Google+ Followers

My Followers~~

Sunday, 25 May 2014

Ku Harus Pergi..

Maybe ada yang meluat dengan status-status aku di FB dan Insta 
mengenai putra kayangan. I'm Sorry. Terlampau excited agaknya dapat jumpa secara empat mata
dengan jejaka yang pernah muncul dalam mimpi. First time sedar, macam tak percaya.
Betul ke? Bagi yang tahu cerita lama aku, mungkin diorang faham kenapa aku
terlebih excited. Seriously, for the whole week, aku rasa macam tengah bermimpi.
Macam tak percaya yang putra kayangan tu wujud. Tapi, persoalan demi persoalan 
mula menghujani fikiran. Adakah itu jawapan untuk segala permintaan aku?
Atau adakah ianya cuma sekadar mainan hati?
Atau adakah cuma ujian untuk menduga keimanan?
Tiba-tiba, rasa takut menyelubungi segenap ruang hati.
Takut andai kecewa itu bakal aku alami lagi. 
Takut andai tersungkur lagi di daerah yang sama.
Takut andai luka menjelma semula.
Sukar bagi aku untuk menyatakannya,
bila cinta dan sayang mula hadir untuknya.
Tapi langkah apa lagi yang harus aku turuti
Andai ini yang terbaik?
Bicara soal cinta dan kasih sayang?
Jangan tanya aku!
Aku terlalu naif tentangnya.
Terlalu mudah jatuh tersungkur kerananya.
Hati. Dah seringkali di sakiti.
Sampai satu saat, aku tak mampu lagi untuk menangis
Kerana air mata sudah kering.
Yang tinggal cuma ketawa, yang di sebaliknya tersembunyi kesedihan
yang tak terlihat oleh mata kasar.

No comments:

Post a Comment