Google+ Followers

My Followers~~

Tuesday, 27 May 2014

Kau Pemilik Hati

Hati ni, susah sangat nak jaga. Degil! 
Bila dah mula sayang, susah betul dia nak lepas orang tu.
Bila terluka, mula lah nak touching bagai.
Hati ni, konon nak raih cinta DIA,
tapi, Hati ni tak pernah sempurna cintakan DIA.
Allahu rabbi..

Aku berusaha memiliki cinta-Mu,
tapi terkadang tersungkur oleh cinta manusia.
Ampuni aku ya ALLAH.

Aku tertunduk lemah memikirkan dosa-dosa
yang seperti buih di lautan,
tapi diri ini kerap jatuh di daerah dosa yang sama.
bila aku bangkit untuk lari dari dosa lalu,
kaki ini terkadang tersilap langkah.

Tapi DIA tak pernah kejam.
Tak pernah DIA tarik nikmat yang kadang-kadang aku lupa untuk bersyukur.
ALLAH, jahilnya aku.

Ya ALLAH, kau pemilik hati ini,
Kau yang tahu apa yang aku rasa, 
dan apa yang aku lalui.
Andai benar dia yang Kau pilihkan untukku,
aku terima seadanya.

Peluk hati ini, saat aku lemah dan rapuh.
Jauhkan hati ini dari rasa yang sia-sia.
Aku percaya akan janji-Mu
Tak mungkin aku mati tanpa cintanya.
Tapi tanpa cinta-Mu,
aku tak berdaya.

Sunday, 25 May 2014

Ku Harus Pergi..

Maybe ada yang meluat dengan status-status aku di FB dan Insta 
mengenai putra kayangan. I'm Sorry. Terlampau excited agaknya dapat jumpa secara empat mata
dengan jejaka yang pernah muncul dalam mimpi. First time sedar, macam tak percaya.
Betul ke? Bagi yang tahu cerita lama aku, mungkin diorang faham kenapa aku
terlebih excited. Seriously, for the whole week, aku rasa macam tengah bermimpi.
Macam tak percaya yang putra kayangan tu wujud. Tapi, persoalan demi persoalan 
mula menghujani fikiran. Adakah itu jawapan untuk segala permintaan aku?
Atau adakah ianya cuma sekadar mainan hati?
Atau adakah cuma ujian untuk menduga keimanan?
Tiba-tiba, rasa takut menyelubungi segenap ruang hati.
Takut andai kecewa itu bakal aku alami lagi. 
Takut andai tersungkur lagi di daerah yang sama.
Takut andai luka menjelma semula.
Sukar bagi aku untuk menyatakannya,
bila cinta dan sayang mula hadir untuknya.
Tapi langkah apa lagi yang harus aku turuti
Andai ini yang terbaik?
Bicara soal cinta dan kasih sayang?
Jangan tanya aku!
Aku terlalu naif tentangnya.
Terlalu mudah jatuh tersungkur kerananya.
Hati. Dah seringkali di sakiti.
Sampai satu saat, aku tak mampu lagi untuk menangis
Kerana air mata sudah kering.
Yang tinggal cuma ketawa, yang di sebaliknya tersembunyi kesedihan
yang tak terlihat oleh mata kasar.

Friday, 2 May 2014

Warkah buat sahabat

sahabatku sayang,
aku bersyukur sangat sebab di perjalanan hidup ni,
kita di pertemukan. Banyak memori yang kita cipta bersama. Sungguh aku tak mahu lupa sesaat pun memori kita bersama. Sebab semuanya terlalu indah untuk aku kenang. Maafkan aku, jika sepanjang perkenalan kita, andai aku pernah mengguris hati mu, sama ada dalam sedar atau tidak. Tolong faham, aku juga cuma manusia biasa sepertimu. Andai aku salah, tegur aku. Tolong jangan benci aku.


Sahabatku sayang,
Aku bukanlah muslimah yang baik, aku mungkin bukan juga sahabatmu yang terbaik. Tapi percayalah aku seorang sahabat yang sangat menyayangimu. Sebab ukhuwah yang terbina antara kita ialah satu simpulan tali yang indah dari-Nya.Aku selalu ingin menegurmu, tapi aku bimbang andai teguranku akan memutuskan simpulan indah tali persahabatan kita.Aku tak sanggup kehilanganmu.Jasad kita mungkin terpisah dek jarak, tapi percayalah, doaku selalu mengiringimu.














Thursday, 1 May 2014

Rahsia jerawat makin kurang

Dulu aku pernah tulis satu entry pasal jerawat kan?
haaaa, ingat lagi tak?
apa?? tak baca pun?
korang ni, sampai hati tau..penat je aku tulis..
okeylah, bagi yang belum baca sila baca ye, --->Kisah aku dan Mr.J
Ok, now aku dah jumpa solution untuk kisah aku.
Nak tahu rahsia aku tak?
Mr.J aku dah mula hilang..
Alhamdulillah bersyukur sangat..
sekarang dah ada sikit keyakinan nak berdepan dengan orang..

tak percaya?


ni aku sendiri yang pakai..
sumpah gambar ni aku tak edit..
just cantumkan je jd satu gambar..

sarah guna ni..
dah hampir sebulan..
Alhamdulillah sarah puas hati.. :)





mula2 memang ragu2 nak pakai..
sebab sarah dah try macam2 produk..yg murah sampai lah yang mahal..
tapi hasil semua sama..
tapi bila jumpa produk ni, sarah lega sebab Mr.J dah makin hilang..
parut2 pn dh makin pudar..
Produk ni pun alhamdulillah, tak laa mahal sangat..
yang best pasal sabun ni, boleh pakai kat badan dan muka..
siap boleh hilangkan bau badan, ketiak hitam, hitam kat celah2 peha pn boleh hilang..

aku tertarik dengan produk ni, sebab bnyak rumusan semulajadi
dalam sabun tu ade 
rumusan khas anti-oksidan dan minyak asli:
-Ekstrak Liquorice
-Minyak Tea Tree
-Vitamin E
-Aloe Vera

oh ye, sebelum aku lupa, ade tawaran Mei sehingga esok!!
takkan nak lepaskan peluang??
 Pembelian sehingga RM 200  (beauty bar,shampoo,body wash, mineral coffe,bio-ever)
akan menerima special gift
Jika nila pembelian melebihi RM200, nilai gift juga akan bertambah..jom laa pakat2 beli..
untuk kecantikan juga..tak rugi pn..dapat hadiah lagi..
takkan tak nak hadiah kot?-
Untuk pertanyaan lanjut mngenai tawaran mei boleh terus whatsapp kak su di talian 0139304019

untuk pertanyaan lanjut boleh terus whatsapp saya di talian 0139892458
atau terus inbox message fb Maisarah Mustafa

Aku share benda ni untuk bantu mereka yang pernah alami apa yang aku rasa..
untuk bg solution pada mereka yang ade masalah jerawat..
semoga niat aku tak terpesong insyaALLAH.