Google+ Followers

My Followers~~

Monday, 20 January 2014

Kisah aku dan Mr.J

hello ebelibadi..
jam sekarang menunjukkan pukul 3.19 pagi..
ok fine, mata masih segar macam bunga dapat air..
tajuk entry kali ni sangatlah poyo+tak boleh blah..
eh..eh..eh, ade aku kesah?
tak suka boleh blah..
kalau suka jom scroll sampai bawah..
wah, dah macam pantun pula gayanya kan?
oii..oii cik sarah apa yang hang duk merapu meraban
pepagi buta nih? dah naik letih aku baca daa..
ok, berbalik pada tajuk,
huh, mesti korang tertanya-tanya siapa mr.j tu kan..
jap sarah nak pi 
cari gambar dia sat naa..

ta daaa..
eh,kenapa gambar hidung?
bukan tuu, cuba tengok betol2 yang bintik2 merah..
tu la diaa.. 
omputih duk panggil acne..

kisah sarah dan mr.j bermula sejak pertengahan darjah 6..
biasalaa, hormon..
dan dia setia dengan sarah sampai laa ni..
tak mau hilang..ketegaq noo..
bermacam-macam produk sarah cuba.
sampai dah putus asa..

mungkin masalah hormon..
atau mungkin faktor pemakanan..
kekadang malu jugak..
tengok member2 kulit diorang bersih je..

sampai satu tahap,
sarah terfikir 'diorang tak malu ke kawan dengan aku'
tapi bersyukur jugak diorang terima sarah seadanya..
bermakna diorang ikhlas.. ^_^

sarah ni pun satu hal jugak..
makan tu tak reti2 nak berpantang..
semua ikut sedap tekak dia je..
dah tau tak boleh makan kacang,
dia makan jugak..

seafood lagi laa..
udang, sotong..semua dia tibai..asal kenyang je..
nak buat macam mana?
dah semua tu peberet ..huhuhu

tapi satu je la,
i'm very sensitive about mr.j ni..
nak2 bila ada org tegur..
kekadang aku senyum je..
tapi dalam hati siapa tahukan ribut petir or tsunami *over kau jah!

yang sarah paling tak suka bila
ada orang mengeluh depan sarah pasal
kulit dia gelap..
jerawat seketul atas hidung,
kecoh satu rumah..

rasa nak maki je..
kau bersyukurlah, 
walaupun kau gelap,
kulit kau licin, xdak mr.j
lagi pun kau tak pernah dengar ke orang cakap hitam manis? 
lagipun bukan lah kau tu hitam macam arang!
jerawat seketul je pun..
kau taruk ubat, esok lusa hilang laa..

tak fikir ke perasaan orang macam aku ni?*kan dah keluar aku

tapi apepun,
sarah tetap bersyukur dengan semua tu..
sebab dgn mr.j,
tak banyak lelaki yang pandang. 
maklumlah, kebanyakan lelaki kan suka yang cantik..

satu lagi,
bila ada yang terima kita dengan kekurangan kita,
bukankah itu bermakna dia ikhlas terima kita?
wallahua'lam..

P/s: Maaf entry kali ni terpanjang pula..terlebih emosi barangkali..
apa2pun ni cuma luahan perasaan okeyh..
takde kaitan dengan yang hidup atau yang mati.

Mood: aku menanti dia yang dapat menerima kekurangan
diri ini..dan dia yang sudi melengkapkan kekurangan diri dengan
kelebihannya..InsyaAllah

Gatal benor mood aku tu kan.



2 comments:

  1. Betul. and sebenarnya jerawat ni pemanis muka jugak.
    jerawat ni pun ada kebaikan dari segi kesihatan. lama dulu ee pernah baca tapi dah lupa. so tak dapat nak share. hm =(

    ReplyDelete
  2. hehe..kalo dpt share ape yg ee bce tu msti best..^_~

    ReplyDelete