Google+ Followers

My Followers~~

Sunday, 26 January 2014

Niat awak baik,mungkin cara awak salah?

hari ni sarah nak membebel sikit..
dan untuk itu, hari ni sarah akan gunakan kata ganti nama diri 'aku' dalam entry kali ni.
okey, hari tu aku dating ngan kawan aku..
siapa? biarlah jadi rahsia..
yang penting perempuan dan tidak haram jika aku berpimpin tangan dengan dia..
jangan salah faham, aku BUKAN LESBIAN!
dia kawan baik aku.
kami kenal semasa sama2 belajar di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga,
Kuala Terengganu..
dan kami mula rapat semasa melanjutkan pelajaran di
Sekolah menengah yang sama,
iaitu SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu.
ok, tu intro aku.
dah lama aku nak update pasal ni, cuma mood nak tulis tu je yang macam takde..
ok, the story begin bile aku ngan kawan aku keluar jenjalan..
kitorang dating kat giant je pun..
lepas tu, saje nak usha ape yang ade dekat TTC (terengganu trade centre)
tengah kitorang syok2 usha baju dan tudung,
ade org bg salam
"Assalamualaikum, kami ade buat kempen..blaa..blaa..blaa.." pastu dia bagi aku sekeping kertas.
aku jawab laa salam dia dan bergerak keluar dari kedai tu..aku tengok lah, risalah yang dia bagi..
'oh, kempem menutup aurat. Interesting!' kata aku dalam hati.
lepas tu aku cari kawan aku, eh, dalam kedai lagi rupanya.
aku tengok ade beberapa org wanita bertudung labuh bercakap dengan dia.
reaksi kawan aku pulak macam senyum2 paksa gitu..
ermm, fahamlah aku,
kena tegur laa tu..
ok, kesalahan kawan aku just tudung dia tak menutup dada dan tangan dia terdedah sikit.
lepas wanita-wanita bertudung labuh tu berlalu,
aku tanya laa kawan aku,
" diorang kabo mende?"
kawan aku pun sengih2
"dok ar, ye kabo aku pakai baju okey doh, x ketat, cuma lengan ni nampak pastu tudung kene bagi tutup dada" 
ok, bab tu aku setuju. 
pastu, aku terpandang sorang mak cik/ kakak yang tersenyum kat kawan aku..
"die pn kene tegor gok aku ase" kawan aku bgtau..
"mu tau dok sarah, ye siap wat keluor ayat Quran tadi, malu aku weh" lebih kurang 
gitu ar mende yang kawan sarah kabo.
sebelum aku tulis banyak lagi, nak mintok maaf sudoh laa ye,
sarah tulis entry ni bukan nak memperlekehkan sesiapa, 
atau nak mengaibkan sesiapa,
semua ni sekadar pandangan dan pendapat peribadi dari sarah sendiri..
mungkin ade yang tak suka dengan ape yang sarah tulis,
itu, terpulanglah pada individu tu sendiri.




pada pandangan sarah laa, sarah dok berape berkenanlah, cara kempen tu diadakan..
dia mengedar risalah tu, okey lagi..
tapi bab die tegur orang tu, dalam kedai..
aku rasa tu satu tindakan yang tak wajar lah.
sebab benda macam tu boleh menjatuhkan air muka seseorang.
okey, dia salah. yes aku admit orang yang dia tegur tu memang salah.
tapi, kalau kita fikir balik,
bayangkan kamu yang ade pada situasi kawan sarah,
tetibe ade orang datang pada kita, 
keluarkan ayat alQuran,
cakap yang pakaian kite ni dok kena.
mase tu korang ade dalam kedai..
MALU okey..
kalau sarah kena macam tu, memang sarah terus balik rumah laa..
ape salahnya kalau kamu panggil dia ke suatu tempat yang jauh sikit dari
orang ramai, dan tiada orang lain yang boleh dengar perbualan tu,
takde laa nak malu sangat..
kalau kita nak berdakwah ni, seriously aku cakap, TAK SALAH.
Malah, aku puji tindakan tu..
tapi tolonglah, guna cara yang betul..
kita nak berdakwah ni, 
ingat senang ke? 
sebab bukan semua orang boleh terima dengan hati yang terbuka..
 so, kalau boleh,
fikirkan lah cara yang sesuai..macam tarik rambut dalam tepung,
rambut jangan bagi putus, tepung jangan bagi berselerak..
lagipun, nak ajak orang berubah, kite dok leh paksa ye..
dok leh nok suruh ye beruboh secara drastik..
p/s: renung2kan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment