Google+ Followers

My Followers~~

Sunday, 30 November 2014

Hah? Dah December?


Allah, sekejap nye laa masa berlalu.
sedar tak sedar dah di bulan akhir 2014.
Semester 3 pun dah di penghujung.
Ape yang aku buat sepanjang 2014 ni?

Banyak amal kebaikan atau dosa?


manusia mana yang tak pernah buat dosa?manusia mana yang tak pernah buat salah?
cuma kita ni, macam mana?
bertaubat ke tak?
tinggalkan dosa tu atau terus bergelumang dengan dosa?
tepuk dada tanyalah iman.


sama-samalah kita muhasabah diri sentiasa..
sama-sama kita cari keampunan-Nya.
insyaAllah..

moga Allah pandang usaha kita mencari keampunan-Nya.













Thursday, 27 November 2014

Mencari Cinta yang Hilang

Aku bermula dengan sebuah tangisan.
Satu persatu nikmat Allah beri.
Dari meniarap aku bisa merangkak.
Dari merangkak aku belajar berdiri dan berjalan.
Hari demi hari usia makin bertambah.
Nikmat kehidupan makin bertambah.
Aku mula kenal Allah.
Aku belajar sirah Rasulullah 
(Allahummasolli Ala Muhammad)
Makin matang fikiran,
Ada rasa cinta di hati.
Aku mula mencari cinta antara manusia.
Tanpa sedar aku terpedaya dengan dunia yang sementara.
Makin lama, makin hanyut.
Sampai satu saat, aku tak mampu lagi berdiri.
Longlai kaki ini,
Lalu rebah menyembah bumi.
Seolah tersedar dari tidur yang panjang.
Aku seolah berasa kehilangan.
Terasa kosong di segenap jiwa.
Tercari-cari apa yang hilang.
Lelah dalam pencarian yang tak berpenghujung.
Hingga aku terlena dalam mimpi.
Dingin pagi mengusik tidurku yang lena.
Mata menjadi segar tiba-tiba.
Ada bisikan halus meminta aku berwudhuk.
Pagi itu, terasa nyaman sekali.
Lalu aku berbicara dengan-Nya.
Tanpa sedar ada airmata yang gugur.
Azan subuh pagi itu terasa sangat indah pada pendengaran.
Segenap jiwa ini leka mendengarkannya.
Tanpa sedar, ada rasa damai yang menjalar di jiwa.
Terasa ringan sekali untuk kembali bersujud.
Pagi itu lama aku bertafakur di sejadah.
Sayup-sayup aku terdengar suara yang menyebut kalimah 'ALLAH'
Seperti tersentak hati ini.
Seperti tersedar yang aku makin jauh dari-Nya.
Airmata mengalir lagi.
Allahu! betapa lekanya aku dengan dunia.
Hingga tanpa sedar aku hampir kehilangan-Mu.
Hati mula berbisik.
Cinta itu yang kau pernah hilang.
Carilah kembali.
Raih kembali.
Moga cinta-Nya 
Menjadi milikmu.
Pohonlah pada-Nya.
Mintalah pada-Nya.
DIA merindui rintihanmu.

Buatmu Hati Kecilku



Hati, tika kau lemah dan rapuh,
Ingatlah kau sentiasa ada Allah.
DIA punya penawar untuk segala sakit yang kau alami.
Sentiasa lah dekat pada-Nya dalam doa dan di setiap sujudmu.

Mohon lah kekuatan daripada-Nya
kerana melalui DIA,
kau mampu temui kekuatan yang luar biasa.

Hati, saat air mata tak mampu lagi kau tahan,
mengadulah pada-Nya 
dalam doa dan sujudmu.
Sesungguhnya DIA sentiasa merindui rintihanmu

Saat kau lemah dan terluka dengan sikap manusia,
carilah ketenangan melaui kalimah-kalimah-Nya.
Jangan kau lupakan surat cinta dari-Nya.
Bacalah selalu.
Di situ kau akan temui ketenangan InsyaAllah.



Wahai hati kecilku,
janganlah kau bersedih kerana manusia.
jangan bazirkan airmatamu yang suci itu untuk manusia.
simpanlah airmata itu,
moga menjadi airmata keinsafan.
moga menjadi airmata kerinduanmu untuk-Nya.

Hati, janganlah kau merasa kecewa andai
kau gagal meraih cinta seorang manusia.
tapi menangislah kau,
bila kau gagal menemui cinta-Nya yang Agung.

Hati, syukurilah setiap apa yang kau miliki.
sebab, belum tentu kau akan hidup lama.
jangan nanti kau mati dalam keadaan tak bersyukur.
sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang perlu kau syukuri.

Hati, lazimilah istighfar dalam kehidupan seharianmu.
Moga dengan itu, ia mampu memadamkan
titik-titik hitam di hati kecilmu.
Sentiasalah mengingati-Nya,
Dengan itu, kau akan berasa dekat dengan-Nya.


Tuesday, 25 November 2014

Kuatlah Duhai Hati



segala tentang dia sentiasa menguji hati..
saat hati dah mula nekad melupakan,
dia datang bawa kenangan.
dia datang bawa harapan.

betapa aku terseksa cuba melupakan.
betapa aku perlu kuat untuk telan kenyataan pahit tu.
kuatlah duhai hati.
lepaskan dia dari hati.


Kenapa? kenapa awak selalu hadir saat aku cuba berlari dari kenangan lalu?
kenapa awak tak pulangkan semula hati yang 
awak tak pernah hargai tu?
awak kejam!

impian saya terlalu besar untuk meraih secebis perhatian dari awak.
terlalu tinggi terbangnya harapan dan angan-angan.
hingga aku lupa kesakitan yang bakal aku lalui
lupa tentang realiti yang semuanya tak mungkin terjadi.

just give me more time.
and i will completely forget you.
help me.
do not contact me again.
don't those word that we're friend.
it hurts me a lot.

just leave me alone when you have someone that can make you smile.
i'm moving on.
and i won't turn back.
there is no way to u-turn.

i hope you're happy without me.

anggap saja aku sudah mati dari hidup kamu.
ya. mati.


Saturday, 8 November 2014

Hancur Lebur




Mungkin dia yang pernah pinjamkan bahu
lebih tahu luka yang pernah terguris di hati ini
berbanding mereka yang hanya berkongsi senyuman dan ketawa
Mungkin mereka yang sudi pinjamkan telinga
lebih tahu tentang aku
berbanding mereka yang sentiasa bersama tapi tak pernah memahami.

aku bukan jenis yang suka minta simpati.
aku bukan jenis yang suka cerita semua tentang aku pada semua orang.
pada mereka yang kenal, mereka tahu macam mana aku.
pada mereka yang prihatin, mereka tahu bila aku okey atau tak.



hati ni dah hancur lebur. sakit dengan sikap manusia.
bukan nak mengungkit, cuma sekadar meluahkan.
dari dulu sampai sekarang. sentiasa nak jaga hati orang.
sampai aku lupa yang aku perlu rawat hati sendiri.

hati ni, mudah sangat nak jatuh sayang pada orang.
tak kira lelaki atau perempuan. asalkan yang nama kawan,
semua aku sayang.
bila dah sayang, bila-bila masa air mata aku boleh tumpah sebab mereka.

kadang-kadang sedih jugak,
bila aku dah anggap orang tu kawan, tapi akhirnya aku di lupakan.
hantar sms, haram nak jawab. whatsapp lagi lah.
mungkin aku dah tak penting. ataupun masing-masing sibuk.
aku faham.
sebab aku pun pernah tak reply sms/whatsapp
bukan sebab aku malas.
tapi kadang ada perkara yang perlu aku selesaikan.

agak-agak kalau hantar chat kat fb dia nak reply tak?
memang tak laa kan?
sedih kan? kita bukan main sayang dia. anggap dia kawan baik kita
tapi...
kita ni macam dah tak wujud dalam hidup dia.

oh, salah aku.
sebab aku lupa yang dia dah ada kawan baru.
pernah sekali dia lalu depan aku.
you know what?
dia tak perasan pun kewujudan aku kat situ.
sedih tak?

bila kita cakap dia sombong, dia marah.
takpe lah, aku tak terasa hati pun.
sebab hati aku ni memang dah tak rasa apa-apa.
sebab dah hancur lebur dengan perangai kau.



kau still boleh nampak aku ketawa kan?
jangan risaulah. aku still boleh hidup.
sebagaimana kau hidup dan have fun in your life, 
aku pun sama. aku enjoy dengan life aku sekarang.

kau jangan risau. aku takkan bazirkan air mata aku untuk kau.
walaupun saat tu, hati ni di siat-siat..
aku dah tak rasa apa sebab semuanya dah lebur lama dulu.

kadang-kadang pun, aku rasa
semua yang berkawan dengan aku semua fake.
berkawan dengan aku sebab nak ambil kesempatan.
dunia..dunia..
mungkin aku ni senang sangat nak di perlekeh.
tak pandai nak lawan apa yang kau cakap.

tapi kau tak tahu kenapa aku buat semua tu kan?
sebab aku sayang kau. aku tak nak hilang kau sebagai kawan aku.
sebab kau tak pernah tahu nama kau selalu meniti di bibir setiap kali aku berdoa.
kau tak tahu betapa aku takut kehilangan kau.
selalu mengalah, sebab aku tak nak kau sedih.
tak nak kau rasa aku tak peduli.
hakikatnya hanya Allah yang tahu.



mungkin aku tak sehebat kau dalam berkata-kata.
aku tak setanding kau dalam semua perkara.
tapi satu yang aku nampak antara kita.
kau tahu apa?
kau tak sayang aku macam aku sayang kau.




I need My own space


Blog ni dah 2 tahun 10 bulan 2 minggu 4 hari.
dah 2 tahun lebih blog ni menemani aku.
Terima kasih kat kawan yang ajar aku buat blog ni.

This is the only space yang buat aku rasa tenggelam dalam dunia sendiri..
kat sini aku bebas tulis ape yang aku nak.
aku bebas suarakan pendapat.
bukanlah nak cakap dalam dunia realiti aku tak dapat beri pendapat.
mungkin kat sini aku rasa pendapat aku lebih di hormati..
well, manusia ni kadang2 bila kita bagi pendapat, dia boleh buat muka..
so, kalau kat sini, aku tak nampak reaksi korang.
takde laa sakit hati sangat.


aku tak tahu kenapa dengan aku dalam minggu ni..
rasa macam aku kehilangan sesuatu..
then, bila someone kata something kat aku,
benda tu sampai kat hati.
faham tak?
alah, kiranya macam terasa hati laa. rasa nak nangis pun ado.

mungkin ada yang bosan dengan entry-entry aku..
asyik-asyik pasal life aku je.

okey, let me tell you.
first, this is my blog.
dan aku bebas nak tulis apa yang aku suka.
second, aku tak suka tulis pasal orang lain such as artis, gosip dan yang sama waktu dengannya.
this blog is something like my journal.
semua experience, feeling and everything that happened in my life
aku akan share kalau aku nak.
mana laa tahu orang lain boleh jadikan iktibar.
third,
kenapa aku mengelak untuk tulis pasal artis or gosip?
sebab aku takut kena soal di akhirat nanti.


nota kaki:
 kadang-kadang aku lebih suka sendiri untuk renung kembali kekurangan pada diri.
kadang aku lebih memilih untuk sendiri supaya diri ni sentiasa sedar yang ALLAH sentiasa bersama.
kadang-kadang aku suka sendiri sebab aku perlu muhasabah diri.
Pandang semua nikmat yang ALLAH bagi dan cari kekurangan dalam diri