Google+ Followers

My Followers~~

Thursday, 17 July 2014

Maafkan aku. Mungkin aku yang salah.

Lama jugak blog ini terabai.
Rindu pulak nak menulis.
Tapi rasa takde mood menguasai.
Sedar tak sedar, dah hampir ke penghjung Ramadhan.
Moga masih ada nyawa tika Ramadhan akan datang tiba.
Ramadhan kali ni bagi aku satu kesedaran.
Bila fikirkannya, rasa sayu di hati.
Bila di kenang kembali kisah hidup aku,
banyak yang dah aku lalui.
Ni semua gara-gara aku terbaca diari lama.
Betapa dulu aku sangat terluka.
Terutama peristiwa 17 oktober 2009.
Tapi, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni,
aku nak lupakan semua.
Perkara ni sentiasa menyakitkan bila ia muncul.
Dan aku tahu tak sepatutnya aku singkap kembali luka lama.
Maafkan aku.
Biarlah yang dah berlalu menjadi pedoman untuk aku.
Buat mereka yang terlibat dalam peristiwa tu,
dengan rasa rendah hati, aku mohon maaf dari hujung rambut
sampai hujung kaki.
Maaf sebab pernah simpan dendam dalam hati ni.
Aku dah maafkan semua.

No comments:

Post a Comment