Google+ Followers

My Followers~~

Sunday, 26 January 2014

::Cinta Kita Takkan Bersatu::

amboi tajuk, jiwang bak hang..
hahaha..
malam ni nak layan jiwa sikit..
semalam sarah bukak diari lama..
dah berhabuk pun..
terjumpa apa yang sarah pernah tulis...
bila baca balik macam tak percaya..
sebab?
jiwang sangat..haha
jom, sarah share kan ape yang sarah tulis..hehe
Bertemu lagi di malam sepi, 
sekadar ingin mencoret rahsia hati,
tentang sebuah rasa,
tentang sebuah cinta.
Tiap kali malam menjelma,
bayanganmu muncul tanpa ku pinta,
seringkali aku menangis melawan rasa,
dan seringkali juga aku gagal mendapatkan cinta.
cintamu ibarat sumpahan,
hadirnya tanpa sempat ku tahan,
perginya meremukkan sekeping hati,
hilangnya tidak dapat ku biar pergi.
kau ibarat bulan dan bintang,
hadirmu menghiasi malam dan siang,
hilangmu merentap sekeping hati,
namun, ketahuilah melupakanmu takkan terjadi.
diam mu menyepikan aku,
hilangmu membuatku buntu, 
kenangan silam, serta anganan indah ku,
aku tahu ia mustahil dan cinta kita takkan bersatu.
p/s: cinta aku padamu ibarat lautan luas.
sayangku padamu ibarat angin yang berhembus,
tak dapat di lihat dengan mata kasar, tapi bisa 
di rasakan dan menyamankan.

No comments:

Post a Comment