Google+ Followers

My Followers~~

Friday, 19 September 2014

Jika ini jalan cerita kita..


Sekarang ni, rasa macam ada gangguan emosi pulak..
Aku ni memang agak emotional sikit orangnya.
Petang tadi aku ada publish entry.
Malam ni, terasa rajin pulak nak buat satu lagi entry.
Ye la, sementara cuti, ni je laa masa aku boleh hadap blog kesayangan ni.



Hati..
Dah mendung, awan kelabu dah mula berarak.
Tunggu hujan dan ribut je.
Tapi aku harap takde laa hujan dan ribut tu.
Moga ada mentari bahagia yang akan bersinar di balik awan mendung tu.

Sorry, to say..
Kalau aku dah sayang someone tu, memang susah sangat nak lupa.
Kadang-kadang jadi sensitif. 
Bila dia buat aku terasa je, mula laa rasa sedih, tawar hati laa.


Aku sedar..
Aku perlu lupakanmu biar perit..
Biar pedih..supaya aku tak terusan terluka.
Aku perlu sedar yang cerita kita perlu ada penamat.
Perlu ada noktah..biarpun sebagai seorang sahabat.
Aku perlu relakan hati.

Aku tahu..
Harapan itu dah lama kabur buat aku.
Aku sedar cerita kita sudah sampai penamatnya,

Cuma..
Aku yang masih dalam kenangan.
Hati yang masih merindu.
Cuma namamu yang sentiasa melantun di hati.
Jeitan yang tak terdengar dek telinga.

Tapi..
Aku perlu redhakan semua.
Cerita ini perlu ada pengakhiran.
Selamat tinggal awak.
Semoga awak bahagia dengan siapa pun.
Semoga dia mampu bawa pelangi cinta untuk awak.



p/s: Terima kasih sahabat sebab sedarkan saya.
Terima kasih sebab bagi saya nasihat yang mungkin saya lupa.