Google+ Followers

My Followers~~

Sunday, 30 March 2014

Everyone have their own story

Aku bukanlah alim sangat.
Tapi ada lah jugak ilmu agamanya.
Semua orang ada kisah hidup masing2.
Semua orang ada sejarah pahit yang tak nak di ingat balik.
Begitu jugak aku.
Tapi aku tak tahu kenapa.
Kenangan masa form 4 datang kembali.
Ya Allah, sungguh aku tak mahu ingat semua tu.
Hati ini menangis.
Jiwa ini menjerit.
Tapi tak siapa yang faham.
Tanpa sebarang pertanyaan,
aku di lempar dengan satu tuduhan.
Tanpa di sertakan saksi dan bukti,
aku di tuduh.
Kalau betul aku yang salah,
kenapa perlu sampaikan melalui orang lain?
Kenapa tak direct tanya aku?
 
Sudahlah tuduhan di lemparkan melalui sahabat baik aku.
Hingga terjadi sengketa antara kami.
Saat berita itu sampai ke pengetahuanku,
Tanpa sempat aku tahan,
airmata mengalir laju.

Apakah sudah berakhir sebuah persahabatan yang terbina?
setelah ia terjalin more than 2 years?
Sekarang aku faham.
Sekarang aku tahu siapa yang membawa cerita.
Firasat aku kuat menyatakan dia.
Ya, sejak dulu lagi.
Sejak dulu lagi hati aku merasakan yang dia orangnya.
Tapi biarlah.
cerita dah berlalu.
Aku tak nak tulis cerita ni.
Tapi aku ada pesanan buat mereka yang bersahabat.

Korang,Sahabat/kawan tu seorang manusia.
Mereka juga tak lari dari buat salah.
Andai mereka berbuat salah.
Jangan terburu-buru jatuhkan hukuman.
Beri mereka peluang.
Mungkin mereka tak sedar perbuatan mereka salah.
Korang kan tahu,
Sahabat yang baik ialah Sahabat yang menegur kesalahan
sahabatnya.
Bukan mereka yang hanya menurut dan membiarkan 
Sahabat mereka terus hanyut melakukan kesalahan.
Mungkin pada insan yang makin jauh dari aku tu,
aku bukan seorang kawan yang baik.
ya. aku akui. aku dah cuba menjadi yang terbaik.
Tapi jarak dan masa seakan menjauhkan kita.
aku cuba contact dia balik.
aku hantar sms padanya beberapa minggu yang lalu.
tapi tiada respond yang aku terima.
Mungkin persahabatan kami dah sampai ke penamatnya.
Aku terima.
Jangan pernah hubungi aku lagi.
Jangan pernah cari aku lagi.
sebab hati dah betul2 rasa jauh.
Seperti yang pernah kau katakan dulu,
"Kita jumpa kat Padang Mahsyar"
Sayonara kawan. Doaku tetap mengiringimu.
Cuma aku terlalu terluka dengan sikapmu.

p/s: Maaf andai entry ini melukakan hati sesiapa yang terlibat.
 
 

2 comments:

  1. bersabarlah dik...
    InsyaAllah Allah pasti hadirkan rindu di hati kawan adik nanti...
    Banyakkan berdoa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah cik akak..hanya Allah yg setia mndengar masalah hambanya..huhu

      Delete