Google+ Followers

My Followers~~

Sunday, 16 March 2014

Mimpi atau bukan? Tapi menakutkan! (part1)

actually, sarah tak tahu patut ke tak sarah tulis benda ni..
tapi bila tanya kawan sarah, dia cakap tulis je laa,
mana tahu apa yang sarah tulis boleh bagi manfaat kat orang yang baca ni..
InsyaAllah, mudah-mudahan begitulah.
last weekend actually sarah ingat nak balik terengganu.
tapi tak jadi, sebab ade kelas pagi jumaat.
kalau pagi jumaat tu takde kelas boleh laa berlama sikit kat rumah.
lepas tu sarah ingat nak balik jugak lepas kelas tu,
tapi tiket pulak tak beli lagi.
nak menapak ke PUTRA macam malas, sebab rasa tak larat macam nak demam..
so, sarah decide tak nak balik. 
sedih laa jugak sebab dah semangat call mak cakap nak balik,
tetibe kelas pulak ade hari jumaat,sedangkan last week sarah dengar lecturer cakap dia takde..
so, bila cakap pasal weekend, confirm laa sarah tinggal sama ade berseorangan,
atau paling tidak dengan one of my roomate.
yang lain semua balik..tapi budak2 rumah ade je..hehe
ok, citer dia start bila sarah dengar berita kehilangan MH370 sedih..
walaupun tak kenal mereka-mereka yang berada dalam pesawat tu,
tapi turut merasai apa yang di rasa oleh keluarga mangsa,mungkin.
sampai terbawa-bawa dalam emosi..sampaikan sarah menangis..
dan tak putus2 doa buat mereka.
 hari ahad..
pagi sarah terjaga awal..sebelum subuh..
sarah pun bangun je laa, tetibe teringat pesawat yang masih hilang,
sarah buat solat sunat,doakan mereka..
lepas tu, terdengar azan subuh..tanpa berlengah, sarah pun terus sembahyang subuh..
lepas solat subuh, sarah baring kat katil kawan sarah..
sebab katil dia dekat dengan tingkap..
dalam hati sarah cakap nak tido sekejap..
sebab dua tiga malam sebelum tu sarah tak dapat tido yang cukup..
badan sarah penat sangat..
pagi lepas subuh tulaa ingat nak lelapkan mata sekejap..
sebab nanti bila dah tengah hari panas, mungkin dah tak selesa nak tido..
tiba-tiba, tak sempat sarah nak lena,
sarah rasa kaki sarah kebas, nak angkat pun dah tak mampu..
lepas tu dahi sarah rasa berat, seolah-olah ade orang cengkam..tangan sarah waktu tu,
dah tak mampu nak angkat sebab penat sangat..nak panggil kawan pun tak mampu
sebab sebelum tido sarah kunci pintu bilik, tiba-tiba, sarah rasa mulut sarah seolah-olah di kunci..
dalam hati 'aku dah kenapa ni? nak mati dah ke?' sarah takut sangat masa tu..dalam hati je sarah mampu baca doa, dan surah-surah yang sarah selalu baca.
dalam hati,' kalau betul laa, hari kematian sarah dah tiba, sarah doa laa, dalam hati permudahkanlah saat kematianku Ya Allah..'
tiba-tiba sarah rasa dahaga yang teramat sangat..pastu sarah terdengar bunyi air paip..
tapi sarah tahu, tu syaitan..dalam hati sarah terus berdoa 'aku tak nak air tu! aku nak minum air yang warnanya putih mcm susu tu yang diceritakan dalam al-Quran'
tiba-tiba sarah rasa macam sesak nafas, sayup-sayup sarah dengar orang menyebut kalimah ALLAH..
bila dah dengar tu, sarah mengucap dalam hati, selawat tak henti2..sebab mulut dah tak mampu berbicara saat tu..MasyaAllah, sakit tu makin lama makin perit..
tiba-tiba sakit tu menyerang kat saraf tunjang..sarah tak mampu tulis sakit tu macam mana..
takde perkataan yang sesuai..tiba-tiba,
sarah ternampak-nampak bayangan arwah nenek,pakcik,atuk dan keluarga yang dah meninggal dunia..
dalam hati 'sarah nak ikut mereka! nak pergi kat tempat yang warnanya hijau dan tenang, yang ada burung-burung, yang tempatnya takde orang-orang jahat'
tiba-tiba sarah rasa tangan sarah terangkat seperti orang berdoa..sesaat dua, tangan sarah kembali layu..
dalam hati 'Ya Allah jika betul hari ini pengakhiranku, ampuni segala dosaku, jika hari ini hari terakhirku, matikan aku dalam keadaan yang baik'
dan sejurus lepas tu, sarah rasa dunia ni seakan berputar..
Allahu rabbi, kepala sarah sakit sangat..
lepas hilang semua rasa sakit tu, sarah terjaga..sarah bangun..sarah pandang sekeliling..
oh, aku masih hidup! alhamdulillah..tapi kesan dr sebelum sarah terjaga tu masih ade..
pinggang sarah terasa sangat sakit..sarah pun baring balik..sarah capai fon, mesej kat mak, adik, n one of my sahabat..
merapu-rapu sarah mesej.. 

No comments:

Post a Comment