Google+ Followers

My Followers~~

Monday, 27 January 2014

Macam mana nak terima hakikat tu?

Prangg!!
macam kaca yang jatuh berderai,
tu laa actually yang aku rasa..
tapi aku kuat, aku okey, aku dah besar..
aku bukan budak kecik yang akan nangis minta di pujuk..
tapi aku tak dapat lari dari rasa kecewa..
sakit tu ade, tapi haruslah aku telan sendiri..
kau jangan risau,
aku tak ade ape2..
aku cuma perlu masa sendiri..
aku tak suka duduk kat bawah lama2..
kau pergilah!
jangan risaukan aku..
aku janji,
nanti aku bangkit..
cuma sekarang aku perlukan waktu
untuk bersendirian..
janji dengan aku satu hal sebelum kau pergi..
janji yang kau akan bahagia..
janji yang kau takkan lupakan aku,
walau sekadar seorang kawan..
janji tau!
janji jugak yang antara kita takde dendam
mungkin yang pergi itu cinta,
tapi, tak siapa yang tahu mungkin yang datang bahagia.
mungkin cinta yang pergi itu menyakitkan,
tapi pernah tak kau fikir yang Allah sebenarnya nak kau raih cinta-NYA dulu sblm cinta manusia?
Terimalah hakikat tu..
walaupun sakit,
walaupun perit..
sebab aku percaya,
akan tiba detik dan saat yang sesuai,
cinta itu akan hadir tanpa dapat kau tolak..
p/s: sebuah luahan hati seorang insan yang kecewa.
xde kena mengena dengan sesiapa.. ^_^

Wasiat seorang kakak.

hari ni nak membebel lagi..
kali ni isu remaja sekarang..
mungkin isu ni dah basi or whatsoever..
memandangkan ni blog aku,
so, i will write what i want okeyh!
first of all,
nak bagi tau dulu, 
apa yang aku bakal tulis ni adelah berdasarkan
pengalaman, pandangan dan pendapat peribadi aku,
tidak ade kena mengena dengan sesiapa,
dan tidak di tujukan pada sesiapa,
sekadar nasihat dari seorang kakak kepada seorang adik.


dik, kau tahu tak yang kau tu cantik?
kau tahu tak yang hidup kau masih panjang? InsyaAllah..
perjalanan kau masih jauh..
dik, kau tahu tak yang kau bijak?
kau tahu tak yang kau tak layak di sakiti..
aku sangatlah rasa meluat dengan budak sekarang..
sekolah belum habis,
duk post status pasal bf/gf..
aku tau laa, semua tu fitrah semulajadi manusia..
nak di sayangi, nak dicintai..blaa..blaa..blaa
aku pun pernah jugak jatuh cinta dik, 
tapi syukurlah, zaman aku xde lagi facebook..
kalau tak, mungkin kite same je..
dan aku sendiri pun pernah post pasal jiwang2 nih..
dan secara tak langsung, 
aku juga kutuk tentang perbuatan tak matang aku tu..
so, jom perbaiki diri..
ingat dik, mak ayah hantar kite pergi sekolah untuk belajar..
bukan untuk cari gf/bf..
aku tak nak kau menyesal macam aku dik,
bukan ape, takut tak sempat dik..
takut nanti penyesalan tu,
tak berpenghujung..
kau kena ingat dik, 
mati tu pasti..
janji Allah tu benar..
aku takut,
belum sempat kita bahagiakan mak ayah kita,
mereka pergi tinggalkan kita,
kembali pada pencipta-NYA..
dik, pesanan terakhir aku buat kau,
jangan senang2 serahkan cintamu..
sebab aku takut kau di kecewakan.
simpanlah cinta tu dalam hati dik,
simpan dalam doa..
biar cinta tu, hanya kau dan DIA yang tahu..
insyaAllah, DIA akan jaga cinta kau..
tapi sebelum tu, kau cintailah DIA melebihi segalanya..
dan InsyaAllah, cinta lain akan menyusul..
sekian..
p/s: Maaf, kalau ade yang terasa..

" Meaningful Birthday Giveaway By Yaya "

jom3 kite join GA ni, 
sarah jadi sponsor untuk GA kali ni..
this my first time being a sponsor..
hadiah menarik menanti anda..
bagi yang nak join,
syaratnya sangat mudah..
klik SINI untuk join ye..

gud luck anda semua..

Sunday, 26 January 2014

Niat awak baik,mungkin cara awak salah?

hari ni sarah nak membebel sikit..
dan untuk itu, hari ni sarah akan gunakan kata ganti nama diri 'aku' dalam entry kali ni.
okey, hari tu aku dating ngan kawan aku..
siapa? biarlah jadi rahsia..
yang penting perempuan dan tidak haram jika aku berpimpin tangan dengan dia..
jangan salah faham, aku BUKAN LESBIAN!
dia kawan baik aku.
kami kenal semasa sama2 belajar di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga,
Kuala Terengganu..
dan kami mula rapat semasa melanjutkan pelajaran di
Sekolah menengah yang sama,
iaitu SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu.
ok, tu intro aku.
dah lama aku nak update pasal ni, cuma mood nak tulis tu je yang macam takde..
ok, the story begin bile aku ngan kawan aku keluar jenjalan..
kitorang dating kat giant je pun..
lepas tu, saje nak usha ape yang ade dekat TTC (terengganu trade centre)
tengah kitorang syok2 usha baju dan tudung,
ade org bg salam
"Assalamualaikum, kami ade buat kempen..blaa..blaa..blaa.." pastu dia bagi aku sekeping kertas.
aku jawab laa salam dia dan bergerak keluar dari kedai tu..aku tengok lah, risalah yang dia bagi..
'oh, kempem menutup aurat. Interesting!' kata aku dalam hati.
lepas tu aku cari kawan aku, eh, dalam kedai lagi rupanya.
aku tengok ade beberapa org wanita bertudung labuh bercakap dengan dia.
reaksi kawan aku pulak macam senyum2 paksa gitu..
ermm, fahamlah aku,
kena tegur laa tu..
ok, kesalahan kawan aku just tudung dia tak menutup dada dan tangan dia terdedah sikit.
lepas wanita-wanita bertudung labuh tu berlalu,
aku tanya laa kawan aku,
" diorang kabo mende?"
kawan aku pun sengih2
"dok ar, ye kabo aku pakai baju okey doh, x ketat, cuma lengan ni nampak pastu tudung kene bagi tutup dada" 
ok, bab tu aku setuju. 
pastu, aku terpandang sorang mak cik/ kakak yang tersenyum kat kawan aku..
"die pn kene tegor gok aku ase" kawan aku bgtau..
"mu tau dok sarah, ye siap wat keluor ayat Quran tadi, malu aku weh" lebih kurang 
gitu ar mende yang kawan sarah kabo.
sebelum aku tulis banyak lagi, nak mintok maaf sudoh laa ye,
sarah tulis entry ni bukan nak memperlekehkan sesiapa, 
atau nak mengaibkan sesiapa,
semua ni sekadar pandangan dan pendapat peribadi dari sarah sendiri..
mungkin ade yang tak suka dengan ape yang sarah tulis,
itu, terpulanglah pada individu tu sendiri.




pada pandangan sarah laa, sarah dok berape berkenanlah, cara kempen tu diadakan..
dia mengedar risalah tu, okey lagi..
tapi bab die tegur orang tu, dalam kedai..
aku rasa tu satu tindakan yang tak wajar lah.
sebab benda macam tu boleh menjatuhkan air muka seseorang.
okey, dia salah. yes aku admit orang yang dia tegur tu memang salah.
tapi, kalau kita fikir balik,
bayangkan kamu yang ade pada situasi kawan sarah,
tetibe ade orang datang pada kita, 
keluarkan ayat alQuran,
cakap yang pakaian kite ni dok kena.
mase tu korang ade dalam kedai..
MALU okey..
kalau sarah kena macam tu, memang sarah terus balik rumah laa..
ape salahnya kalau kamu panggil dia ke suatu tempat yang jauh sikit dari
orang ramai, dan tiada orang lain yang boleh dengar perbualan tu,
takde laa nak malu sangat..
kalau kita nak berdakwah ni, seriously aku cakap, TAK SALAH.
Malah, aku puji tindakan tu..
tapi tolonglah, guna cara yang betul..
kita nak berdakwah ni, 
ingat senang ke? 
sebab bukan semua orang boleh terima dengan hati yang terbuka..
 so, kalau boleh,
fikirkan lah cara yang sesuai..macam tarik rambut dalam tepung,
rambut jangan bagi putus, tepung jangan bagi berselerak..
lagipun, nak ajak orang berubah, kite dok leh paksa ye..
dok leh nok suruh ye beruboh secara drastik..
p/s: renung2kan dan selamat beramal.

My Best Boyfriends!

Ape kes tajuk ni? cakap takde boyfriend!

tipu sangat kan takde boyfriend! alah, korang pun ade..
jangan nak bohong laa kate takde..
memang sarah ade boyfriend..yang sarah takde special boyfriend a.k.a kekasih a.k.a buah hati & etc.

tadi abah sarah tetibe cucuk die punye hard disk dekat sarah punya
lappy ni..sarah pun hairan laa..
then, abah cakap ce tengok, ape yang ade kat dalam ni..
sarah yang separuh blurr,
tengok laa..
bukak satu folder, jumpe gambar sarah dan kawan2!
OMG!!!! gambar waktu form6..

abah pun cakap, ni gambar yang dalam lappy satu lagi, yang dah rosak tu..
patut laa, sarah lupa dalam lappy tu, banyak giler gambar yg sarah simpan kat situ..

ok! dah, banyak pulak aku membebel memalam buta ni..

meh, sini meh, nak tunjuk best boyfriends aku nih..


segak dak? harus lah kan..kawan sarah kan..

ni lah, syamil dan din..

din, sarah kenal die mase form 4@5 mcm tu laa..tu pun
kenal gitu2 je..
sebab dapat tahu yang die suka kat kawan sarah..haha

tapi masuk form 6 macam rapat jugak laa, 
sebab die kapten lelaki..sarah dan kawan sarah, nisa jadi penolong kapten dan kapten..
kalau ade ape2 kerap laa kena panggil dengan ketua warden..huhu.
din ni nakal sikit
dalam kelas, sape je yang tak pernah kena kacau dengan die?
semua dah kena..
tapi, kalau sehari die tak datang kelas, serious cakap! SUNYI kelas tau..


mohon din dok maroh curi gambor..haha


hahaha, ni gambar aku ngan din..
terima kasih la, sudi layan kerenah aku din..haha
p/s: kalau ade awek din yg terbace ni mohon dok jeles ye, kami hanya kawan..hihi


dulu, din pun belajar kat tempat sama..tapi die dapat tawaran SPA sbg MA (medical assistant) *kalau tak silap
semoga berjaya menjadi MA yg berjaya din! 
yang penting jangan lupekn aku..

p/s: sorry curi gambar kat fb..hehe


syamil pulak, memang masa lower six die pindah kat sekolah sarah..
dulunye sekolah dipekan..
katanya..

first time kenal die, jujur ckap tak berapa suka..
sbb die punye gurauan agak kasar sikit..
tapi, bile dah lama kenal, barulah boleh ngan dengan perangainya yang gila2 tu..
kan betul ape yang org2 cakap "tak kenal maka tak cinta"
jangan salah faham pulak!
bukan cinta sebagai kekasih okey! sebagai kawan/ sahabat.

pernah sekali, sarah rasa macam down sangat..
lepas tu, terdetik pulak nak msg seseorang..
tapi, tak tau nak contact sesape..
sarah pun msg laa, syamil..luah perasaan laa kononnya..
lepas tu die bg laa macam kata2 semangat gitu..huhu..


sekarang kami belajar kat tempat sama..satu kos, tapi section yg berbeza.
handsome kan yang baju putih tu..
tapi poyo! *dok aci maroh..hehe


ni gambar time menggila..hehe
p/s: mohon awek syamil jgn maroh..hehe



p/s: weh, korang, nanti bile masing2 dah makin tua, dah ade family masing2,
jangan lupe aku, kawan korang tau!! kalau lupe siap ar korang! kecuali korang ade penyakit nyanyuk! tu, baru aku maafkan..hahaha..
sayang korang weh! sebab korang ceriakan hidup aku..jgn fikir lebih2!
korang nih, kira bestfriend aku tau!

okeylah aku dah penat...bye2 slamat malam. 





::Cinta Kita Takkan Bersatu::

amboi tajuk, jiwang bak hang..
hahaha..
malam ni nak layan jiwa sikit..
semalam sarah bukak diari lama..
dah berhabuk pun..
terjumpa apa yang sarah pernah tulis...
bila baca balik macam tak percaya..
sebab?
jiwang sangat..haha
jom, sarah share kan ape yang sarah tulis..hehe
Bertemu lagi di malam sepi, 
sekadar ingin mencoret rahsia hati,
tentang sebuah rasa,
tentang sebuah cinta.
Tiap kali malam menjelma,
bayanganmu muncul tanpa ku pinta,
seringkali aku menangis melawan rasa,
dan seringkali juga aku gagal mendapatkan cinta.
cintamu ibarat sumpahan,
hadirnya tanpa sempat ku tahan,
perginya meremukkan sekeping hati,
hilangnya tidak dapat ku biar pergi.
kau ibarat bulan dan bintang,
hadirmu menghiasi malam dan siang,
hilangmu merentap sekeping hati,
namun, ketahuilah melupakanmu takkan terjadi.
diam mu menyepikan aku,
hilangmu membuatku buntu, 
kenangan silam, serta anganan indah ku,
aku tahu ia mustahil dan cinta kita takkan bersatu.
p/s: cinta aku padamu ibarat lautan luas.
sayangku padamu ibarat angin yang berhembus,
tak dapat di lihat dengan mata kasar, tapi bisa 
di rasakan dan menyamankan.

Dating time!!

hah? dating..
astaghfirullahhalazim sarah..
weh..weh.. i bukan dating dengan pakwe okess..
tapi dengan..
ni haa..dating dengan diorang ni..
abaikan mata sarah yang nampak sebelah je tu.. -_-'
sarah dating dengan boboys and gegirls tadi..
rindu..
tapi, ni tak cukup forum ni..
ade lagi yang takde..
tempat pertama yang kitorang tuju,
sekolah! tempat  di mana persahabatan kami mula terjalin.


Dibah, ekin and me!
member yang paling memahami.. ^_^

Kami..macam tak percaya tahun ni, umur dah 21...tapi sorry la,
bila kami berjumpa, kami boleh jadi kanak2 ribena..wakakaka

dan, kami lagi..setiap detik bersama adalah kenangan indah.. :)


our favourite place..pantai!

kami dengan Aqilah, si bakal ibu..tahniah for your first pregnant..smoga 
selamat melahirkan bayi yang comel.. :)



and.. lastly, on the way balik! thanks to our supe duper handsome driver, Syamil..
thanks sebab sanggup hantar sarah kat rumah.. 

P/s: aku syg korang sampai bile2..
ape2 keep in touch okeyh!

Saturday, 25 January 2014

Nak Kahwin jugak!

Perrgghhh! tajuk diaaa...
macam gatal je kan
hahahahaha*gelak pontianak
takde laa, hari ni nak cerita bab kahwin sikit..
sarah nak kahwin ke?
eh, haruslah! siapa je yang tak nak kahwin kan?
tapi... calon takde lagi laa..
*buat muke sedih
ni nak citer pasal kawan sarah.. dah ramai jugak kawan yang dah kahwin ni..
yang dah ade anak dan bakal jadi ibu pun ade..
errmmmm, jealousnye..

ni wedding kawan sarah,nisah..selamat pengantin baru..


cantik kan kawan sarah.sama cantik, sama padan..heh

tahniah syg..
sorry tak dapat pergi majlis..
ape2 pun, semoga berbahagia selalu sampai syurga..insyaAllah..
sarah doakan, nisah jadi isteri yang solehah,
dan bakal jadi ibu yang sabar melayan kerenah anak2 nanti ye..
sorry curi gambar kat fb..hehe
harap tuan die tak marah..hehe
seriously, bila pi majlis orang kahwin,
jealous sesangat..
tapi bile fikir balik,
takut aa pulak nak kahwin..
bukan senang tau nak pikul tugas sebagai seorang isteri ni..

Monday, 20 January 2014

Kisah aku dan Mr.J

hello ebelibadi..
jam sekarang menunjukkan pukul 3.19 pagi..
ok fine, mata masih segar macam bunga dapat air..
tajuk entry kali ni sangatlah poyo+tak boleh blah..
eh..eh..eh, ade aku kesah?
tak suka boleh blah..
kalau suka jom scroll sampai bawah..
wah, dah macam pantun pula gayanya kan?
oii..oii cik sarah apa yang hang duk merapu meraban
pepagi buta nih? dah naik letih aku baca daa..
ok, berbalik pada tajuk,
huh, mesti korang tertanya-tanya siapa mr.j tu kan..
jap sarah nak pi 
cari gambar dia sat naa..

ta daaa..
eh,kenapa gambar hidung?
bukan tuu, cuba tengok betol2 yang bintik2 merah..
tu la diaa.. 
omputih duk panggil acne..

kisah sarah dan mr.j bermula sejak pertengahan darjah 6..
biasalaa, hormon..
dan dia setia dengan sarah sampai laa ni..
tak mau hilang..ketegaq noo..
bermacam-macam produk sarah cuba.
sampai dah putus asa..

mungkin masalah hormon..
atau mungkin faktor pemakanan..
kekadang malu jugak..
tengok member2 kulit diorang bersih je..

sampai satu tahap,
sarah terfikir 'diorang tak malu ke kawan dengan aku'
tapi bersyukur jugak diorang terima sarah seadanya..
bermakna diorang ikhlas.. ^_^

sarah ni pun satu hal jugak..
makan tu tak reti2 nak berpantang..
semua ikut sedap tekak dia je..
dah tau tak boleh makan kacang,
dia makan jugak..

seafood lagi laa..
udang, sotong..semua dia tibai..asal kenyang je..
nak buat macam mana?
dah semua tu peberet ..huhuhu

tapi satu je la,
i'm very sensitive about mr.j ni..
nak2 bila ada org tegur..
kekadang aku senyum je..
tapi dalam hati siapa tahukan ribut petir or tsunami *over kau jah!

yang sarah paling tak suka bila
ada orang mengeluh depan sarah pasal
kulit dia gelap..
jerawat seketul atas hidung,
kecoh satu rumah..

rasa nak maki je..
kau bersyukurlah, 
walaupun kau gelap,
kulit kau licin, xdak mr.j
lagi pun kau tak pernah dengar ke orang cakap hitam manis? 
lagipun bukan lah kau tu hitam macam arang!
jerawat seketul je pun..
kau taruk ubat, esok lusa hilang laa..

tak fikir ke perasaan orang macam aku ni?*kan dah keluar aku

tapi apepun,
sarah tetap bersyukur dengan semua tu..
sebab dgn mr.j,
tak banyak lelaki yang pandang. 
maklumlah, kebanyakan lelaki kan suka yang cantik..

satu lagi,
bila ada yang terima kita dengan kekurangan kita,
bukankah itu bermakna dia ikhlas terima kita?
wallahua'lam..

P/s: Maaf entry kali ni terpanjang pula..terlebih emosi barangkali..
apa2pun ni cuma luahan perasaan okeyh..
takde kaitan dengan yang hidup atau yang mati.

Mood: aku menanti dia yang dapat menerima kekurangan
diri ini..dan dia yang sudi melengkapkan kekurangan diri dengan
kelebihannya..InsyaAllah

Gatal benor mood aku tu kan.



Saturday, 18 January 2014

Sensitif

haaa, hari ni berceloteh pasal kawan..
semua orang ada kawan kan..
rakan, sahabat, chingul, صديق
bila berbicara soal kawan..
sarah jadi sensitif sikit..
sebab apa?
sebab sarah terlalu sayangkan sebuah 
ikatan persahabatan yang terjalin.
bukan apa,bila kita berkawan,
ada banyak jenis ragam yang kita jumpa..
ada yang baik dan ada juga sebaliknya.
Sarah sendiri pun mungkin bukan
seorang kawan atau sahabat yang baik..

2011-2012
tahun ni yang buat sarah makin
sayang dan hargai sebuah persahabatan.
kami macam satu keluarga besar..
walaupun kelas lain-lain,
kami boleh makan semeja,
boleh je sakat-menyakat..

kalau dapat di putarkan masa..
sarah nak kembali ke tahun tersebut..

terlalu banyak kenangan kami.
terlalu indah untuk di ingati.
banyak memori yang tercipta,
banyak cerita yang di kongsi bersama.


Kalian,
Terima kasih kerana
sudi menjadi kawan aku..
aku mungkin bukan yang terbaik
seperti yang kau harapkan..
bukan juga yang terhebat
seperti yang kau impikan..
tapi..
aku cuma insan yang insyaAllah
takkan melupakan kalian..

P/s: Gambar kita, pengubat rindu aku buat kalian..

Thursday, 16 January 2014

I Miss You

tajuk je dah macam orang bercinta kan?
tak boleh blah betol..
 actually, at this moment,
i remember someone..
a person that we called friend.
last night sarah stalk
dia punya fb.
tengok gambar dia..
bukan apa rindu.
kami berkawan sejak form 1
dan berpisah lepas dia dapat tawaran SPA.
i don't want him to give me 100% attention
but i hope he will remember me..
and text me sometime.

i miss the old you..
although sometimes you treat me like nothing..
but at least we're still contact each other
and wish birthday for each other..
but now..
it seems like
distance really make us far apart


awak pernah jadi sahabat terbaik di hati saya suatu masa dulu..
but now..
i don't know..
is it worth to call you as my best friend..
cause you never assume me as your best friend right?
whatever it is..i still want to say that..


i miss you chingul

P/s: persahabatan kita unik..sebab ia lahir dari kejujuranmu..perkenalan melalui alam maya cuma,
namun bertahan ke alam realiti..
dan aku tetap berharap ia masih bertahan untuk hari2 seterusnya..
Jangan lupakan aku sahabat..



 

Wednesday, 15 January 2014

Aku Alien ke?


ambik kau!
macam marah je?
taklah..cuma nak bagitahu, rupa sebenar alien macam ni..



okey, yang comel ala-ala gedik ni aku laa..
Maisarah a.k.a Sarah..
ade faham tak?

kenapa munculnya entry ni?
sebab aku nak luahkan perasaan yang dah lama terpendam ni..

sebelum ni,sarah ade update pasal sambung belajar..
Alhamdulillah, sem 1 dah berakhir..sekejap betul masa kan..
okey, berbalik pada tajuk..kenapa tajuk macam tu?

okeyh, let me ceritakan..
sepanjang sarah belajar kat KPTM dan sepanjang tinggal
dekat Pandan Mewah Height Condominium,
semua okey..kwn2 pun semua baik2..
cuma terkadang sarah terasa..
kenapa?
entahlah..sarah tak tahu kenapa..
mungkin cuma perasaan sarah atau sarah ada buat salah..
Korang, kalau sarah ada buat salah, tolonglah tegur..
jangan benci tanpa sepatah kata..
I'm just an imperfect person..

yang menjadi isu bagi sarah,
sarah ni suka duk dalam bilik je..
kalau keluar pun untuk pergi beli makanan,
ataupun untuk tanya something kat kawan2..
entahla,mungkin perasaan sarah je kot,
bile keluar bilik je pandangan orang kat sarah tu, 
semacam je sarah rasakan..
nak kata sarah tak pakai baju, 
molek je baju tersarung kat tubuh..
entahlah..

tapi actually bukan ni kali pertama..
masa duk asrama masa sekolah dulu pun macam tu jugak..
pandang sarah dan kawan2 macam kitorang ni alien pulak..
haih, sabar je laa..
ingat ke bila dah masuk kolej takde laa
rasa macam alien lagi..rupa2nye,sama je..huhu



P/s: Sorry kalau pos ni buat sesiapa terasa..langsung tak berniat nak kata kat sesiapa..
mungkin juga semua salah sarah..chill okeyh! jangan simpan dalam hati.. 

Monday, 13 January 2014

Jujurlah sayang

Tajuk post ni sarah petik dari lirik sandiwara cinta..
macam poyo je..macam tak leh blah je..
ade aku peduli?
hahaha..
Dulu hati ni pernah suka kat si dia A dan si dia B
macam gedik je..macam gatal je..
entahlaa..sarah pun tak tau 
macam mane boleh jadi..haha
tapi tu cerita lama okey..
sekarang semua pun sarah dah tak suka..
sebab?
mungkin sarah takut nak serahkan hati ni kat sesape..
dan sebab hati ni dah penat kecewa bertepuk sebelah tangan..
lagipun..sarah rasa macam tak layak je nak 
ada pengalaman macam tu..
i'm not a pretty girl..
just an ordinary girl..
Mungkin juga Allah tak beri sarah peluang 
sebab DIA sayang sarah..
alasan?
Bercinta lepas nikah lagi sweet ape.
Sarah takde pengalaman tu,
so,nanti bile dah ade yang halal mungkin pengalaman tu lebih berharga dan lebih indah ..
tipu sangat la,
kalau sarah cakap kat sini kalau tak pernah rasa
cemburu tengok kawan-kawan lain..
lebih-lebih yang dah ada pakwe..
tiap-tiap hari ade orang call..
ade orang tanya dah makan ke belum..
tapi kena pandai la pujuk hati..
Allah dah sediakan yang terbaik untuk aku..
so, kena laa jaga hati ni untuk yang halal ye wahai cik sarah!
tak payah duk gataii usha anak teruna orang ye..
haha




P/s:Tajuk langsung lari dari content kan? eh, peduli pulak aku kan?This is my blog ok..i'll write what i want..if u want to read, go on and tq..if u don't like it, u have an option to exit from here..


Saturday, 11 January 2014

Mimpi yang tak pasti

aku bermimpi..
tentang hari esok..
ceritanya hanya tentang sebuah mimpi..
yang begitu terkesan di hati hingga saat ini,
aku masih terbayang..
mungkin cuma sebuah mainan tidur.
atau khayalan yang takkan jadi nyata.
saat aku sedih dan mutiara jernih menghiasi pipiku..
dia datang menyapu airmata di pipi..
aku tersentak.
dalam masa yang sama,
sebuah perasaan halus mula menjalar.
aku memandangnya bingung.
dia tersenyum.
membuatkan aku terpana.
terkejut mungkin.
lalu dia menarik perlahan tangan aku 
membawa aku ke suatu tempat.
perlahan dia tanyakan..
"kenapa? awak takut jatuh cinta dengan saya ke?"
jantung seolah berhenti berdenyut.
lalu aku membalas.
"tak. tapi saya takut awak yang menyesal"
serentak dengan jawapan itu,
aku terjaga.
mana?
mana dia yang mengambil berat tentang rasa sedihku?
siapa namanya..
kenapa dia muncul saat hati ini menangis?
aku rindukan dia.
ya! dia yang muncul dalam lenaku.
semoga dia datang kembali
menenangkan aku saat aku sedih
aku akan terus menanti..