Google+ Followers

My Followers~~

Friday, 15 August 2014

Cinta aku beralih arah?


Dah lama takde entry terbaru kan?
Aku tak pernah berhenti menulis.
Cuma mood nak menulis di sini je yang takde.

Kepala sudah aku letakkan di bantal.
Mata pula seperti tidak mahu aku tidur.
Lalu ku capai novel keluaran PTS.
Kagum. Teruja.
Jatuh cinta dengan gaya bahasa si penulis.

Mesej yang di sampaikan sangat jelas.
Dan sangat kena dengan golongan remaja.
Seperti mendapat jawapan untuk setiap persoalan 
yang sentiasa bermain di minda ni.
Terima kasih ya Allah sebab temukan jodoh aku dengan
Warkah Cinta Berbau Syurga.


Memang tak dapat aku sembunyikan lagi.
Kekosongan yang aku cari selama ini, mungkin sudah terisi.
Hati ini mula berpaling dan mula menggemari bacaan genre islamik.
Banyak input.


Bukan dah terus tak suka dengan novel cinta.
Cuma dah terlalu banyak novel cinta yang dah baca.