Google+ Followers

My Followers~~

Monday, 31 March 2014

Sabarlah saudaraku ALLAH bersamamu


hari ni tak tahu kenapa.
rasa rajin nak google pasal mesir.

sedih.
tu je perkataan yang mampu aku katakan.
bila baca balik kronologi pergolakan mesir,
bila dengar lagu nasyid diorang, lagi tambah sedih.
mengalir airmata ni.

video

video ni aku download kat u-tube je.

Pernah ke kalian terfikir,
Saat kita lena di ulit mimpi,
Saudara kita tidur dalam ketakutan.
Saat kita di limpahi kemewahan,
Saudara kita di hujani peluru berpandu.

Saat kita bertelagah,
Mereka berjuang untuk terus hidup.
Saat kita menunding jari mencari salah siapa,
Mereka bersedih kehilangan saudara tercinta.



Saat kita leka dengan keseronokan dunia,
Mereka mengangkat senjata mempertahankan negara.

Misteri kehilangan MH370,
Semua orang ambil tahu.
Tapi kehilangan rakyat mesir 529 ikhwanul muslimin,
bahkan jumlahnya yang mungkin lebih dari 529,
ada ke yang turut mendoakan?

Sabarlah saudaraku.
Berjuanglah sehabis dayamu.
Aku di belakangmu sentiasa mendoakanmu.
Jangan gentar! Jangan Takut!
ALLAH bersamamu.
Syahid statusmu.
Syurga menantimu.
InsyaALLAH.

Ayuh sahabat2ku!
Ayuh teman2ku!
Ayuh saudara2ku!
Kita bantu mereka,
Bantu mereka dengan doa.
Semoga ALLAH menghancurkan mereka
yang menzalimi saudara kita!
ALLAHuakhbar!x3

#AlwaysPray4Egypt
#AlwaysPray4UmatIslam

Sunday, 30 March 2014

Penjaga Hati

Penjaga hati?
aku pun tak tahu kenapa tetiba keluar tajuk ni.
so, siapa penjaga hati terbaik korang?
aku dah jumpa, Alhamdulillah.
ALLAH penjaga hati yang terbaik.
hati, jiwa, jasad dan segala yang aku miliki,
milik DIA.
aku pernah sedih, aku pernah kecewa, aku pernah terluka.
semua rasa tu ALLAH yang hadirkan.
Sebab apa?
sebab DIA nak uji aku.
sebab DIA nak aku mengadu semua kesedihan aku
dalam setiap sujudku.
aku jugak pernah bahagia, pernah gembira.
mungkin DIA nak uji aku jugak.
nak tengok aku ni bersyukur ke tak.
bukankah hidup kita di dunia satu medan ujian?
matlamat kita semua sama kan?
nak raih JANNATUL FIRDAUS?
InsyaALLAH.
tak lari dari ujian.
aku di uji dengan sebuah mainan perasaan.
ada yang ajak pergi dating.
tapi aku tolak cara baik.
aku bukan jenis yang senang di bawa kemana-mana.
aku masih ada mak dan ayah.
kalau betol ikhlas nak ajak keluar,
boleh, tapi biarlah aku minta izin mereka dulu.
kalau keluar tu, aku tak suka bila keluar cuma berdua.
bukan apa, takut nanti datang yang ketiga(syaitan).
aku ni perempuan.
perempuan akhir zaman pulak tu.
datang ke KL nak belajar.
CINTA bukan target aku.
sebab ianya cuma melalaikan aku.
hati aku dah pilih seseorang (MS)
dan aku serahkan semuanya kepada yang Maha Esa. 
aku di uji dengan rasa cinta.
saat pandang wajah dia,
aku rasa bahagia.
tapi cinta tu bukan milik aku.
terkadang ujian tu sangat hebat.
hingga aku rebah dan menangis dalam dakapan ILAHI.
saat hati ni sedih,
aku selalu rindukan ayat-ayat cinta-Nya.
dan seperti nasihat2 ustaz,
AL-QURAN lah peneman yang setia.
sebab bacaannya mampu membasuh semua luka.
penawar segala duka.


::Sayang2ku sekalian, Sahabat2ku sekalian, andai cinta yang hadir dalam hidupmu hanya membuatmu terluka, buanglah ia. Carilah cinta ALLAH. Kerana CINTA DIA adalah CINTA yang terindah. Andai masanya telah tiba, percayalah! DIA akan hadirkan seseorang yang mencintai-NYA untuk mencintaimu. Jangan buang masa untuk mereka yang hanya tahu menyakitimu. Jangan jadi hamba cinta. Carilah CINTA ALLAH, dan kau akan bahagia. ::
 

Everyone have their own story

Aku bukanlah alim sangat.
Tapi ada lah jugak ilmu agamanya.
Semua orang ada kisah hidup masing2.
Semua orang ada sejarah pahit yang tak nak di ingat balik.
Begitu jugak aku.
Tapi aku tak tahu kenapa.
Kenangan masa form 4 datang kembali.
Ya Allah, sungguh aku tak mahu ingat semua tu.
Hati ini menangis.
Jiwa ini menjerit.
Tapi tak siapa yang faham.
Tanpa sebarang pertanyaan,
aku di lempar dengan satu tuduhan.
Tanpa di sertakan saksi dan bukti,
aku di tuduh.
Kalau betul aku yang salah,
kenapa perlu sampaikan melalui orang lain?
Kenapa tak direct tanya aku?
 
Sudahlah tuduhan di lemparkan melalui sahabat baik aku.
Hingga terjadi sengketa antara kami.
Saat berita itu sampai ke pengetahuanku,
Tanpa sempat aku tahan,
airmata mengalir laju.

Apakah sudah berakhir sebuah persahabatan yang terbina?
setelah ia terjalin more than 2 years?
Sekarang aku faham.
Sekarang aku tahu siapa yang membawa cerita.
Firasat aku kuat menyatakan dia.
Ya, sejak dulu lagi.
Sejak dulu lagi hati aku merasakan yang dia orangnya.
Tapi biarlah.
cerita dah berlalu.
Aku tak nak tulis cerita ni.
Tapi aku ada pesanan buat mereka yang bersahabat.

Korang,Sahabat/kawan tu seorang manusia.
Mereka juga tak lari dari buat salah.
Andai mereka berbuat salah.
Jangan terburu-buru jatuhkan hukuman.
Beri mereka peluang.
Mungkin mereka tak sedar perbuatan mereka salah.
Korang kan tahu,
Sahabat yang baik ialah Sahabat yang menegur kesalahan
sahabatnya.
Bukan mereka yang hanya menurut dan membiarkan 
Sahabat mereka terus hanyut melakukan kesalahan.
Mungkin pada insan yang makin jauh dari aku tu,
aku bukan seorang kawan yang baik.
ya. aku akui. aku dah cuba menjadi yang terbaik.
Tapi jarak dan masa seakan menjauhkan kita.
aku cuba contact dia balik.
aku hantar sms padanya beberapa minggu yang lalu.
tapi tiada respond yang aku terima.
Mungkin persahabatan kami dah sampai ke penamatnya.
Aku terima.
Jangan pernah hubungi aku lagi.
Jangan pernah cari aku lagi.
sebab hati dah betul2 rasa jauh.
Seperti yang pernah kau katakan dulu,
"Kita jumpa kat Padang Mahsyar"
Sayonara kawan. Doaku tetap mengiringimu.
Cuma aku terlalu terluka dengan sikapmu.

p/s: Maaf andai entry ini melukakan hati sesiapa yang terlibat.
 
 

Saturday, 29 March 2014

Kawan dan Sahabat

siapa tahu beza KAWAN dan SAHABAT?
sebab ada yang tak tahu.
mungkin bagi sesetengah orang, definisinya sama.
tapi tak bagi aku.
sebab,
KAWAN kat mana2 kita boleh jumpa.
dalam bas, tepi jalan, dalam library pun boleh jumpa.
kalau SAHABAT pula, mungkin pertemuannya sama dengan KAWAN.
tapi SAHABAT ni darjat dia lagi tinggi.
sebab dia akan ada di samping kita dalam apa jua situasi.
saat semua orang menunding jari menyalahkan kita,
SAHABAT tetap setia di sisi kita.
KAWAN belum tentu akan buat macam tu.
kebanyakan KAWAN akan ada di sekeliling kita 
saat kita senang dan gembira.
Tapi saat susah dan duka, belum tentu mereka ada bersama kita.
Tapi SAHABAT selalu ada.
SAHABAT ada saat ketawa dan saat duka,
dan mereka akan cuba hapus airmata.

once I called u SAHABAT means that I hope our friendship 
will last forever until Jannah.InsyaALLAH.



Thanks SAHABAT cause u always be there when I need u.
May our friendship will last forever until Jannah.

~Lots of love: Maisarah Mustafa~

::Bila someone dah anggap korang SAHABAT, please appreciate. sebab tanpa korang tahu dia sebenarnya sedang mengangkat darjatmu dari seorang KAWAN kepada seorang SAHABAT::

p/s: entry ni hanya sebuah pandangan peribadi.

Wednesday, 26 March 2014

Aku hanya seorang wanita akhir zaman

dah lama rasanya nak tulis entry ni..
tapi tiap kali rasa nak menulis tu datang,
mood berdesup-desup lari.
aku seorang wanita.
apa yang aku ada dan menjadi kesayanganku 
hanyalah keluargaku.
kadang2 bila sendiri,
aku sedih,
rasa diri ini tak di sayangi.
rasa diri ini dilupakan.
Padaha ALLAH tak pernah lupakan aku.
Aku yang selalu lupakan DIA.
Aku selalu lupa yang
Aku ada ALLAH.
yang sentiasa menjaga aku.
kadang2 aku lupa yang DIA selalu 
lindungi aku dalam setiap apa yang aku lakukan.
Aku ni selalalu lupa.
selalu sangat kalah dengan mainan emosi.
selalu lupa nak bersyukur.
Padahal dah banyak nikmat yang DIA bg pada aku.
Tapi kadang2 bila ada masalah yang 
Tak mampu aku tanggung sorang2,
aku akan cerita kat DIA.
sebab aku tau DIA dengar.
walaupun diri aku tika tu
di selaputi debu2 dosa.
Lepas dah mengadu masalah,
aku akan rasa kuat.
Kadang2 masalah tu tanpa sedar aku mampu selesaikannya.
Tapi kadang2 aku suka lari dari masalah.
Bila dah lari,
aku suka pergi kat tempat yang tenang.
jauh dari semua orang.
Tempat favorite aku 
PANTAI,
SUNGAI,HUTAN,BUKIT.
Sebab apa?
sebab tempat2 tu buat aku selalu kagum
dengan ciptaanNYA.
bila aku tak mampu pergi kat tempat FAVORITE aku tu,
aku just pandang langit.
rasa dia tenang.
tapi satu je aku nak pesan:
Bila selalu sangat pandang langit tu,
Jangan lupa pulak yang kita ni masih di bumi.
Jangan pulak lupa asal kita adalah dari tanah yang kita pijak.

kadang2 aku jealous
tengok kawan2 yang bertudung labuh.
aku pun nak pakai macam mereka.
tapi, sebelum aku ambik step tu,
aku nak baiki diri ni dulu.
bukan apa, takut nanti bila aku bertudung labuh,
perbuatan dan tingkah laku aku tak selari dengan cara pakaian aku..
kawan2 doakan ye..semoga cita2 aku tercapai.
Cebisan Suara Hati:
aku tidak sebaik wanita-wanita yang di janji syurga.
aku cuma seorang wanita akhir zaman yang bercita-cita
mendapatkan sebuah kematian berstatus 'syahid' 
aku tak nak pujian penduduk bumi yang buat aku lupa diri.
cukuplah sekadar menjadi bualan dan di kenali oleh para malaikat kerana amalan sedikit yang aku lakukan.
Andai hari ini aku dimatikan,
semoga aku beroleh 'Husnul Khotimah'

AMIN YA RABBAL ALAMIN

Tuesday, 25 March 2014

Jangan Berhenti berharap! Please!


Sekarang tengah kecoh-kecoh kat fb, newspaper and social media pasal MH370
dan 529 ikhwanul muslimin yang di jatuhkan hukuman mati.



tak tahu kenapa, tetapi jauh di sudut hati,
macam dapat rasa yang MH370 masih ada, cuma kita tak tahu di mana.
kalau betul seperti yang dikatakan oleh media2, aku turut
merasai kesedihannya, dan takziah buat semua keluarga mangsa.
Tapi selagi belum ada bukti yang sahih, jangan laa kita berhenti berDOA..
sebab harapan tu sentiasa ada meski kita tahu ia mustahil,
Tapi kuasa ALLAH, tak siapa dapat menyangkal..



sedih pulak bila baca pasal mesir.
bimbang pun ada jugak, bimbang perkara ni berlaku kat Malaysia.
tapi dalam masa yang sama sedih sebab mereka di hukum mati.
moga syurga buat mereka,-AL-Fatihah.

Taknak tulis panjang2..

Teruskan berdoa untuk mereka~~
#MH370
#529_IkhwanulMuslimin








Bingkisan Kisah Hati

Bila Sendirian
Pena, kertas dan blog menjadi teman
Lalu aku ceritakan, lalu aku tuliskan
Agar Kisah Hati menjadi kenangan

Semoga bila nafas ini terhenti
Kisah Hati takkan mati
Semoga bila rindu Kisah Hati bisa menemani
Menjadi peneman bagi mereka yang berasa sunyi

Admin bukan seorang yang hebat
Apatah lagi yang terhebat
Cuma admin pandai menyusun kata
Menjadikannya sebuah cerita

Hati tak pernah mengharapkan diri di kenali ramai
Cuma hati selalu berharap diri ini di hargai
Biarpun tidak di hamparkan karpet merah
   Cukuplah sekadar hormati aku sebagai wanita bermaruah


with my jantung hati
sayang adik <3


Saturday, 22 March 2014

InsyaAllah,may ALLAH ease everything for me..

Dulu masa sekolah rendah,
ummi ngan abah selalu pesan suruh belajar elok2,
nanti lepas UPSR dapat masuk sekolah budak2 pandai.
tapi, aku tak berjaya nak sempurnakan cita2 ummi dan abah,
untuk hantar aku ke sekolah budak2 pandai..
abah sanggup hantar aku ke kelas malam 3 kali seminggu(kalau tak silap)
lepas hantar abah tak terus balik rumah, tapi lepas solat isyak kat masjid,
abah akan tunggu dalam kereta depan gate sekolah.
sedikit sebanyak aku juga kecewa,
tapi ummi dengan abah diam je,
ummi cakap "takpe, nanti PMR cuba lagi"
akhirnya aku masuk sekolah harian biasa,
sekolah tu ada asrama, aku tinggal kat asrama, dapat kawan baru,
pengalaman baru, situasi baru..
dan sekali lagi aku kecewakan mereka,
dan titisan mutiara jernih tu tak dapat aku tahan lagi..
balik rumah, arwah nenek yang masih sihat ketika tu tanya,
dengan nada yang kecewa aku bagitau result PMR yang tak seberapa..
nenek just senyum dan cakap "periksa  lagi 2 thn nanti cuba lagi"
abah selalu cakap "teringin nak tengok anak2 abah naik stage terima anugerah pelajar terbaik"
dan tika SPM, aku gagal lagi laksanakan hasrat abah dan ummi.
keputusan masuk ke Universiti juga tidak menggembirakan bila aku tak dapat panggilan
daripada mana2 universiti melainkan tawaran ke form6.
2 hari sebelum aku kembali ke alam persekolahan untuk masuk ke form6,
nenek aku meninggal (tolong sedekahkan Al-Fatihah, utk arwah nenek aku Zainab Binti Chik)
agak sedih sebab lepas SPM aku yg jaga beliau.
dan untuk yang sekian kalinya result STPM aku,
aku masih tak mampu buat ummi dan abah tersenyum bangga.
abah pernah cakap "nanti kalau abah dah takde, siapa yang boleh sedekahkan abah bacaan al-Quran"
aku tersentak! kenapa abah cakap macam tu?
abah pernah bagitau "nanti bila abah dah tua, abah nak duk umah orang tua, tak nak susahkan anak2"
aku rasa nak nangis!
aku cakap "sarah boley jaga abah ngan ummi!"
abah cakap "nanti dah kahwin kena ikut suami"
sekarang, aku dah faham kenapa ayat2 tu pernah abah ucap..
dulu cita2 aku nak jadi best student! nak jadi top student! nak buat ummi dengan abah bangga..
tapi sekarang tak! aku tak nak gelaran tu!
aku nak jadi anak yang SOLEHAH untuk ummi ngan abah.
mungkin aku tak mampu bahagiakan mereka di dunia..
tapi aku selalu berharap dan selalu berdoa supaya aku mampu bahagiakan mereka di AKHIRAT..
 InsyaAllah..

semoga Allah permudahkan cita2 aku..
sesungguhnya hanya DIA yang tahu segala rasa dan perasaan aku.
#KeepPray4MH370

Sunday, 16 March 2014

Mimpi atau bukan? Tapi menakutkan! (part2)

bila dah mesej merapu-rapu, kawan sarah risau..mak tak respond, mungkin tak sedar sebab mak tengah mengajar..sarah sempat bg no.fon ayah suruh kawan tlg call..
lepas tu ayah call..tapi sarah tak mampu nak angkat call tu sebab fon satu lagi ade kat katil sarah..
tak larat nak bangun ambik fon..lepas tu maybe sarah tertidur..
tetiba ada housemate sarah datang bilik..dia pegang dahi sarah, dia tanya nak makan ke tak,
sarah cakap laa  tak nak sebab masa tu, rasa nak tido je..
sebab pinggang dan tulang belakang rasa sakit sangat..
nak makan, ape2 pun dah tak lalu..tiba-tiba sarah bangun baring kat atas tilam sendiri sebab matahari dah tinggi, panas tido kat katil kawan sarah..
lepas tu budak rumah sarah datang lagi tny nak makan apa..dia tny nak makan bubur ke?
sarah angguk je sebab nak cakap banyak dah tak larat..
lepas tu kawan sarah tu datang lagi bawak bubur yang dia dah masak, tapi sarah tak makan,
sebab memang tak lalu sangat..datang sorang lagi kawan, sarah cakap sarah sakit belakang..
dia pun sapukan minyak dan urut2 sikit..
sakit sangat..tak lama lepas tu, mak cik sarah datang..
 sarah peluk dia sambil nangis cakap nak ikut dia balik rumah..
sebelum balik umah mak cik, singgah klinik dulu..
risau laa kalau demam ke or sakit ape2..
tapi bila doktor check suhu, normal, darah, normal..
doktor just bg ubat demam dan tahan sakit..
balik umah mak cik, rehat jap, mak cik belikan mihun sup..
sarah makan sikit je..
tak lalu laa nak makan..
lepas tu rehat..ptg tu, mak cik tanya dah solat asar ke belum, sarah pun tengok jam,
ya ALLA dah hampir jam 5,sarah tak solat zohor pun lagi..
mak cik suruh mandi dan qada' balik zohor..
lepas dah sembahyang, mak cik ajak pegi darussyifa'
ustaz tu baca sikit surah nur, kalau tak silap, ayat kursi,dan beberapa ayat lagi,
dia tepuk2 bahu, dah tu, dia tiup kat air..
balik rehat kat umah mak cik semula..
keesokan pagi, 
mak cik cakap, dia nak pegi keje,makanan ade atas meja,
pastu, sarah cakap nak balik terengganu,mintak tolong mak cik belikan tiket..
lepas tu call ayah bgtau nak balik..
malam lepas maghrib, 
siapkan barang2 nak bawak balik..lepas tu mak cik bawak p makan..
lepas makan, p solat isyak jap, pastu tggu bas..naik bas terus pejam mata,
tapi tak lena sbb pinggang dan tulang belakang masih sakit..
p/s: i don't know what happen to me..tapi apa yang sarah tulis ni, ape yang sarah rasa masa sarah sakit..
semoga apa yang sarah tulis ni mampu bagi manfaat kat pembaca-pembaca sekalian..
sarah bukan ustazah, nk huraikan lebih2 takut tak betul.. 
moral: 
kalau ALLAH matikan aku, maka tiadalah aku hari ini untuk menaip cerita ini,
jika itu satu petunjuk dariNya, maka aku harap aku masih semkpat bertaubat dan menyeru kawan2 berbuat kebaikan..janji ALLAH tu pasti..
saat kematian tu juga sesuatu yang kita tak boleh lari darinya..
sedangkan Nabi Muhammad SAW pun rasa sakit saat di cabut nyawanya, inikan pula kita ummat akhir zaman..renung2kan ye.. bukan ape, takut tak sempat bertaubat syg2ku..

Mimpi atau bukan? Tapi menakutkan! (part1)

actually, sarah tak tahu patut ke tak sarah tulis benda ni..
tapi bila tanya kawan sarah, dia cakap tulis je laa,
mana tahu apa yang sarah tulis boleh bagi manfaat kat orang yang baca ni..
InsyaAllah, mudah-mudahan begitulah.
last weekend actually sarah ingat nak balik terengganu.
tapi tak jadi, sebab ade kelas pagi jumaat.
kalau pagi jumaat tu takde kelas boleh laa berlama sikit kat rumah.
lepas tu sarah ingat nak balik jugak lepas kelas tu,
tapi tiket pulak tak beli lagi.
nak menapak ke PUTRA macam malas, sebab rasa tak larat macam nak demam..
so, sarah decide tak nak balik. 
sedih laa jugak sebab dah semangat call mak cakap nak balik,
tetibe kelas pulak ade hari jumaat,sedangkan last week sarah dengar lecturer cakap dia takde..
so, bila cakap pasal weekend, confirm laa sarah tinggal sama ade berseorangan,
atau paling tidak dengan one of my roomate.
yang lain semua balik..tapi budak2 rumah ade je..hehe
ok, citer dia start bila sarah dengar berita kehilangan MH370 sedih..
walaupun tak kenal mereka-mereka yang berada dalam pesawat tu,
tapi turut merasai apa yang di rasa oleh keluarga mangsa,mungkin.
sampai terbawa-bawa dalam emosi..sampaikan sarah menangis..
dan tak putus2 doa buat mereka.
 hari ahad..
pagi sarah terjaga awal..sebelum subuh..
sarah pun bangun je laa, tetibe teringat pesawat yang masih hilang,
sarah buat solat sunat,doakan mereka..
lepas tu, terdengar azan subuh..tanpa berlengah, sarah pun terus sembahyang subuh..
lepas solat subuh, sarah baring kat katil kawan sarah..
sebab katil dia dekat dengan tingkap..
dalam hati sarah cakap nak tido sekejap..
sebab dua tiga malam sebelum tu sarah tak dapat tido yang cukup..
badan sarah penat sangat..
pagi lepas subuh tulaa ingat nak lelapkan mata sekejap..
sebab nanti bila dah tengah hari panas, mungkin dah tak selesa nak tido..
tiba-tiba, tak sempat sarah nak lena,
sarah rasa kaki sarah kebas, nak angkat pun dah tak mampu..
lepas tu dahi sarah rasa berat, seolah-olah ade orang cengkam..tangan sarah waktu tu,
dah tak mampu nak angkat sebab penat sangat..nak panggil kawan pun tak mampu
sebab sebelum tido sarah kunci pintu bilik, tiba-tiba, sarah rasa mulut sarah seolah-olah di kunci..
dalam hati 'aku dah kenapa ni? nak mati dah ke?' sarah takut sangat masa tu..dalam hati je sarah mampu baca doa, dan surah-surah yang sarah selalu baca.
dalam hati,' kalau betul laa, hari kematian sarah dah tiba, sarah doa laa, dalam hati permudahkanlah saat kematianku Ya Allah..'
tiba-tiba sarah rasa dahaga yang teramat sangat..pastu sarah terdengar bunyi air paip..
tapi sarah tahu, tu syaitan..dalam hati sarah terus berdoa 'aku tak nak air tu! aku nak minum air yang warnanya putih mcm susu tu yang diceritakan dalam al-Quran'
tiba-tiba sarah rasa macam sesak nafas, sayup-sayup sarah dengar orang menyebut kalimah ALLAH..
bila dah dengar tu, sarah mengucap dalam hati, selawat tak henti2..sebab mulut dah tak mampu berbicara saat tu..MasyaAllah, sakit tu makin lama makin perit..
tiba-tiba sakit tu menyerang kat saraf tunjang..sarah tak mampu tulis sakit tu macam mana..
takde perkataan yang sesuai..tiba-tiba,
sarah ternampak-nampak bayangan arwah nenek,pakcik,atuk dan keluarga yang dah meninggal dunia..
dalam hati 'sarah nak ikut mereka! nak pergi kat tempat yang warnanya hijau dan tenang, yang ada burung-burung, yang tempatnya takde orang-orang jahat'
tiba-tiba sarah rasa tangan sarah terangkat seperti orang berdoa..sesaat dua, tangan sarah kembali layu..
dalam hati 'Ya Allah jika betul hari ini pengakhiranku, ampuni segala dosaku, jika hari ini hari terakhirku, matikan aku dalam keadaan yang baik'
dan sejurus lepas tu, sarah rasa dunia ni seakan berputar..
Allahu rabbi, kepala sarah sakit sangat..
lepas hilang semua rasa sakit tu, sarah terjaga..sarah bangun..sarah pandang sekeliling..
oh, aku masih hidup! alhamdulillah..tapi kesan dr sebelum sarah terjaga tu masih ade..
pinggang sarah terasa sangat sakit..sarah pun baring balik..sarah capai fon, mesej kat mak, adik, n one of my sahabat..
merapu-rapu sarah mesej.. 

Friday, 14 March 2014

Kehilanganmu meruntun kalbu


Berita kehilangan pesawat MH370 sangat menyedihkan..
aku bersimpati terhadap keluarga mangsa.
walaupun tak pernah kenal sesiapa yang berada di dalam pesawat,
tapi sebagai seorang manusia yang punya emosi dan yang punya perasaan,
air mata turut menangisi kehilangannya..
Allahurabbi, hanya doa yang mampu aku kirimkan..

mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang menggemparkan Malaysia.
tapi, dalam masa yag sama ada juga terselit perasaan AMARAH terhadap pihak
yang mengeluarkan kenyataan BODOH dan perasan diri tu HEBAT
konon RAJA BOMOH! tapi hakikatnya menjatuhkan martabat ISLAM di mata DUNIA!
ya ALLAH, ape nak jadi..sedih sangat-sangat..

Ayuh kawan2!
Ayuh Teman2!
Ayuh sahabatku sekalian!
Ayuh saudara2 sekalian!
sudah tiba masanya kita bersatu!
marilah sama2 kita bersatu dalam menDOAkan mereka!
mereka perlukan pertolongan kita..

musuh-musuh Islam sedang mengintai peluang menjatuhkan kita,
jangan gentar!jangan takut! 
semoga perjuangan kita sentiasa dalam RAHMAT dan PERLINDUNGAN-NYA..
InsyaAllah..Amin ya Rabbal Alamin

#KeepPray4MH370