Google+ Followers

My Followers~~

Thursday, 26 June 2014

Layakkah aku??

Malam tu, aku tak dapat lelapkan mata. Macam-macam perkara bermain dalam fikiran. 
Yang pasti, kebanyakannya berkisar soal hati. 
Lalu terdetik di hati untuk berteleku di sejadah. 
Selesai 2 rakaat solat sunat, satu persoalan tiba-tiba berlegar.
 Layakkah aku?? Layakkah aku bertemu kekasih ALLAH. 
Bertemu para sahabat yang di janji syurga. 
Tiba-tiba sebak mula memenuhi dada. 
Ya, aku benar-benar terkesan dengan persoalan yang bermain di minda. 
Dan rindu tiba-tiba menjenguk di tangkai hati. 
Rindu akan ceramah dan tazkirah maghrib di asrama SMKBB dulu. 
Allahurabbi. Selalu dengar cerita tentang bagaimana sayangnya sahabat baginda, terutama Bilal Bin Rabah hinggakan beliau berhenti melaungkan azan bila baginda Nabi Muhammad s.a.w wafat.
Siapa yang tak nak kan jumpa kekasih ALLAH kan?
Tapi layak ke kita? cukup ke amalan kita selama ni?
So, memandangkan Ramadhan tinggal beberapa hari je lagi,
Jom laa kita ambil peluang dan berkat bulan baik ni untuk topup amalan-amalan kita.
Semoga amalan kita tidak hanya di bulan Ramadhan saje.
InsyaALLAH sama-sama jadikan amalan ke bulan-bulan yang lain juga.
Wallahu'alam

Tuesday, 24 June 2014

Dia Bawakan saya senyuman!

Hari demi hari berlalu.
Detik demi detik juga berlalu pergi.
Tapi hati tetap ternanti-nanti.
Menanti dia untuk menghubungiku.
Masih teringat dalam perjalanan hari tu.
Waktu bas melalui kampungku yang dulu
ada sebuah rumah kayu
rumah yang di diami arwah atuk dan nenek.
Tiba-tiba air mata bergenang.
Terimbau kenangan masa kecil.
Terimbau kenangan bersama atuk dan nenek.
Moga mereka tenang di sana.
Lalu ku alihkan pandangan ke screen telefon bimbit.
Mencari seseorang yang dapat membawa senyuman.
Dan aku temui dia.
Mungkin dia tak tahu.
Dia tak tahu yang dalam diam,
dia sentiasa hadirkan senyuman.
Saat diri ni terluka dan berduka,
Dia selalu buat aku tersenyum dalam diam.
Tak salah kot kalau hati ni pilih dia.
Sebab dia mampu bawa senyuman.
Dia mampu hiburkan hati ini hanya dengan perkara kecil.
Moga dia mampu jaga diri,jaga hati dan jaga iman.
Moga ALLAH sentiasa menjaganya untukku.

Mak!! Nak Kahwin boleh?

Bismillahirrahmanirrahim.
Memandangkan aku dah selamat tamatkan
my first year degree dengan jayanya,
hari ni nak berceloteh sikit.
Tapi sebelum tu, aku harap sangat aku takde stuck 
mana-mana paper.
Umur aku,dah masuk 21 tahun 3 bulan 2 minggu & 4 hari pada hari ni (23Jun2014)
Dah tua dah.
So, mungkin dah boleh fikirkan my future kan?
Memang patut fikir pun.
Ye la, semua orang patut ada matlamat hidup.
Kena ada target sendiri.
Target aku,mestilah aku nak habiskan
degree in Business IT with Account dengan jayanya
InsyaALLAH.
Kejayaan aku, hadiah untuk umi dan abah aku.
ok, mukaddimah aku agak panjang.

sepanjang sem 2 yang lepas,
aku tak tahu kenapa? terasa diri ni sangatlah gatal+gedik.
Tetiba rasa nak kahwin!!
*mohon di tampar sampai pengsan*
Sepanjang sem 2 tu, banyak kali aku cakap aku nak kahwin.
Mungkin roomate aku pun dah naik meluat dengar aku cakap aku nak kahwin.
Hahaha. Nasiblah dapat roomate mereng macam aku ni.
Tapi ye la, sape tak nak kahwin kan?

Tambah-tambah lagi,
Kawan-kawan yang sama umur dengan aku pun dah ramai yang 
dah berumah tangga.
Ada jugak yang dah beranak-pinak.
Jealous.
Aku pun nak ada family sendiri.
*Ceitt! Calon pun takde! Gatai nak berlaki*

So, memandangkan aku masih belajar,
aku tabahkan hati.
Untuk mengharungi saki baki yang tinggal lebih kurang 2 tahun lagi.
Wuhuuu!! tak sabar nak abis study.
Nak kerja. Nak tolong umi dan abah aku.
So, untuk memujuk hati sendiri,
jadilah aku seorang yang suka meroyan.
Tak caya boleh tengok fb aku.
Status semua bapak giler jiwang @ meroyan.
Cakap pasal kahwin ni,
aku ni calon pun takde.


Agak-agak siapalah yang malang sangat jadi suami aku nanti ye?
Ahhh, lantak laa,malas nak fikir.
Tapi actually, aku ade sukakan someone
kat tempat aku belajar.
Dan aku takkan bagitau siapa orangnya.
sebab aku malu.
Dan aku takut bebudak coarse aku terbaca entry ni.
Malu lerr aku.
Biarlah perasaan tu cuma aku, DIA dan orang-orang tertentu 
yang tahu.


Tak tahu kenapa, tapi sometimes,
aku selalu rasa yang aku dekat sangat dengan
someone kat tempat aku belajar tu..
tapi aku tak tahu siapa gerangannya.

Ya, memang aku dah fall in love ngan someone tuh.
dan aku harap sangat dia memang jodoh aku.
aku tak nak tersalah memberi hati lagi.
sebab tu cinta tu aku simpan dalam-dalam.
Hanya putra kayangan yang memang tercipta 
untuk aku yang layak mendapat cinta aku.
*tetibe aku rase gedik tulis entry ni*





Thursday, 19 June 2014

Berlabuhnya Tirai Semalam

Alhamdulillah,tepat 4.15pm,
Berakhir sudah perjuangan di semester 2.
Maka, berakhirlah sudah pengajian untuk tahun pertama as a degree student.
InsyaAllah, lagi 2 tahun untuk bergelar student degree.

Muka-muka bahagia.
Masing-masing tak sabar nak balik.


This is my roomate.
Ain & Anis.


Dan keriangan yang tak terungkap dengan kata-kata.
Sebelum berpisah, kite selfie puas-puas ye.


sebelum masuk dewan exam pun sempat kan?
padahal dalam hati, cuak tahap maksima.
Alhamdulillah nasib baik boleh jawab.
Semoga result kita cemerlang.


Lepas exam, lagi la ceria kan.
Dah takde lagi stress.
Takde lagi rasa cuak.
Takde lagi stay up sampai subuh.

Dah boleh tidur dengan normal.
Dah tak payah fikir assignment for a few months.

Actually sekarang pukul 4.48 a.m.
Aku tak boleh tidur.
Mungkin terlampau excited nak balik pukul 10.00 a.m nanti.
Takpe, dalam bas nanti boleh qada' tidur.

Sayonara sahabat,
till we meet again next sem.
Bye KPTM KL,
Bye Pandan Mewah Height.

Ok, korang..jangan rindu sarah tau.
But please say my name in your doa.
Take care and happy holiday.
Love you so much.


p/s: Actually, sebelum balik semalam, ingat nak tangkap gambar
ramai-ramai. Tapi masing-masing cepat je hilang. 

Friday, 13 June 2014

Cantik? motif?

memandangkan waktu sekarang adalah siang.
Mood untuk study memang kureng laa ye.
Aku ni jenis yang suke study malam..hehe
so, aku nak bersantai-santai aja dengan blogku yang tercinta nih.
Ngeh..ngeh..ngeh..
Hari ni nak membebel sikit pasal wanita dan kecantikan.
Hmmmm.. wanita ka, perempuan ka, gadis ka, memang tak lari dengan istilah cantik kan?
Tapi aku tertanya-tanya, untuk apa kecantikan tu?
Untuk mendapatkan pujian kah?
Untuk menarik perhatian kaum adam kah?
Atau untuk bermegah-megah kah?
Well, kalau nak bercakap pasal wanita dan perempuan ni,
dah tentulah kena kat batang hidung sendiri kan?
ye la aku pun termasuk dalam golongan tu..

Tetibe, ade org cakap macam tu kat sarah.
Lepas tu sarah terfikir balik.
Untuk apa aku nak nampak cantik?
Tak kisah la kan apa pandangan orang.
Masing-masing ada pendapat sendiri
Cantik ni terlalu subjektif 
untuk di huraikan sebenarnya.

Cantik jugak tak semestinya paras rupa sahaja,
cantik juga sebenarnya perlu selari dengan kecantikan 
akhlak dan peribadi.



Kecantikan tu juga perlu.
Perlu untuk buat kita lebih yakin dengan diri sendiri.
For some people, mereka jadi rendah diri dan takde keyakinan
bila merasakan diri mereka tak cantik.
aku jugak pernah hadapi tahap keyakinan diri yang rendah.
Dan alhamdulillah, bila dah masuk alam universiti ni,
dah ada keyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Persetankan semua apa yang orang nak cakap tentang kita.
Yang penting kita tak cari gaduh dengan orang.

Untuk buat sesuatu, letakkan usaha yang pertama,
Kalau takde usaha, macam mana nak berjaya kan?
Mana ada rezeki datang bergolek kan? Kita kena cari dan berusaha.
Macam tu jugak kecantikan.
Rasanya tak perlulah nak nampak cantik sangat. 
Yang penting, biarlah cantik akhlaknya dan cantik hubungan dengan ALLAH.
InsyaAllah kita akan nampak cantik.

Apa yang penting kat sini sebenarnya,
Niat.
Ya, niat kita dalam apa jua yang kita lakukan.
Kalau baik niatnya,
InsyaALLAH, baiklah hasilnya.
Buatlah sesuatu semuanya kerana ALLAH.

Aku bagi contoh eh,
ade sesetengah orang sanggup habiskan duit 
beratus-ratus untuk beli produk kecantikan.
Perlu ke?
Ye, memang kite perlu jaga kecantikan.
Tapi tengokla jugak kemampuan kita.
Kenapa tak bersungguh-sungguh macam tu 
untuk cantikkan hati?

Kalau setakat muka je cantik,
putih melepak,
Tapi hati busuk,
Mulut macam longkang,
Tak guna jugak.

Bagi aku laa, aku tak pandang pun alat-alat solek tu semua.
Nak beli yang mahal-mahal?
Memang taklah jawabnya. Baik aku simpan duit tu.
Untung-untung boleh pergi Mekah.
FYI, aku tak suka pakai make-up.
Paling gedik pun aku pakai eyeliner or maskara je.

Tak main la foundation,
cream-cream tu semua.
Rimas. Dan melekit.
Kadang aku pergi kelas tak pakai apa pun kat muka.
Hahaha.
Kecantikan aku hanya untuk yang halal je.
*cewah*

Ayah aku pernah cakap,
senang je nak nampak cantik,
Selalu basahkan muka dengan air sembahyang.

Dan teori yang sangat betul.
Cuba tengok orang-orang alim.
Depa mana ada mekap tebal-tebal.
Muka nampak suci je,
Orang cakap apa,muka ada Nur.
Tu la yang sepatutnya.

Aku bagi contoh, 
Ustazah Fatimah Syarha.


sebab apa aku bagi contoh ustazah ni?
sebab aku minat ustazah ni. 
aku minat baca tulisan-tulisan beliau,
dan suka dengar ceramah beliau.
Tengok, ustazah ni mana ada make-up tebal-tebal pun.
Tapi sejuk je mata memandangkan?
hihi.

Panjang pulak aku membebel ye.
ok lah, konklusinya kat sini,

"Wahai, sahabat-sahabat perempuanku sekalian,
tak perlulah kita nak nampak cantik sangat sebab nak suruh kaum lelaki 
pandang kita. Bukan apa, takut nanti jadi fitnah dunia. Seeloknya, cantikkan lah hati kita 
dengan selalu mengingati ALLAH dan sentiasa berhubung dengan-Nya. Dan tutuplah auratmu sayang. Tak kesian ke kat ayah nak kena tanggung dosa kita? Biarlah kecantikanmu hanya untuk yang halal buatmu. Wanita, hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah. So, nak cantik, jadilah muslimah solehah."



p/s: Yang baik itu datangnya dari ALLAH, yang buruk itu dari kelemahan
saya. Kalau ada yang tak betul tu, boleh tegur di ruangan komen ye.
Semoga tulisan ini bermanfaat.






Segenggam Memori Secebis Kekuatan

Memori, bukan memori kad tau.
Perkataan lainnya, kenangan.
Aku salah. Terlalu banyak silap aku.
Sebab pernah hidup dalam kenangan.
Mengharap perkara lalu dapat berulang kembali.
Hinggakan satu saat aku lupa tentang masa depan.
Teruk sangat aku rasa saat tu.
Rasa tak nak jalani hari esok.
Banyak habiskan masa dengan perkara yang tak berfaedah.
Jangan salah faham pulak.
Setakat ni Alhamdulillah aku takde la terlibat
dengan masalah sosial.
Perkara tak berfaedah tu contohnye,
banyak habiskan masa baca novel, berFB, etc.

Alhamdulillah, aku punya keluarga yang selalu support aku.
Kala aku sedih dan ada masalah,
Mereka lah yang menjadi kekuatan aku.


Syukur aku ada sahabat seperti mereka.
Saat duka tak tertanggung,
mereka hadir bawa senyuman.
Mereka datang dan buat aku ketawa.

Sekarang aku jauh dari mereka.
Masing-masing dah ada haluan sendiri.
Tapi syukur, jarak tidak memisahkan kami.
Zaman sekarang dah canggih.
Whatsapp dan fb penghubung kami.
Moga ALLAH selalu lindungi mereka.


Kat sini aku ada mereka yang peduli pasal aku.
Ada ibu (ibu Ain) yang still ambil peduli pasal aku.
Aku ada mereka untuk buat aku ketawa.
Ada teman untuk berkongsi cerita.

Masa first berjauhan dengan family,
agak terasa laa jugak.
Walaupun dulu aku pernah duduk jauh,
tapi still dalam negeri yang sama.

Memang terasa. 
Apatah lagi kat sini tak macam asrama dulu.
Everything by your own.
Ye la, dah besar pun.
Budak degree laa katakan.

Selalu la jugak teringat-ingat rumah
dan kawan-kawan form 6.
Tapi bila masuk sem 2,
Alhamdulillah dah boleh handle.




Sebab sekarang dah ada mereka.
CU200's family.
Mereka best. Semua sporting.
Dan yang paling best, semua pantang nampak kamera.
Terima kasih sahabat dan CU200's family.
Sebab korang hidup aku ada warna-warninya.
Good Luck for our Final Exam.
May ALLAH ease everything for us.

Actually, aku rindukan seorang sahabat.
Sahabat yang dah jadi stranger.
Tak tahu mana silapnya persahabatan tu.
Semoga dia sentiasa bahagia dan dalam lindungan-Nya selalu.

p/s: Maafkan segala silap dan kekuranganku.
Aku mungkin bukan sahabat/kawan yang baik.
Tapi, insyaALLAH aku cuba jadi yang terbaik.
Korang anugerah terindah~~












Monday, 9 June 2014

Dia Hadir Saat Hati Terluka

Bayangannya kerap mengganggu ketenanganku.
Yang ada cuma resah dan pilu.
Lalu ku minta pada-Nya agar segala rasa itu berlalu.
Syukur semuanya cuma tinggal memori lalu.



Sebuah rasa yang cuba aku singkirkan kembali.
Menggugat kembali ketenangan hati.
Cuma melaui doa aku bisikkan moga hati tidak terluka lagi.
Tak dapat aku nafikan kehadiranmu mula menceriakan hari.
Lupa dan alpa, aku benarkan cinta itu hadir.
Hari demi hari, ku harap pertemuan kita sememangnya takdir.
Suratan atau kebetulan dirimu mula mendamaikan hati.
Dalam kebuntuan dan kekeliruan. namamu mula singgah di hati.
Tersedar dari khayalan.
Aku kembali tunduk penuh penyesalan.
Dalam pekat malam ku bersujud memohon pengampunan.
Dalam doa aku pinta kekuatan dan keteguhan iman.
Lalu aku putuskan untuk simpan cinta ini.
Ku bisikkan kerinduan melalui doa agar terus sampai ke hati.
Aku serahkan cinta kita pada Pemilik Cinta.
Moga cinta kita tidak tercemar dan moga ia terpelihara.
Kita dekat tapi tak terasa.
Tapi bila jauh aku tahu hati kita bicara.
Petunjuk atau kebetulan kau hadir saat hati menanti seseorang.
Tahukah kau hati ini berperang?
Persoalan demi persoalan mula bermain di fikiran.
Adakah dirimu memang untukku atau sekadar ujian.
Hanya doa yang berterusan moga kau memang untukku.
Moga kau juga mendoakan begitu.
p/s: Dear putra kayangan, u know what? dah sebulan pun rasa tu hadir.
harap awak pun turut sama mendoakan cinta ni.
saya suka awak.saya sayang awak.
Moga ada jodoh kita.

Sunday, 8 June 2014

Cita-cita yang hampir aku kuburkan

Well, actually aku sangat berminat dengan Bahasa Malaysia.
Pernah bercita-cita nak sambung degree dalam bidang bahasa.
Tapi nak buat macam mana. tak dak rezeki.
Memang dari sekolah rendah lagi, aku seorang yang suka mengarang.
Masuk sekolah menengah, BM la subjek paling aku suka.
Tambah-tambah lagi bila kena tulis esei.
Walaupun esei fakta.
Bagi aku, menulis ni bagi aku kepuasan..
Paling aku suka bila form 3 aku pernah dapat
markah tinggi untuk sebuah karangan BM..
bangga laa jugak.Hehehe
Kat sekolah, aku takde la aktif sangat.
Tapi pernah la masuk pertandingan 
karang esei dan puisi.
Alhamdulillah dapat tempat ke-3 dan pertama untuk puisi.
So, memandangkan tak dapat nak pergi jauh dalam 
bidang bahasa, aku tetap tak putus asa.
Blog ni pun salah satu tempat aku kembangkan 
bakat yang terpendam.
*konon*
Aku pernah belajar linguistik masa tingkatan 6.
Tu la subjek kegemaran aku.
Dengan cikgunya yang teramat sporting dan best.
Dan untuk pengetahuan korang la kan,
tu je satu-satunya subjek yang aku dapat A.
Hahahaha.
So, ilmu yang aku ada sikit-sikit dalam bidang linguistik
boleh la aku guna
untuk menghasilkan satu penulisan yang berkualiti.
InsyaALLAH.
Banyak pulak aku merapu kan.
Ok, first of all, aku suka menulis sebab tu memang minat aku dari dulu.
Menulis bagi aku kepuasan.
Sebab, terkadang bibir ni tak mampu nak berbicara,
so, melalui penulisan, aku dapat sampaikan apa yang terpendam.
Selain itu, menulis ni dapat menghiburkan aku.
Sebab aku dapat bermain dengan perkataan.
Aku sukakan keindahan susunan kata-kata.
Contohnya bila aku sedih,
perkataan yang aku tulis mungkin menggambarkan 
perasaan aku ketika tu.
Menulis dengan hati.
Ya, tu memang cara aku menulis.
Masukkan sekali emosi dalam penulisan.
InsyaALLAH akan sampai kepada pembaca.
 Kalau yang rajin singgah di fb aku,
mungkin korang akan jumpa notes yang aku tulis.
tu semua aku tulis bila malas nak taip kat blog.hehe.
kadang-kadang idea spontan je datang.
Kadang-kadang apa yang aku tulis tu
benda yang terjadi dalam kehidupan aku.
Cita-cita.
Aku pernah bercita-cita nak jadi penulis novel.
Dari sekolah rendah aku simpan cita-cita tu.
Tapi masih lemah dalam menyusun kata dan mencipta situasi dan mencipta satu watak.
InsyaALLAH suatu hari nanti.
Aku tak nak tulis novel cinta.
Dah banyak sangat.
Aku berhasrat nak tulis sebuah novel yang lain dari yang dah selalu aku baca.
Mungkin sebuah novel santai yang sarat dengan nasihat.
InsyaALLAH.

aku takkan biarkan impian untuk jadi penulis
terkubur begitu sahaja.
Step by step, aku akan usahakan sampai berjaya.
InsyaALLAH.
Buat masa ni, biarlah aku menjadi seorang penulis di dunia blog ini.

Aku jadi blogger bukan untuk mencari populariti.
cuma sekadar mencari kepuasan dalam dunia penulisan.
Bukan mudah menjadi blogger yang dapat
menghasilkan sebuah entry berkualiti.

Aku akui, kadang-kadang entry yang aku tulis pun banyak 
yang merapu.
Tapi, aku punya cara sendiri menulis.
Dan menulis adalah jiwa aku.
Pena dan kertas teman akrab.
 kalau pen dah dalam genggaman,
pasti ada sebuah coretan hati.