Google+ Followers

My Followers~~

Saturday, 11 January 2014

Mimpi yang tak pasti

aku bermimpi..
tentang hari esok..
ceritanya hanya tentang sebuah mimpi..
yang begitu terkesan di hati hingga saat ini,
aku masih terbayang..
mungkin cuma sebuah mainan tidur.
atau khayalan yang takkan jadi nyata.
saat aku sedih dan mutiara jernih menghiasi pipiku..
dia datang menyapu airmata di pipi..
aku tersentak.
dalam masa yang sama,
sebuah perasaan halus mula menjalar.
aku memandangnya bingung.
dia tersenyum.
membuatkan aku terpana.
terkejut mungkin.
lalu dia menarik perlahan tangan aku 
membawa aku ke suatu tempat.
perlahan dia tanyakan..
"kenapa? awak takut jatuh cinta dengan saya ke?"
jantung seolah berhenti berdenyut.
lalu aku membalas.
"tak. tapi saya takut awak yang menyesal"
serentak dengan jawapan itu,
aku terjaga.
mana?
mana dia yang mengambil berat tentang rasa sedihku?
siapa namanya..
kenapa dia muncul saat hati ini menangis?
aku rindukan dia.
ya! dia yang muncul dalam lenaku.
semoga dia datang kembali
menenangkan aku saat aku sedih
aku akan terus menanti..


No comments:

Post a Comment