Google+ Followers

My Followers~~

Monday, 27 January 2014

Wasiat seorang kakak.

hari ni nak membebel lagi..
kali ni isu remaja sekarang..
mungkin isu ni dah basi or whatsoever..
memandangkan ni blog aku,
so, i will write what i want okeyh!
first of all,
nak bagi tau dulu, 
apa yang aku bakal tulis ni adelah berdasarkan
pengalaman, pandangan dan pendapat peribadi aku,
tidak ade kena mengena dengan sesiapa,
dan tidak di tujukan pada sesiapa,
sekadar nasihat dari seorang kakak kepada seorang adik.


dik, kau tahu tak yang kau tu cantik?
kau tahu tak yang hidup kau masih panjang? InsyaAllah..
perjalanan kau masih jauh..
dik, kau tahu tak yang kau bijak?
kau tahu tak yang kau tak layak di sakiti..
aku sangatlah rasa meluat dengan budak sekarang..
sekolah belum habis,
duk post status pasal bf/gf..
aku tau laa, semua tu fitrah semulajadi manusia..
nak di sayangi, nak dicintai..blaa..blaa..blaa
aku pun pernah jugak jatuh cinta dik, 
tapi syukurlah, zaman aku xde lagi facebook..
kalau tak, mungkin kite same je..
dan aku sendiri pun pernah post pasal jiwang2 nih..
dan secara tak langsung, 
aku juga kutuk tentang perbuatan tak matang aku tu..
so, jom perbaiki diri..
ingat dik, mak ayah hantar kite pergi sekolah untuk belajar..
bukan untuk cari gf/bf..
aku tak nak kau menyesal macam aku dik,
bukan ape, takut tak sempat dik..
takut nanti penyesalan tu,
tak berpenghujung..
kau kena ingat dik, 
mati tu pasti..
janji Allah tu benar..
aku takut,
belum sempat kita bahagiakan mak ayah kita,
mereka pergi tinggalkan kita,
kembali pada pencipta-NYA..
dik, pesanan terakhir aku buat kau,
jangan senang2 serahkan cintamu..
sebab aku takut kau di kecewakan.
simpanlah cinta tu dalam hati dik,
simpan dalam doa..
biar cinta tu, hanya kau dan DIA yang tahu..
insyaAllah, DIA akan jaga cinta kau..
tapi sebelum tu, kau cintailah DIA melebihi segalanya..
dan InsyaAllah, cinta lain akan menyusul..
sekian..
p/s: Maaf, kalau ade yang terasa..

No comments:

Post a Comment