan untuk rawatan gula tinggi dalam badan 
(Diabetes/Kencing manis)

Boleh gunakan 
1. Madu Lebah Asli
2. Apple Cider (cuka epal)

Mengikut Kitab Fiqh Sunnah Makanan, makanan ini juga di sebut-sebut dan di anjurkan Nabi s.a.w. tanpa ragu-ragu saya gunakan.

minggu pertama tak banyak sangat perubahan.masuk minggu kedua, bacaan mula menurun dengan drastik dari 20mmol/L ke 14.8mmol/L
Abah dah mula berselera makan, berat badan pun meningkat.
Paling menggembirakan, minggu ke 5 abah dah boleh ke ladang, aktif bergerak di waktu pagi, membonceng motosikal bawa buah sawit. dari kelesuan sebelum ni, abah dah mulai ceria.

Tujuan saya kongsikan ini?
Penyakit Diabetes selalu membawa permulaan kepada penyakit lain.

jom cegah, atasi, dan rawat diabetes/kencing manis.

"Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat"

"Ambillah/ pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan Al-Quran"
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

P/s: Jika ada yang berminat nak cuba madu asli dan cuka epal,
Boleh contact Sarah di whatsapp (0139892458)

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia,” (Al-Nahl 16:68) 
Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa minum madu setiap bulan dengan niat mengikut nasihat al-Quran, maka Allah SWT akan me­nyembuhkannya daripada 77 penyakit.


Sunday, 30 November 2014

Hah? Dah December?


Allah, sekejap nye laa masa berlalu.
sedar tak sedar dah di bulan akhir 2014.
Semester 3 pun dah di penghujung.
Ape yang aku buat sepanjang 2014 ni?

Banyak amal kebaikan atau dosa?


manusia mana yang tak pernah buat dosa?manusia mana yang tak pernah buat salah?
cuma kita ni, macam mana?
bertaubat ke tak?
tinggalkan dosa tu atau terus bergelumang dengan dosa?
tepuk dada tanyalah iman.


sama-samalah kita muhasabah diri sentiasa..
sama-sama kita cari keampunan-Nya.
insyaAllah..

moga Allah pandang usaha kita mencari keampunan-Nya.













Thursday, 27 November 2014

Mencari Cinta yang Hilang

Aku bermula dengan sebuah tangisan.
Satu persatu nikmat Allah beri.
Dari meniarap aku bisa merangkak.
Dari merangkak aku belajar berdiri dan berjalan.
Hari demi hari usia makin bertambah.
Nikmat kehidupan makin bertambah.
Aku mula kenal Allah.
Aku belajar sirah Rasulullah 
(Allahummasolli Ala Muhammad)
Makin matang fikiran,
Ada rasa cinta di hati.
Aku mula mencari cinta antara manusia.
Tanpa sedar aku terpedaya dengan dunia yang sementara.
Makin lama, makin hanyut.
Sampai satu saat, aku tak mampu lagi berdiri.
Longlai kaki ini,
Lalu rebah menyembah bumi.
Seolah tersedar dari tidur yang panjang.
Aku seolah berasa kehilangan.
Terasa kosong di segenap jiwa.
Tercari-cari apa yang hilang.
Lelah dalam pencarian yang tak berpenghujung.
Hingga aku terlena dalam mimpi.
Dingin pagi mengusik tidurku yang lena.
Mata menjadi segar tiba-tiba.
Ada bisikan halus meminta aku berwudhuk.
Pagi itu, terasa nyaman sekali.
Lalu aku berbicara dengan-Nya.
Tanpa sedar ada airmata yang gugur.
Azan subuh pagi itu terasa sangat indah pada pendengaran.
Segenap jiwa ini leka mendengarkannya.
Tanpa sedar, ada rasa damai yang menjalar di jiwa.
Terasa ringan sekali untuk kembali bersujud.
Pagi itu lama aku bertafakur di sejadah.
Sayup-sayup aku terdengar suara yang menyebut kalimah 'ALLAH'
Seperti tersentak hati ini.
Seperti tersedar yang aku makin jauh dari-Nya.
Airmata mengalir lagi.
Allahu! betapa lekanya aku dengan dunia.
Hingga tanpa sedar aku hampir kehilangan-Mu.
Hati mula berbisik.
Cinta itu yang kau pernah hilang.
Carilah kembali.
Raih kembali.
Moga cinta-Nya 
Menjadi milikmu.
Pohonlah pada-Nya.
Mintalah pada-Nya.
DIA merindui rintihanmu.

Buatmu Hati Kecilku



Hati, tika kau lemah dan rapuh,
Ingatlah kau sentiasa ada Allah.
DIA punya penawar untuk segala sakit yang kau alami.
Sentiasa lah dekat pada-Nya dalam doa dan di setiap sujudmu.

Mohon lah kekuatan daripada-Nya
kerana melalui DIA,
kau mampu temui kekuatan yang luar biasa.

Hati, saat air mata tak mampu lagi kau tahan,
mengadulah pada-Nya 
dalam doa dan sujudmu.
Sesungguhnya DIA sentiasa merindui rintihanmu

Saat kau lemah dan terluka dengan sikap manusia,
carilah ketenangan melaui kalimah-kalimah-Nya.
Jangan kau lupakan surat cinta dari-Nya.
Bacalah selalu.
Di situ kau akan temui ketenangan InsyaAllah.



Wahai hati kecilku,
janganlah kau bersedih kerana manusia.
jangan bazirkan airmatamu yang suci itu untuk manusia.
simpanlah airmata itu,
moga menjadi airmata keinsafan.
moga menjadi airmata kerinduanmu untuk-Nya.

Hati, janganlah kau merasa kecewa andai
kau gagal meraih cinta seorang manusia.
tapi menangislah kau,
bila kau gagal menemui cinta-Nya yang Agung.

Hati, syukurilah setiap apa yang kau miliki.
sebab, belum tentu kau akan hidup lama.
jangan nanti kau mati dalam keadaan tak bersyukur.
sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang perlu kau syukuri.

Hati, lazimilah istighfar dalam kehidupan seharianmu.
Moga dengan itu, ia mampu memadamkan
titik-titik hitam di hati kecilmu.
Sentiasalah mengingati-Nya,
Dengan itu, kau akan berasa dekat dengan-Nya.


Tuesday, 25 November 2014

Kuatlah Duhai Hati



segala tentang dia sentiasa menguji hati..
saat hati dah mula nekad melupakan,
dia datang bawa kenangan.
dia datang bawa harapan.

betapa aku terseksa cuba melupakan.
betapa aku perlu kuat untuk telan kenyataan pahit tu.
kuatlah duhai hati.
lepaskan dia dari hati.


Kenapa? kenapa awak selalu hadir saat aku cuba berlari dari kenangan lalu?
kenapa awak tak pulangkan semula hati yang 
awak tak pernah hargai tu?
awak kejam!

impian saya terlalu besar untuk meraih secebis perhatian dari awak.
terlalu tinggi terbangnya harapan dan angan-angan.
hingga aku lupa kesakitan yang bakal aku lalui
lupa tentang realiti yang semuanya tak mungkin terjadi.

just give me more time.
and i will completely forget you.
help me.
do not contact me again.
don't those word that we're friend.
it hurts me a lot.

just leave me alone when you have someone that can make you smile.
i'm moving on.
and i won't turn back.
there is no way to u-turn.

i hope you're happy without me.

anggap saja aku sudah mati dari hidup kamu.
ya. mati.


Saturday, 8 November 2014

Hancur Lebur




Mungkin dia yang pernah pinjamkan bahu
lebih tahu luka yang pernah terguris di hati ini
berbanding mereka yang hanya berkongsi senyuman dan ketawa
Mungkin mereka yang sudi pinjamkan telinga
lebih tahu tentang aku
berbanding mereka yang sentiasa bersama tapi tak pernah memahami.

aku bukan jenis yang suka minta simpati.
aku bukan jenis yang suka cerita semua tentang aku pada semua orang.
pada mereka yang kenal, mereka tahu macam mana aku.
pada mereka yang prihatin, mereka tahu bila aku okey atau tak.



hati ni dah hancur lebur. sakit dengan sikap manusia.
bukan nak mengungkit, cuma sekadar meluahkan.
dari dulu sampai sekarang. sentiasa nak jaga hati orang.
sampai aku lupa yang aku perlu rawat hati sendiri.

hati ni, mudah sangat nak jatuh sayang pada orang.
tak kira lelaki atau perempuan. asalkan yang nama kawan,
semua aku sayang.
bila dah sayang, bila-bila masa air mata aku boleh tumpah sebab mereka.

kadang-kadang sedih jugak,
bila aku dah anggap orang tu kawan, tapi akhirnya aku di lupakan.
hantar sms, haram nak jawab. whatsapp lagi lah.
mungkin aku dah tak penting. ataupun masing-masing sibuk.
aku faham.
sebab aku pun pernah tak reply sms/whatsapp
bukan sebab aku malas.
tapi kadang ada perkara yang perlu aku selesaikan.

agak-agak kalau hantar chat kat fb dia nak reply tak?
memang tak laa kan?
sedih kan? kita bukan main sayang dia. anggap dia kawan baik kita
tapi...
kita ni macam dah tak wujud dalam hidup dia.

oh, salah aku.
sebab aku lupa yang dia dah ada kawan baru.
pernah sekali dia lalu depan aku.
you know what?
dia tak perasan pun kewujudan aku kat situ.
sedih tak?

bila kita cakap dia sombong, dia marah.
takpe lah, aku tak terasa hati pun.
sebab hati aku ni memang dah tak rasa apa-apa.
sebab dah hancur lebur dengan perangai kau.



kau still boleh nampak aku ketawa kan?
jangan risaulah. aku still boleh hidup.
sebagaimana kau hidup dan have fun in your life, 
aku pun sama. aku enjoy dengan life aku sekarang.

kau jangan risau. aku takkan bazirkan air mata aku untuk kau.
walaupun saat tu, hati ni di siat-siat..
aku dah tak rasa apa sebab semuanya dah lebur lama dulu.

kadang-kadang pun, aku rasa
semua yang berkawan dengan aku semua fake.
berkawan dengan aku sebab nak ambil kesempatan.
dunia..dunia..
mungkin aku ni senang sangat nak di perlekeh.
tak pandai nak lawan apa yang kau cakap.

tapi kau tak tahu kenapa aku buat semua tu kan?
sebab aku sayang kau. aku tak nak hilang kau sebagai kawan aku.
sebab kau tak pernah tahu nama kau selalu meniti di bibir setiap kali aku berdoa.
kau tak tahu betapa aku takut kehilangan kau.
selalu mengalah, sebab aku tak nak kau sedih.
tak nak kau rasa aku tak peduli.
hakikatnya hanya Allah yang tahu.



mungkin aku tak sehebat kau dalam berkata-kata.
aku tak setanding kau dalam semua perkara.
tapi satu yang aku nampak antara kita.
kau tahu apa?
kau tak sayang aku macam aku sayang kau.




I need My own space


Blog ni dah 2 tahun 10 bulan 2 minggu 4 hari.
dah 2 tahun lebih blog ni menemani aku.
Terima kasih kat kawan yang ajar aku buat blog ni.

This is the only space yang buat aku rasa tenggelam dalam dunia sendiri..
kat sini aku bebas tulis ape yang aku nak.
aku bebas suarakan pendapat.
bukanlah nak cakap dalam dunia realiti aku tak dapat beri pendapat.
mungkin kat sini aku rasa pendapat aku lebih di hormati..
well, manusia ni kadang2 bila kita bagi pendapat, dia boleh buat muka..
so, kalau kat sini, aku tak nampak reaksi korang.
takde laa sakit hati sangat.


aku tak tahu kenapa dengan aku dalam minggu ni..
rasa macam aku kehilangan sesuatu..
then, bila someone kata something kat aku,
benda tu sampai kat hati.
faham tak?
alah, kiranya macam terasa hati laa. rasa nak nangis pun ado.

mungkin ada yang bosan dengan entry-entry aku..
asyik-asyik pasal life aku je.

okey, let me tell you.
first, this is my blog.
dan aku bebas nak tulis apa yang aku suka.
second, aku tak suka tulis pasal orang lain such as artis, gosip dan yang sama waktu dengannya.
this blog is something like my journal.
semua experience, feeling and everything that happened in my life
aku akan share kalau aku nak.
mana laa tahu orang lain boleh jadikan iktibar.
third,
kenapa aku mengelak untuk tulis pasal artis or gosip?
sebab aku takut kena soal di akhirat nanti.


nota kaki:
 kadang-kadang aku lebih suka sendiri untuk renung kembali kekurangan pada diri.
kadang aku lebih memilih untuk sendiri supaya diri ni sentiasa sedar yang ALLAH sentiasa bersama.
kadang-kadang aku suka sendiri sebab aku perlu muhasabah diri.
Pandang semua nikmat yang ALLAH bagi dan cari kekurangan dalam diri



 

Thursday, 30 October 2014

Sebelum Terlambat..


Baru-baru ni ada terbaca cerita rakan-rakan yang berkongsikisah penghijrahan mereka. Tersentuh jugak hati ni nak berhijrah ke arah yanglebih baik. Baik dari segi pakaian, tingkah laku, tutur kata dan akhlak itusendiri. Tapi sebenarnya proses hijrah ni banyak. Dari sekecil-kecilpenghijrahan, hinggalah ke hijrah yang besar yang kita lakukan. Bagi aku, stepyang pertama ialah hati. Sebab apa hati? Sebab kalau hati tu sendiri dahbersih, insyaAllah akan senang untuk lakukan hijrah yang besar. istighfar lah selalu. sebab istighfar tu penawar terbaik bagi hati. tak susah pun. selepas solat , sebelum berdoa, istighfarlah. Segalanya bermuladengan niat. Dan niat tu berlaku dari hati. Kan? Kalau saya silap, silabetulkan. Saya juga manusia yang sentiasa melakukan kesilapan. Kalau dulumungkin kita sentiasa bersangka buruk pada orang lain, so kita kenalah buangsikap tu. Cuba bersikap positif dan sentiasa bersangka baik. Kalau dulu kitafree hair, tak salah kalau kita berubah. Tutup aurat. Tu kan dah jadi kewajipankita. Biarlah apa orang nak kata. Pedulikan mereka! Kita bukan nak cari redhamanusia. Kita nak cari redha Allah. Ya..redha Allah yang kita nak cari. Bukanredha manusia. Pesan pada hati selalu, “aku nak cari redha Allah”.  Sekarang ni, semua orang ada facebook,twitter, instagram dan etc. Aku sedih kalau tengok gambar selfie pakai tudung,tapi baju lengan pendek. Sayang, tangan tu jugak aurat. Pakai tudung, tapi bajuketat, seluar ketat. Untuk siapa kamu nak tayang body kamu yang cun melecun tu?Tak kesian ke kat ayah awak? Tak sayang ke kat abang dan adik lelaki awak??Awak sanggup ke bila mereka di heret ke neraka kelak?? Allahu rabbi.. :’( jomlah kita ubah semua tu. Sebelum terlambat. Sebelum pintu taubat tertutup.Hidayah tu milik Allah, kalau awak nak, doalah, carilah. hidayah takkan jatuh ke riba macam tu je. kita pun kena berusaha mencari hidayah tu,moga kita insan terpilih untuk mendapat hidayah daripada Allah. Moga hidayah milik kita. 



p/s: Saya menulis bukan kerana rasa diri ni dah sempurna. tapi saya menulis untuk ingatan diri sendiri jugak. Semoga bermanfaat.

Wednesday, 22 October 2014

Sentap! Mungkin ni jawapan untuk aku move on.



Sentap! Sentap sangat baca ni.
Ye la, aku masih hidup dalam kenangan semalam.
Kenangan cerita aku dengan dia.

Mungkin ni aku boleh jadikan sticky note untuk hati aku.
supaya aku tersedar.
Moga aku lari dari kenangan lama.

Saya dah lupakan awak! dan saya akan!
Sebab saya dah tak nak ingat lagi tentang kita!

Selamat Tinggal kenangan semalam!

Khas Buat Kamu Jodohku


Saat sendiri,
Saat aku merasa sunyi,
Saat aku rasa tak ada yang peduli,
Saat aku rapuh.
Aku sentiasa teringat kamu. Tercari-cari.

Siapakah kamu?
Di manakah kamu?
Sihatkah kamu?

Semua menjadi persoalan buat aku.
Selalu tertanya-tanya siapakah kamu yang tercipta untukku.

Andai kamu terbaca susunan ayat-ayat ini,
semua yang aku tulis adalah khas buat kamu.

Maaf. Maaf. Maaf.
Sebab aku pernah jatuh hati pada orang sebelum kamu.
Maaf sebab aku tak jaga hati ini.
Aku cuba untuk jaganya untukmu.
Doakan aku. 

Maaf.
Aku masih banyak kekurangan yang perlu dibaiki.
Aku harap dalam masa terdekat ni,
Kita tak bertemu lagi.

Biarlah buat masa ni,
aku mampu memperbaiki diri dulu.


Semoga saat kita bertemu, 
aku sudah sepenuhnya berubah.
Semoga hari, masa dan tempat kita bertemu dalam keadaan yang baik.


Dan bila ALLAH temukan kita,
Moga kita berjodoh.
Dan tika jodoh itu milik kita,
Semoga kamu tahu,
Kamulah Putra Kayangan yang aku nantikan.

Saat itu, aku tak lagi sendiri sebab ada kamu.
Saat itu aku tidak lagi sunyi sebab ada kamu.
Saat itu aku ada kamu yang peduli tentang aku.
Saat rapuh, aku ada kamu yang akan menghulur tangan.

Semoga ALLAH sentiasa menjagamu.
Jaga diri, jaga hati, jaga iman ye sayang!

p/s: Entri Gedik dari aku yang gedik. Aku tak peduli apa orang nak kata.
Semua orang berhak berkata-kata.

Moga Aku Mampu


"Knock! Knock! Knock"
"Assalamualaikum hati..sihat?"

Agak-agak kalau hati boleh bercakap dia akan jawab ape ye?

Susah jugak kan kalau selalu bermain perasaan ni..
Hmmmmm...

Alhamdulillah sekarang dah rasa better daripada sebelum ni.
Emosi pun dah tak terganggu lagi.
Maybe sebab busy dengan kelas dan assignment yang bertingket-tingket tu.

Semoga terus macam tu laa ye.
Penat la kalau ade masalah dengan emosi dan perasaan ni.
Tu pun nasib baik lah, aku ni tak bercinta.
Kalau bercinta macam mana laa gayanye ye.


p/s: Dear my future maafkan saya sebab pernah jatuh hati ada orang lain sebelum awak.
Salah saya sebab tak pandai jaga hati.
and from now, I will make sure yang hati ni takkan jatuh cinta lagi hingga kita bertemu.
Doakan saya tau. Semoga saya istiqamah. Amin

Friday, 19 September 2014

Jika ini jalan cerita kita..


Sekarang ni, rasa macam ada gangguan emosi pulak..
Aku ni memang agak emotional sikit orangnya.
Petang tadi aku ada publish entry.
Malam ni, terasa rajin pulak nak buat satu lagi entry.
Ye la, sementara cuti, ni je laa masa aku boleh hadap blog kesayangan ni.



Hati..
Dah mendung, awan kelabu dah mula berarak.
Tunggu hujan dan ribut je.
Tapi aku harap takde laa hujan dan ribut tu.
Moga ada mentari bahagia yang akan bersinar di balik awan mendung tu.

Sorry, to say..
Kalau aku dah sayang someone tu, memang susah sangat nak lupa.
Kadang-kadang jadi sensitif. 
Bila dia buat aku terasa je, mula laa rasa sedih, tawar hati laa.


Aku sedar..
Aku perlu lupakanmu biar perit..
Biar pedih..supaya aku tak terusan terluka.
Aku perlu sedar yang cerita kita perlu ada penamat.
Perlu ada noktah..biarpun sebagai seorang sahabat.
Aku perlu relakan hati.

Aku tahu..
Harapan itu dah lama kabur buat aku.
Aku sedar cerita kita sudah sampai penamatnya,

Cuma..
Aku yang masih dalam kenangan.
Hati yang masih merindu.
Cuma namamu yang sentiasa melantun di hati.
Jeitan yang tak terdengar dek telinga.

Tapi..
Aku perlu redhakan semua.
Cerita ini perlu ada pengakhiran.
Selamat tinggal awak.
Semoga awak bahagia dengan siapa pun.
Semoga dia mampu bawa pelangi cinta untuk awak.



p/s: Terima kasih sahabat sebab sedarkan saya.
Terima kasih sebab bagi saya nasihat yang mungkin saya lupa.

Friday, 15 August 2014

Cinta aku beralih arah?


Dah lama takde entry terbaru kan?
Aku tak pernah berhenti menulis.
Cuma mood nak menulis di sini je yang takde.

Kepala sudah aku letakkan di bantal.
Mata pula seperti tidak mahu aku tidur.
Lalu ku capai novel keluaran PTS.
Kagum. Teruja.
Jatuh cinta dengan gaya bahasa si penulis.

Mesej yang di sampaikan sangat jelas.
Dan sangat kena dengan golongan remaja.
Seperti mendapat jawapan untuk setiap persoalan 
yang sentiasa bermain di minda ni.
Terima kasih ya Allah sebab temukan jodoh aku dengan
Warkah Cinta Berbau Syurga.


Memang tak dapat aku sembunyikan lagi.
Kekosongan yang aku cari selama ini, mungkin sudah terisi.
Hati ini mula berpaling dan mula menggemari bacaan genre islamik.
Banyak input.


Bukan dah terus tak suka dengan novel cinta.
Cuma dah terlalu banyak novel cinta yang dah baca.

 

Saturday, 19 July 2014

Kekasih Halal


Nampaknya, mood untuk feeling dengan blog tengah
membuak-buak.
Kekasih Halal? 
Mesti ada yang ingat boyfriend kan?
Takde laa, maksud aku kat sini, kekasih halal tu,
semestinya someone yang ada ikatan sah antara lelaki dan wanita.
Bahasa mudahnya, SUAMI.
Erkk, macam tak kena pulak aku nak discuss pasal suami.
Ye la, aku tak kahwin lagi. Masih muda kot.
Dan yang penting masih bertatih memperbaiki diri.


well, aku ni memang suka berangan.
nak nak bile tengah layan novel or movie cinta.
dah tentu laa aku berangan jadi heroinnya.
hahahaha.




semua orang ada kriteria sendiri untuk suami idaman kan?
sama la macam aku.
aku malas nak senaraikan ciri-ciri suami 
idaman aku kat sini. 
biarlah ia menjadi rahsia aku.


Tapi yang penting ciri-ciri kat atas tu kena ada.
Kaya ke, handsome ke,
tu tak penting bagi aku.
Tu cuma bonus je.






Thursday, 17 July 2014

Maafkan aku. Mungkin aku yang salah.

Lama jugak blog ini terabai.
Rindu pulak nak menulis.
Tapi rasa takde mood menguasai.
Sedar tak sedar, dah hampir ke penghjung Ramadhan.
Moga masih ada nyawa tika Ramadhan akan datang tiba.
Ramadhan kali ni bagi aku satu kesedaran.
Bila fikirkannya, rasa sayu di hati.
Bila di kenang kembali kisah hidup aku,
banyak yang dah aku lalui.
Ni semua gara-gara aku terbaca diari lama.
Betapa dulu aku sangat terluka.
Terutama peristiwa 17 oktober 2009.
Tapi, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni,
aku nak lupakan semua.
Perkara ni sentiasa menyakitkan bila ia muncul.
Dan aku tahu tak sepatutnya aku singkap kembali luka lama.
Maafkan aku.
Biarlah yang dah berlalu menjadi pedoman untuk aku.
Buat mereka yang terlibat dalam peristiwa tu,
dengan rasa rendah hati, aku mohon maaf dari hujung rambut
sampai hujung kaki.
Maaf sebab pernah simpan dendam dalam hati ni.
Aku dah maafkan semua.

Thursday, 26 June 2014

Layakkah aku??

Malam tu, aku tak dapat lelapkan mata. Macam-macam perkara bermain dalam fikiran. 
Yang pasti, kebanyakannya berkisar soal hati. 
Lalu terdetik di hati untuk berteleku di sejadah. 
Selesai 2 rakaat solat sunat, satu persoalan tiba-tiba berlegar.
 Layakkah aku?? Layakkah aku bertemu kekasih ALLAH. 
Bertemu para sahabat yang di janji syurga. 
Tiba-tiba sebak mula memenuhi dada. 
Ya, aku benar-benar terkesan dengan persoalan yang bermain di minda. 
Dan rindu tiba-tiba menjenguk di tangkai hati. 
Rindu akan ceramah dan tazkirah maghrib di asrama SMKBB dulu. 
Allahurabbi. Selalu dengar cerita tentang bagaimana sayangnya sahabat baginda, terutama Bilal Bin Rabah hinggakan beliau berhenti melaungkan azan bila baginda Nabi Muhammad s.a.w wafat.
Siapa yang tak nak kan jumpa kekasih ALLAH kan?
Tapi layak ke kita? cukup ke amalan kita selama ni?
So, memandangkan Ramadhan tinggal beberapa hari je lagi,
Jom laa kita ambil peluang dan berkat bulan baik ni untuk topup amalan-amalan kita.
Semoga amalan kita tidak hanya di bulan Ramadhan saje.
InsyaALLAH sama-sama jadikan amalan ke bulan-bulan yang lain juga.
Wallahu'alam

Tuesday, 24 June 2014

Dia Bawakan saya senyuman!

Hari demi hari berlalu.
Detik demi detik juga berlalu pergi.
Tapi hati tetap ternanti-nanti.
Menanti dia untuk menghubungiku.
Masih teringat dalam perjalanan hari tu.
Waktu bas melalui kampungku yang dulu
ada sebuah rumah kayu
rumah yang di diami arwah atuk dan nenek.
Tiba-tiba air mata bergenang.
Terimbau kenangan masa kecil.
Terimbau kenangan bersama atuk dan nenek.
Moga mereka tenang di sana.
Lalu ku alihkan pandangan ke screen telefon bimbit.
Mencari seseorang yang dapat membawa senyuman.
Dan aku temui dia.
Mungkin dia tak tahu.
Dia tak tahu yang dalam diam,
dia sentiasa hadirkan senyuman.
Saat diri ni terluka dan berduka,
Dia selalu buat aku tersenyum dalam diam.
Tak salah kot kalau hati ni pilih dia.
Sebab dia mampu bawa senyuman.
Dia mampu hiburkan hati ini hanya dengan perkara kecil.
Moga dia mampu jaga diri,jaga hati dan jaga iman.
Moga ALLAH sentiasa menjaganya untukku.