Google+ Followers

My Followers~~

Saturday, 22 March 2014

InsyaAllah,may ALLAH ease everything for me..

Dulu masa sekolah rendah,
ummi ngan abah selalu pesan suruh belajar elok2,
nanti lepas UPSR dapat masuk sekolah budak2 pandai.
tapi, aku tak berjaya nak sempurnakan cita2 ummi dan abah,
untuk hantar aku ke sekolah budak2 pandai..
abah sanggup hantar aku ke kelas malam 3 kali seminggu(kalau tak silap)
lepas hantar abah tak terus balik rumah, tapi lepas solat isyak kat masjid,
abah akan tunggu dalam kereta depan gate sekolah.
sedikit sebanyak aku juga kecewa,
tapi ummi dengan abah diam je,
ummi cakap "takpe, nanti PMR cuba lagi"
akhirnya aku masuk sekolah harian biasa,
sekolah tu ada asrama, aku tinggal kat asrama, dapat kawan baru,
pengalaman baru, situasi baru..
dan sekali lagi aku kecewakan mereka,
dan titisan mutiara jernih tu tak dapat aku tahan lagi..
balik rumah, arwah nenek yang masih sihat ketika tu tanya,
dengan nada yang kecewa aku bagitau result PMR yang tak seberapa..
nenek just senyum dan cakap "periksa  lagi 2 thn nanti cuba lagi"
abah selalu cakap "teringin nak tengok anak2 abah naik stage terima anugerah pelajar terbaik"
dan tika SPM, aku gagal lagi laksanakan hasrat abah dan ummi.
keputusan masuk ke Universiti juga tidak menggembirakan bila aku tak dapat panggilan
daripada mana2 universiti melainkan tawaran ke form6.
2 hari sebelum aku kembali ke alam persekolahan untuk masuk ke form6,
nenek aku meninggal (tolong sedekahkan Al-Fatihah, utk arwah nenek aku Zainab Binti Chik)
agak sedih sebab lepas SPM aku yg jaga beliau.
dan untuk yang sekian kalinya result STPM aku,
aku masih tak mampu buat ummi dan abah tersenyum bangga.
abah pernah cakap "nanti kalau abah dah takde, siapa yang boleh sedekahkan abah bacaan al-Quran"
aku tersentak! kenapa abah cakap macam tu?
abah pernah bagitau "nanti bila abah dah tua, abah nak duk umah orang tua, tak nak susahkan anak2"
aku rasa nak nangis!
aku cakap "sarah boley jaga abah ngan ummi!"
abah cakap "nanti dah kahwin kena ikut suami"
sekarang, aku dah faham kenapa ayat2 tu pernah abah ucap..
dulu cita2 aku nak jadi best student! nak jadi top student! nak buat ummi dengan abah bangga..
tapi sekarang tak! aku tak nak gelaran tu!
aku nak jadi anak yang SOLEHAH untuk ummi ngan abah.
mungkin aku tak mampu bahagiakan mereka di dunia..
tapi aku selalu berharap dan selalu berdoa supaya aku mampu bahagiakan mereka di AKHIRAT..
 InsyaAllah..

semoga Allah permudahkan cita2 aku..
sesungguhnya hanya DIA yang tahu segala rasa dan perasaan aku.
#KeepPray4MH370

No comments:

Post a Comment