Google+ Followers

My Followers~~

Thursday, 30 October 2014

Sebelum Terlambat..


Baru-baru ni ada terbaca cerita rakan-rakan yang berkongsikisah penghijrahan mereka. Tersentuh jugak hati ni nak berhijrah ke arah yanglebih baik. Baik dari segi pakaian, tingkah laku, tutur kata dan akhlak itusendiri. Tapi sebenarnya proses hijrah ni banyak. Dari sekecil-kecilpenghijrahan, hinggalah ke hijrah yang besar yang kita lakukan. Bagi aku, stepyang pertama ialah hati. Sebab apa hati? Sebab kalau hati tu sendiri dahbersih, insyaAllah akan senang untuk lakukan hijrah yang besar. istighfar lah selalu. sebab istighfar tu penawar terbaik bagi hati. tak susah pun. selepas solat , sebelum berdoa, istighfarlah. Segalanya bermuladengan niat. Dan niat tu berlaku dari hati. Kan? Kalau saya silap, silabetulkan. Saya juga manusia yang sentiasa melakukan kesilapan. Kalau dulumungkin kita sentiasa bersangka buruk pada orang lain, so kita kenalah buangsikap tu. Cuba bersikap positif dan sentiasa bersangka baik. Kalau dulu kitafree hair, tak salah kalau kita berubah. Tutup aurat. Tu kan dah jadi kewajipankita. Biarlah apa orang nak kata. Pedulikan mereka! Kita bukan nak cari redhamanusia. Kita nak cari redha Allah. Ya..redha Allah yang kita nak cari. Bukanredha manusia. Pesan pada hati selalu, “aku nak cari redha Allah”.  Sekarang ni, semua orang ada facebook,twitter, instagram dan etc. Aku sedih kalau tengok gambar selfie pakai tudung,tapi baju lengan pendek. Sayang, tangan tu jugak aurat. Pakai tudung, tapi bajuketat, seluar ketat. Untuk siapa kamu nak tayang body kamu yang cun melecun tu?Tak kesian ke kat ayah awak? Tak sayang ke kat abang dan adik lelaki awak??Awak sanggup ke bila mereka di heret ke neraka kelak?? Allahu rabbi.. :’( jomlah kita ubah semua tu. Sebelum terlambat. Sebelum pintu taubat tertutup.Hidayah tu milik Allah, kalau awak nak, doalah, carilah. hidayah takkan jatuh ke riba macam tu je. kita pun kena berusaha mencari hidayah tu,moga kita insan terpilih untuk mendapat hidayah daripada Allah. Moga hidayah milik kita. 



p/s: Saya menulis bukan kerana rasa diri ni dah sempurna. tapi saya menulis untuk ingatan diri sendiri jugak. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment