Google+ Followers

My Followers~~

Saturday, 8 November 2014

Hancur Lebur




Mungkin dia yang pernah pinjamkan bahu
lebih tahu luka yang pernah terguris di hati ini
berbanding mereka yang hanya berkongsi senyuman dan ketawa
Mungkin mereka yang sudi pinjamkan telinga
lebih tahu tentang aku
berbanding mereka yang sentiasa bersama tapi tak pernah memahami.

aku bukan jenis yang suka minta simpati.
aku bukan jenis yang suka cerita semua tentang aku pada semua orang.
pada mereka yang kenal, mereka tahu macam mana aku.
pada mereka yang prihatin, mereka tahu bila aku okey atau tak.



hati ni dah hancur lebur. sakit dengan sikap manusia.
bukan nak mengungkit, cuma sekadar meluahkan.
dari dulu sampai sekarang. sentiasa nak jaga hati orang.
sampai aku lupa yang aku perlu rawat hati sendiri.

hati ni, mudah sangat nak jatuh sayang pada orang.
tak kira lelaki atau perempuan. asalkan yang nama kawan,
semua aku sayang.
bila dah sayang, bila-bila masa air mata aku boleh tumpah sebab mereka.

kadang-kadang sedih jugak,
bila aku dah anggap orang tu kawan, tapi akhirnya aku di lupakan.
hantar sms, haram nak jawab. whatsapp lagi lah.
mungkin aku dah tak penting. ataupun masing-masing sibuk.
aku faham.
sebab aku pun pernah tak reply sms/whatsapp
bukan sebab aku malas.
tapi kadang ada perkara yang perlu aku selesaikan.

agak-agak kalau hantar chat kat fb dia nak reply tak?
memang tak laa kan?
sedih kan? kita bukan main sayang dia. anggap dia kawan baik kita
tapi...
kita ni macam dah tak wujud dalam hidup dia.

oh, salah aku.
sebab aku lupa yang dia dah ada kawan baru.
pernah sekali dia lalu depan aku.
you know what?
dia tak perasan pun kewujudan aku kat situ.
sedih tak?

bila kita cakap dia sombong, dia marah.
takpe lah, aku tak terasa hati pun.
sebab hati aku ni memang dah tak rasa apa-apa.
sebab dah hancur lebur dengan perangai kau.



kau still boleh nampak aku ketawa kan?
jangan risaulah. aku still boleh hidup.
sebagaimana kau hidup dan have fun in your life, 
aku pun sama. aku enjoy dengan life aku sekarang.

kau jangan risau. aku takkan bazirkan air mata aku untuk kau.
walaupun saat tu, hati ni di siat-siat..
aku dah tak rasa apa sebab semuanya dah lebur lama dulu.

kadang-kadang pun, aku rasa
semua yang berkawan dengan aku semua fake.
berkawan dengan aku sebab nak ambil kesempatan.
dunia..dunia..
mungkin aku ni senang sangat nak di perlekeh.
tak pandai nak lawan apa yang kau cakap.

tapi kau tak tahu kenapa aku buat semua tu kan?
sebab aku sayang kau. aku tak nak hilang kau sebagai kawan aku.
sebab kau tak pernah tahu nama kau selalu meniti di bibir setiap kali aku berdoa.
kau tak tahu betapa aku takut kehilangan kau.
selalu mengalah, sebab aku tak nak kau sedih.
tak nak kau rasa aku tak peduli.
hakikatnya hanya Allah yang tahu.



mungkin aku tak sehebat kau dalam berkata-kata.
aku tak setanding kau dalam semua perkara.
tapi satu yang aku nampak antara kita.
kau tahu apa?
kau tak sayang aku macam aku sayang kau.




2 comments:

  1. alaaa... tak mo sedih sedih macam ni. inshaa Allah, pergi dan datangnya seseorang ada hikmah. saya pun pernah rasa macam tu, tapi kita kena kuat okay (:

    ReplyDelete
  2. kan..insyaAllah kuat.. terima kasih..:)

    ReplyDelete