Google+ Followers

My Followers~~

Thursday, 27 November 2014

Buatmu Hati Kecilku



Hati, tika kau lemah dan rapuh,
Ingatlah kau sentiasa ada Allah.
DIA punya penawar untuk segala sakit yang kau alami.
Sentiasa lah dekat pada-Nya dalam doa dan di setiap sujudmu.

Mohon lah kekuatan daripada-Nya
kerana melalui DIA,
kau mampu temui kekuatan yang luar biasa.

Hati, saat air mata tak mampu lagi kau tahan,
mengadulah pada-Nya 
dalam doa dan sujudmu.
Sesungguhnya DIA sentiasa merindui rintihanmu

Saat kau lemah dan terluka dengan sikap manusia,
carilah ketenangan melaui kalimah-kalimah-Nya.
Jangan kau lupakan surat cinta dari-Nya.
Bacalah selalu.
Di situ kau akan temui ketenangan InsyaAllah.



Wahai hati kecilku,
janganlah kau bersedih kerana manusia.
jangan bazirkan airmatamu yang suci itu untuk manusia.
simpanlah airmata itu,
moga menjadi airmata keinsafan.
moga menjadi airmata kerinduanmu untuk-Nya.

Hati, janganlah kau merasa kecewa andai
kau gagal meraih cinta seorang manusia.
tapi menangislah kau,
bila kau gagal menemui cinta-Nya yang Agung.

Hati, syukurilah setiap apa yang kau miliki.
sebab, belum tentu kau akan hidup lama.
jangan nanti kau mati dalam keadaan tak bersyukur.
sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang perlu kau syukuri.

Hati, lazimilah istighfar dalam kehidupan seharianmu.
Moga dengan itu, ia mampu memadamkan
titik-titik hitam di hati kecilmu.
Sentiasalah mengingati-Nya,
Dengan itu, kau akan berasa dekat dengan-Nya.


No comments:

Post a Comment