Google+ Followers

My Followers~~

Monday, 21 December 2015

Dia Datang Lagi.. Kenapa?

Tuhan, sungguh aku tak kuat menghadapi dugaan rasa ini.
Kenapa segala kenangan lalu muncul kembali?
Kenapa rindu menggunung kembali hadir?
Mana pergi benteng yang aku pertahankan selama ini?

Hati, moga kau tetap kuat.
Rindu. 
Ya. Mungkin.
Secebis rindu untuk dia masih ada.
Ingatan tentangnya masih ada.
Tak mungkin lupa. Takkan pernah lupa.

Seksanya hati. Pedihnya jiwa tak siapa yang tahu.
Bukan tak pernah cuba untuk melupakan.
Tapi kerap gagal untuk melupakan.
Tetap gagal mengusir kenangan kala sendirian.


Kalau tak suka cakap.
Aku boleh hilang dari hidup kau.
Jangan buat aku dalam kekeliruan.
Bila aku tanya, aku mahu jawapan jujur.
Bukan lari dari menjawab soalan aku.





Tuesday, 24 November 2015

Tak pernah terfikir


Ya Tuhan. lamanya tak mengadap blog kesayangan ni.
maklumlah dah di tahun akhir ni, macam busy pulak. nak jenguk blog pun tak sempat.
ye lah, sem ni ambik subjek event management kot. memang banyak lah event 
yang nak kena join. *banyak lah sangat* 
dan sem depan dah save the date untuk handle event! 
bulan march. dan ada dua event besar. hope everything will be okeyy.
dan untuk dua event tu aku as ajk transportation and penolong setiausaha.


okey dah! tu introduction jer. ni nak cerita..
tak pernah terfikir pun yang one day aku nak bukak bisnes.
sungguh, dulu tak minat pun. setakat bisnes suka-suka untuk tambah duit poket tu ye lah.
tapi since dah belajar bidang bisnes ni, plus aku ade join satu group usahawan, TLC.
tiba-tiba minat tu datang. idea nak bukak bisnes mencurah-curah.
so, aku decide nak start small bisnes. 

Sebab ada orang suka my artwork, 
so aku bukak tempahan tulis nama macam ni





normally orang buat bisnes pakai modal besar, bukak loan bagai kan.
tapi aku tak. aku bukak loan dengan mak je. mintak 2 ribu.
at the first place mak berat hati nak bagi. katanya 
" ummi bukan tak nak bagi awak pinjam duit tu. tapi ummi takut nanti dah dapat duit, awak tetibe cakap nak kahwin pulak "
alahai comel benau ummi aku ni. mana tah dia dapat idea tu aku pun tak tahu.

dan yang buat aku terkejut bila tiba-tiba dapat whatsapp dari abah
" dah masuk rm2 ribu Maybank..ingat pelajaran tu..kamu tu final year doh"



ya Allah, hilang fokus jap dalam kelas tu. Alhamdulillah, mungkin abah nampak yang aku bersungguh nak buat bisnes tu. lepas tu ape lagi, terus aku cari supplier dan dah start survey barang-barang yang aku bercadang nak jual. Alhamdulillah, Allah permudah jalan untuk aku capai cita-cita.

tapi ni baru permulaan. banyak lagi pengalaman dan ilmu yang aku perlu kutip. terutama dari orang-orang yang dah lama dalam bidang bisness ni. Oh ye, hari tu aku ade lah merayau-sorang kat satu tempat tu. berangan nak cari sepasang kasut. sebab kasut yang selalu pakai tu dh lama sangat. alih-alih terbeli benda lain. masa kat kedai tu saja je duk usha blaus. nampak macam cantik je, harga pun not bad. nasib baik lah kenal dengan owner tu. sebab pernah beli and singgah beberapa kali.

tudung yang aku pakai tu from @abeernaurah 
dan aku ada buat kerjasama dgn owner dia..hehe


Ni gambar promote tudung ^^

Mulut pulak rajin je bercerita yang aku pun bercita-cita nak bukak kedai macam dia. and what she said " bagus la cita-cita adik. saya sokong adik nak bukak bisnes." 
aku sengih je lah. dah alang-alang dia cakap gitu, aku pun terus ambik contact number dia.
mana la tahu dapat jadik cawangan dia kat ganu ke sape tahu kan.

Saturday, 19 September 2015

Things in my head


FYP, habiskan degree, me in the future, jodoh, kahwin and so on.
Bila dah usia makin meningkat ni, makin banyak pulak benda yang kena fikir, takde la asyik-asyik relationship goal je kan. Kena fikir dah pasal masa depan. What will i be in the future lepas habis degree ni. nak sambung master ke? ada jugak terfikir. tapi kalau terus sambung master lambat lagi lah nampaknya nak merasa pegang duit sendiri. bila pulak nak tolong mak ayah. tapi kalau tanya, seriously, aku dah malas nak belajar. matlamat aku sekarang lepas habis degree nak contribute something. sama ada untuk family or community. so i decide, nak kerja dulu 2,3 tahun cari pengalaman. then, aku nak buka business sendiri inshaAllah. aku tahu sekarang dah ramai yang mula buat business. ye, aku akui yang akan banyak persaingannya nanti. tapi, aku fikir yang business tu boleh pergi jauh. tujuan utama aku nak ada business sendiri ni, bukanlah nak cari keuntungan semata.



tapi aku fikirkan tentang masyarakat juga. aku berpendapat yang kalau aku buat business, i will need my own employees. so, secara tak langsung aku dah buka peluang pekerjaan untuk orang lain kan? that's the main reason. dan nanti kalau cita-cita aku tercapai, aku akan bagi keutamaan kepada bumiputra lah. nak bantu orang melayu naikkan ekonomi. aku budak business. rugi pulak rasanya kalau tak apply ilmu yang belajar time degree ni.



Nak sentuh sikit pasal relationship goal jugak. dah banyak kali jugak la my mom bergurau suruh aku kahwin. kadang-kadang rasa macam ummi aku tu tak sabar nak dapat menantu. ye ke? sebab kawan-kawan dia dah ramai yang ada menantu and dah dapat cucu. takyah gi jauh. sedara-mara pun sama. ni tambah lagi dengan musim cuti. panggilan kenduri kahwin toksah citer laaa. bersusun. 24 sept ni cousin aku, 26 sept cousin yang sorang lagi. yang tak tahan diorang lagi muda dari aku. ohhh tidakk! tapi kalau ikutkan aku aku tak kisah pun sebenarnya. dah jodoh diorang dah sampai kan. aku doakan yang baik-baik je. acececeh.

Tapi tu lah, tiap kali bila ummi aku mcm suruh aku start cari calon tu, rasa lain sikit lah. rasa macam nak cakap "ummi, orang takut kecewa" tapi aku diam je. biasenye aku balas, "ummi tolonglah carikan" then she will reply "ummi tak reti cari jodoh untuk orang, awak carilah sendiri" 



Kalau nak jawapan jujur, memang lah ada rasa nak kahwin bila kawan-kawan sendiri pun dah ramai yang berumah tangga. Kalau kat hostel, bila dengan kawan-kawan aku selalu je cakap nak kahwin,tapi bila pandang balik diri sendiri, i'm not ready yet lah nak pikul tanggung jawab jadi sorang isteri ni. banyak lagi yang kena baiki pada diri sendiri ni. 



so, i decide habiskan degree dulu. nak bahagiakan mak ayah dulu. nak capai impian dulu. lepas tu baru fikir balik pasal ni. 

Monday, 17 August 2015

You hurt me in many way!! I hate you!!!!!







Dear past,

Thanks for all of the fake feeling,

All of the fake smile and fake words for me.



I hate you! and i really mean it.

but don't worry, you're forgiven.

it just me that cannot forget it easily.



I need time.

I need space

Just let me free and please,

don't you try to approach me again.



cause it will deeply hurt me!




4 years and maybe more than that.
every time remember about the past
I can't control my emotion.
and tears are my best friend!





Friday, 14 August 2015

Kisah Budak Gemuk 2



Masa berlalu, hari berganti, tahun bertukar. Aku yang sekarang bukan lagi macam yang dulu. Bukan lagi aku yang ambik pusing segala cakap-cakap orang keliling. Aku sekarang dah pandai ignore mulut-mulut yang suka bercakap perihal orang lain. Dah pandai rasa yakin dengan diri sendiri. Mungkin pengaruh dari kata-kata positif sahabat-sahabat yang sentiasa terima aku seadanya. Mungkin juga sebab masih terasa ada yang menghargai diri ini.

Dan tiba-tiba, suatu hari hati aku di usik dengan kehadiran seseorang. Bukan kerana rupanya. Tapi kerana sikapnya. Tertarik dengan sikapnya yang pemalu bila di asak dengan soalan. Aura dia berbeza dari mana-mana lelaki yang aku pernah kenal masa zaman sekolah. Setiap hari aku akan pastikan mata aku dapat melihat kelibatnya walau dari jauh. Ahhh, angau!

Akhirnya aku buat keputusan nak kenal dengan dia. Nak jadi kawan dia. Menerusi seorang kawan, aku dapatkan nombr henfon dia. Pada awalnya aku berkira-kira sendirian, sama ada perlu atau tidak untuk aku menghantar pesanan ringkas buatnya. Dah karang-karang pesanan yang nak di hantar, aku padam balik. Akhirnya aku bertanya pendapat sahabat dunia akhirat aku, Nurin. Kata Nurin, kalau aku ikhlas nak berkawan tak salah kalau aku mulakan perbualan. Dengan perasaan yang berkobar-kobar, sekeping pesanan ringkas aku kirim padanya.

Zulhisham yang sedang leka menonton perlawanan bola sepak terganggu dengan bunyi henfon yang menandakan mesej  masuk. Lantas fokusnya pada perlawanan pasukan kegemarannya dialih seketika ke skrin henfon. Mukanya berkerut apabila mesej yang di terima dari nombor yang tidak di kenali. Tangannya menekan butang read untuk membaca mesej tersebut.

~Assalamualaikum, Sham kan? Boleh kita kenal? Kalau awak sudi nak berkawan reply aje mesej ni. Kalau tak berminat, Sham boleh abaikan mesej ni.Tq.~

                Kerutan di dahi Zulhisham makin bertambah. ‘Siapa pulak ni? Siap tahu nama aku lagi. Nak balas ke tak ni? Karang tak balas, di tuduhnya sombong. Balas je la kot. Dia cakap nak kawan je kan.’ Fikirnya dalam hati. Lantas jari Zulhisham mula menari laju di atas keypad henfon Sony Z1 yang di hadiahkan ibunya sebulan yang lalu.


p/s: Nantikan sambungannya yaa.. agak2 ape yang si Sham tu balas ye? 

Sunday, 9 August 2015

Cerpen pendek: Kisah Budak Gemuk 1

Dalam family aku, aku yang paling gemuk. Dalam 8 orang sahabat sampai syurga, aku yang paling gemuk. Tapi aku syukur sangat sebab diorang terima aku seadanya. Tapi kadang-kadang panas telinga jugak bila ada member yang kurus berat  45kg cakap “Eeeeee, ni mesti sebab makan banyak semalam, berat aku dah naik dah jadi 46kg!” terasa nak gam je mulut dia guna gam gajah! Weh, sentap kot. Abis aku yang sebelah hang berat 80kg ni tak terasa ke? 1kg je pun kau naik. Tu pun nak bising bagi semua orang tahu ke? Bukan naik 10kg pun.

Kadang-kadang bila keluar dan terjumpa kawan-kawan mak ayah, mesti ada yang akan cakap “ Anak ke? Besarnya. Kalah ayah dengan mak.” Dan apa yang aku mampu buat hanyalah menayangkan senyuman paksa. Rasa nak jawab je, “ ye la, mak ayah saya bagi cukup makan, sebab tu anak dia besar! “ tapi memang tak la aku nak jawab macam tu. Ye la, aku kan mengamalkan sikap menghormati orang yang lebih tua walaupun agak panas telinga bila diorang cakap macam tu. Salah ke jadi gemuk? Orang gemuk ni muka comel-comel ape? Sebenarnya takde la nak ambik kisah sangat apa yang orang cakap ni. Sebab prinsip aku, diorang ada hak nak bercakap, kalau kita sakit hati, tak payah layan dan buat tak tahu aje. Makin di layan, kita yang sakit hati. Yang menjadi masalahnya, kata-kata tu membunuh keyakinan diri aku tau tak! Sampai kadang-kadang aku rasa malu dengan diri aku sendiri. Sampai pernah terfikir nak telan pil kuruslah, nak buat sedut lemak lah.

Tapi Alhamdulillah, Allah kurniakan aku akal fikiran yang sihat dan waras untuk fikir segala kemungkinan makan pil kurus and buat sedut lemak tu. So, aku just accept diri aku and try be positive walaupun kadang-kadang banyak kata-kata negatif yang datang. Dengan perli dari orang yang tah apa-apa tu lagi dengan ejekanlah. Tapi tu lah, mulut orang bukan nya kita boleh tutup. Macam tempayan. So, biar je lah yang si mulut tempayan tu bersuara. Penat nanti diamlah dia. Dan aku, teruskan dengan menjadi positif dan cari hikmah di sebaliknya.

Dan apa hikmah yang aku jumpa?! Alhamdulillah, aku tak jadi perempuan gedik yang pakai baju ketat-ketat yang boleh menampakkan segala asset yang tak patut di tunjuk tu. Alhamdulillah, aku tak jadi kegilaan lelaki-lelaki yang bermata keranjang. Alhamdulillah, aku tidak menjadi tumpuan mata-mata nakal lelaki-lelaki kat luar tu! Syukur sangat.

 Prinsip aku senang je, if aku nak cantik, aku akan jadi cantik. Tapi untuk sorang je. Iaitu lelaki yang sudah sah bergelar SUAMI. Masa tu kalau dia nak suruh aku diet ke, nak suruh aku jadi cantik macam Che Ta ke Miss Universe ke, aku akan usahakan sampai dia suka. Kan dapat pahala tu berhias untuk suami. Paling baik bagi aku, inner beauty. Yeah, cuba jadi cantik dari dalam. So, macam mana nak jadi cantik dari dalam? Jaga akhlak, jaga hati, tutup aurat dengan sempurna. Dan yang terpenting, letak ALLAH nombor satu dalam hati. Ingat, Allah pandang hati kita. Bukan rupa luaran. Cuba tengok orang-orang alim. Tak payah pergi jauh, tengok muka-muka ustazah, Nampak bersih je kan. Nampak cantik je walaupun tanpa solekan tebal.

Friday, 7 August 2015

Tiba-tiba dia muncul dalam mimpi, apa kes?


Aku memang akan ingat sesetengah mimpi yang pernah aku alami.
Tapi aku tak berapa percaya pada mimpi ni. sebab mimpikan mainan tidur.
Tapi hari tu, aku termimpikan dia semula. Dia tu siapa? biarlah aku dan Allah je tahu.
Dalam mimpi tu, aku ada kat rumah dia. seolah-olah keluarga dia rapat sangat dengan aku.

Dalam mimpi tu cuma ada mak dia, kakak sulong dia dan adik bongsu dia.
Dalam mimpi tu jugak, aku sangat rapat dengan mak, kakak and adik dia. 
Masa dalam mimpi tu, aku tengah duduk kat dapur tengah basuh pinggan.
Masa tugas tu nak selesai, dia menuju ke dapur dengan reaksi muka yang aku pun tak tahu nak describe macam mana. tapi yang menakutkan dia pegang parang.

Time tu aku dah kecut perut dah. Kot lah dia nak tetak aku ke ape. then dia keluar rumah.
Lepas tu aku dengar dia macam nangis. Aku pun cepat-cepatlah cari mak dia.
tanya, kenapa dengan dia yg tiba-tiba jadi macam tu.

Mak dia pun bagitau yang dia paksa anak dia tu kahwin dengan aku.
Adoiiii! terperanjat beruk aku. aku pun cakaplah, 
"kenapa makcik buat macam tu?'
"makcik tahukan dia tak suka saya, kenapa nak dipaksa jugak? lagipun saya sendiri dah ada pilihan hati saya lah makcik"
"cerita saya dengan dia dah lama tamat"
"tolonglah makcik, pujuk balik anak makcik, kesian dia"

dan lepas tu aku pun tersedar.boleh tahan drama jugak mimpi aku kan?
ni mesti pengaruh novel.nasib baik mainan tidur. mintak di jauhkanlah dari jadi nyata.
kesian betul yang kena paksa kahwin dengan aku tu.

Thursday, 2 July 2015

Aku, TLC dan Impian


Bismillah, ..hari ni gembira sangat. Rasa macam impian selama ini yang aku duk berangan bakal jadi nyata. InshaaAllah.Dulu masa kecik aku bercita-cita nak jadi ustazah. sebab bagi aku ustazah tu baik. sebab dia tahu banyak pasal agama. then aku bercita-cita nak jadi cikgu. nak jadi macam mak aku. family aku pun, ramai yang jadi cikgu.lepas SPM aku apply nak masuk maktab. tapi takde rezeki. menangis jugaklah aku. sebab aku sangat suka dgn pekerjaan seorang guru. bagi aku kerja tu sangat mulia. ye lah, menyampaikan ilmu pada orang. tapi ye laa, kena redha. mungkin rezeki aku bukan kat bidang tu. lepas tu bercita-cita nak jadi penulis novel. mula-mula memang berangan nak tulis love story. tapi memandangkan sekarang banyak gila dah novel cinta, aku jadi malas. aku nak tulis something yang bermanfaat untuk para pembaca di luar sana. so, mungkin blog ni dah cukup. as long aku penuhkan isi blog ni dengan perkara-perkara yang bermanfaat kan?



sekarang. sekarang aku dalam bidang Business IT as a degree student at KPTM KL. jauh kan dari angan-angan aku dulu. tapi takpe, as long as aku boleh bawak subjek tu dan takde sangkut mana-mana paper, aku akan berjuang sampai puncak kejayaan. Alhamdulillah, First year bergelar student kolej, aku ada join satu business with TLC (Top Leaders Circle) satu group usahawan. Mula-mula saje je join sebab nak try produk dia. Tapi last-last dpt tahu yang aku boleh buat side income dengan group TLC, why not kan? boleh lah tambah duit poket. aku kan anak sulung..takkan nak mintak duit kat mak ayah lagi..malu kot..mak ayah nak tanggung adik-adik sekolah lagi.. masa untuk aku berdikari pulak!

I have a big dream. Dream about my future. aku nak jadi sorang wanita yang berjaya atas hasil usaha aku sendiri. one day aku cakap kat my mom, aku tak nak kerja kerajaan. aku nak kerja sendiri. nak bukak perniagaan. then she say, buatlah. time tu aku dah tersengih dah. yes, dah dapat restu.



aku nak jadi macam CDM kak salha zain. seorang surirumah yang berjaya. seriously, CDM kak salha sangat-sangat memberi aku inspirasi. pernah jugak bermain di hati ni, bila dah berumah tangga aku nak jadi housewife. tapi bukan housewife yang duk rumah dan bereskan kerjarumah semata laa.. aku nak jana pendapatan sendiri dan tolong my husband. tapi dalam masa yang sama, aku boleh urus rumah tangga dengan baik..inshaaAllah.. sebab aku tahu perasaan seorang anak bila parents takde kat rumah. dan aku tak nak anak aku rasa benda tu. dan alhamdulillah, TLC membuka ruang untuk aku capai cita-cita aku.


#bebas masa
#bebas hutang
#bebas berbelanja
#top leaders circle

Proud to be one of TLcian!

Monday, 29 June 2015

Premium beautiful dan wanita


Hai semua, hari ni nak share cerita pasan #Premiumbeautiful. haaa, korang tahu ke ape tu premium beautiful?  Mai sini sarah citer sikit ye..




Premium beautiful atau nama timangannya #PB ialah satu produk yang di iktiraf sebagai Superbrand.
Senang cerita, PB ni ialah pakaian dalam wanita. TAPI, bukan pakaian dalam biasa tau! sebab pakaian dalam PB ni ada banyak function. PB ni memang direka khas 70% untuk kesihatan, 30% kecantikan dan 100% keyakinan. Bagi wanita yang ingin menjaga penampilan diri, sarah rasa korang kena ada satu set PB ni.

Untuk entry ni, sarah just nak highlight Premium beautiful punya ciri-ciri.
  • Superbrand produk
Seperti yang semua orang tahu lah kan, superbrand produk ni produk yang berkualiti. Bukan produk biasa-biasa tau. PB ni jugak dah lebih dari 20 tahun dalam pasaran dan still mendapat permintaan yang tinggi dari wanita-wanita yang ingin kekal sihat dan cantik tanpa perlu berbelanja besar.


  • LIFETIME WARRANTY
Ciri kedua ni suka untuk sarah highlight sebab, mana nak cari pakaian dalam yang ada LIFETIME WARRANTY ni? Henfon di tangan pun habis lama setahun je warranty dia. Hai, takkan henfon yang cuma kita pakai kat tangan tu boleh upgrade tiap-tiap tahun tapi takleh nak upgrade pakaian dalam kot?
Pakaian dalam kan memang kita pakai hari-hari..lainlah kalau ada yang tak pakai..opppss..sorry..sorry.. jangan risau, PB ni ada jaminan seumur hidup, tak perlu beli tiap-tiap tahun pun, kalau rosak boleh hantar repair..FREE je hantar repair tuu..kan seronok macam tu. takdelah kita nak kena keluar duit beli yang baru kan?

  • Fabrik Akwatek Akwadyne 
Fabrik ni biasanya di pakai oleh atlet. sebabnya fabrik ini tidak panas dan tidak menyekat kulit kita untuk bernafas. Fabrik ni mampu berubah mengikut suhu persekitaran. so, bila kita berada di tempat yang panas, dia akan bertindak menyejukkan kita dan bila kita di tempat yang sejuk dia akan bertindak sebaliknya. senang cerita fabrik ni sesuai di pakai sepanjang hari tanpa membataskan pergerakan kita.


Ada lagi beberapa ciri-ciri PB ni, tapi sarah akan ceritakan pada next entry yaa.. karang cerita banyak-banyak korang malas lak nak baca.


Ataupun jika ada sebarang pertanyaan, boleh terus whatsapp saya:

0139892458




Saturday, 13 June 2015

Projek duit raya dengan TLC


Bismillah..

sepanjang 3 tahun berblogging ni, aku tak pernah pun organize ape2 segmen or giveaway kan?
Memandangkan bulan puasa bakal tiba beberapa hari lagi, sarah rasa nak buat giveaway laaaaa.
InsyaAllah hadiah menarik dan exclusive bernilai rm200 dan ke atas menanti.
cuma sekarang sarah nak tengok dulu ramai ke tak yang nak join.
Kalau lebih dari 10 yg respon, sarah akan teruskan.

Kalau ada yang berminat, boleh tinggalkan komen sy nak ye..







Meriah mcm raya kelas TLC semalam

Fuhhhh, meriah sungguh ye kelas tlc nih. Tak sangka sungguh..cehh poyo je..memang meriah laa weii kalo nak cerita..aku ja yg first time dtg..lepaih ni mmg kena dtg slalu ler nmpknye lepaih ni. Sape nk ikut jom!hehe.. kdg2 rase mcm saloh masuk kelas pun ade..kejap ase mcm duk lam kelas kat kolej, kejap ase mcm duk kat taska, kejap rase macam duk kat rumoh terbuke *opps terawal pulak yee* 
hang tak caya? sat naa aku tunjuk bukti

bnyk lagi nak update kalau ikut kan, tp xtau nak cerita ape..
btw, stay tune and wait for my latest entry about TLC yewww..



Thursday, 11 June 2015

Excited + Nervous!!!


haaa, nak tau kenapa aku nervous?
maii sini sat baca nih..

mlm ni nak pi jumpa jutawannn wehhh,
Jutawann..ok aku ulang JUTAWANNNNNN


Gambaq ni aku ambik dari biz partner a.k.a my mentor > Dayah

yang sebelah dayahh tu laa yg aku cakap tadi..
CDM salha zain 

bukan cdm salha je yg aku nak pi jumpa ni..


tadaaaa, CDM Nur

secara ringkasnye, semua org dlm gambar kat atas tu
is my mentor ^_^

debor dup dap dup dap gok nok gi jupe ea..
tpi biar ar, peluang bukan maii sokmo,
lama dh nk jupe,
tp tak berpeluang..ni peluang dh duk ada depan mata,
takkan nak biaq gitu jaa kott,
rugii oiii


sebab ape aku kate rugiiii? 
sebab aura dgn org yg berjaya ni lain wehh

dan malam ni will be my first time to attend kelas TLC
biase dlm group wsapp je..
dok pon perhati dari jauh jeee..


ayat mentor aku sokmo-sokmo..
"Jomm fighting sarahhh" 


btw, semoga selamat smpai KL ye mentor2 ku syg..
petang ni kita ketemu yaaa..



Wednesday, 10 June 2015

Katakan Saja



aku kecewa
aku terluka
sakit hati
pendam sendiri

bukan minta banyak
cuma jawab soalan aku
aku perlu kepastian
supaya aku tak lagi setia menanti

tak mudah bagimu?
begitu juga aku!
bukan tak cuba
entahlaa, urusan hati

terkadang penat juga nak kawal
mungkin yang salah cara aku
mungkin yang salah adalah aku
terlalu setia menantimu

berharap harapan untuk aku pasti ada
biar sesaat cuma
ia pasti bermakna




Sunday, 7 June 2015

That precious time


Lamanya tak menulis, dah banyak pulak sawang dan habuk..
tiup sikit!
fuhh..fuhhh..fuhh
Haaa, baru nampak comel blog kesayangan hati beta ni..
seriously, this sem sangat sibuk.
*walaupun ade je masa aku baca novel*
tapi memang sem ni agak sibuk berbanding sem-sem lepas.
dengan assignment yang bertingket-tingket agak luar biasa.
terasa sangat rushing nak menyiapkan semua.
bukan laa kata nak buat last minute sangat pun,
mungkin salah susun masa nak menyiapkan.


dan disebabkan banyak kerja, sampai tak sempat nak balik Ganu!
more than one month okey! biasa selalu je balik.
sedih ok..sedih..sedih sangat..
sebab rinduuu..rinduu sangat-sangat kat family..
nasib baik sekarang zaman moden
whatsapp ngan call je pengubat rindu..



tahap rindu aku boleh tahan kronik jugaklah sampai tengok gambar pun boleh nangis..
cengeng kan?
biarlah, who cares !


Rindu jugak nak dating dan lepak kat this place with my abah


Tapi, Allah tak kejam, lastly aku dapat jumpa family aku.
diorang datang KL sebab attend majlis kahwin cousin aku..
wehuuu, so my family ambik aku kat hostel and
bermalam dekat rumah makcik kat Putrajaya..
sempatlah spend time dengan family pusing Putrajaya..

walaupun cuma satu malam, 
its good enough untuk lepaskan semua rasa rindu jumpa family depan mata..

Part of the family Cikgu Long with the newlywed

Saturday, 9 May 2015

Dari Hati Maisarah Mustafa


Luahan hati seorang teman:
Awak, sy sedih sangat. saya tak tahu nak cerita kat sape. sy pendam je sorang-sorang. tapi, hari makin hari perasaan sedih tu kian mencengkam hati saya. sampai suatu hari sy tak dapat kawal airmata sy dr terus mengalir. suatu pg tu, atas tikar sejadah, sy bgun dan tunaikan kewajipan sy.. masa berdoa, sy sebak..airmata makin laju menuruni pipi sy. sedu sedan kecil mula kedengaran. tapi masa tu awak tak sedar.sebab awak masih di ulit mimpi. pg tu sy hamburkan tangisan sy. sy cerita semua kesedihan sy pd DIA sebab sy tahu dia Maha Mendengar. awak nk tahu ape sy cerita? "Ya Allah, aku syg kwn2 aku. Sahabat2 aku. aku berharap sangat kami dapat sama2 melangkah ke syurga-Mu. Oleh itu ya Allah, kau kurniakanlah petunjuk dan hidayah-Mu buat kami ya Allah. jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa menjaga solat dan jadikan kami muslimah yang menjaga aurat." lepas tu makin rancak tangisan sy. tp sy kawal agar suara sy tak kedengaran. sy tak nak awak tengok sy nangis. sy tak suka.sy sambung lagi doa sy. sy sebut nama semua kawan2 sy. awak ingat sy main-main ke bila sy selalu cakap sy syg awak? walaupun mungkin masa sebut tu dalam nada gurauan. suatu hari, setelah sekian lama, sy dapat kekuatan nak beritahu awak sesuatu. masa tu cuma kita berdua. kita singgah kat surau untuk lepaskan penat. lepas tu tiba-tiba sy bgtau awak sy teringin solat sama-sama kan? dh lama sy tak nampak awak solat. sy nak tegur, tapi sy risau hati awak terguris. tapi sebab sy syg awak, sy bgtau jugak walaupun awak mungkin akan kata sy bajet alim. tapi masa tu sy dh tak fikir semua tu. lepas kita balik hari tu, sy gembira sangat. sy rasa lega sebab awak tak marah pun sy. dan asar hari tu kita solat sama-sama. lepas tu sy nampak awak dh mula solat. Allahu rabbi cry emoticon menitis airmata gembira sy. Alhamdulillah. syukur sangat2. semoga awak terus istiqomah. lepas ni boleh laa kite selalu saling mengingatkan. smile emoticon mcm hari tu bila sy tertidur masa buat assignment and awak ingtkan sy yg sy belom solat. smile emoticon smile emoticon
Dari hati seorang kakak:
Kadang-kadang aku sedih..adik2 selalu melengahkan solat. bila dah hujung2 waktu baru nak rushing solat.mula lah smbhyang mcm bas ekspress laju bukan main. dik, Allah tu bukan kwn kita. kita smbhyang ni umpama kita berbicara dengan DIA laa. agak rude laa kalau kita smbhyang ekspress gitu. dh tu lepas smbhyang kita berdoa kan? aku tgk kadang2 cepat je kau bangun dari sejadah tu. kau nak pergi mana laju sangat dik? hmmmmm...kau kan banyak hajat, banyak wish, time berdoa tu laa kau boleh mintak mcm2..mintak laa ape2 pun..sebab Allah tu Maha Mendengar tau. Walaupun kadang-kadang doa kita tak termakbul, tu bukan bermakna Allah tak nak makbulkan. tapi DIA nak bg yang terbaik untuk kita. oh ye, lagi satu, kau duduk rumah tu, tlg laa umi ngan abah..masa ni je kau nak berbakti pd mereka. sementara mereka ada. senangkanlah hati mereka dik..jgn kau buat mereka sedih dengan perangai kau yang tak solat tu..tolong laaaa..aku merayu.aku tak mintak kau buat kerana aku.tapi buatlah kerana Allah dik, insyaAllah pahala untukmu.dan last thing, aku syg semua adik2 aku. walaupun kadang2 aku kasar. aku tak pernah cakap syg. tapi korang tak pernah tahu kan isi hati aku.kadang2 aku kecik hati bile korang tak hormat aku.tapi aku diamkan aje. sampai satu ketika aku pernah nangis time korang semua dh tido.kalau aku tak syg, takkanlaa setiap kali nak balik aku susah2 cari hadiah utk korang. aku tak kisah duit aku habis. asalkan aku dpt tgk adik2 aku hepy.dan hadiah tu sbg tanda maaf aku marah2 korang. okeylah ni je kot..yg lainnya biarlah tersimpan kemas dlm hati.
oleh:‪#‎maisarahmustafa‬

Wednesday, 25 March 2015

R.I.N.D.U

Dah lama rasanya since my last entry kan?
Rindu gila kat blog kesayangan ni.
Tapi apakan daya kuota internet tak mengizinkan aku 
untuk sentiasa ke sini.
Kat kolej pun sekarang dah pakai kuota untuk setiap student.
1GB je pulak tu untuk sebulan.
Mana cukup.
Cukup untuk buat assignment ja..
Kalau layan you tube, alamaknya memang bye-bye laa assignment aku.
Aku macam biasalah, takde citer menarik
selain kerinduan aku buat umi, abah n adik2 kat Ganu.
Ahh, rindunya nak balik.
Dah dekat sebulan tak balik.
Selalunya 2 minggu sekali aku balik.
Tapi, bila dah sem 4 ni, aku nak jimat duit, 
Tak leh laa nak balik selalu.
Kena jugak belajar berjauhan dengan keluarga.
Telan je lah semua rindu,
Doa jadi penghubung.
Telefon pelepas rindu.
Semalam umi call.
Adik aku demam rupanya.
Rindu aku barangkali.
Tapi semalam tak pulak dia cakap ngan aku.
Merajuk dengan abang dan kak cik dia.
Sabar je laa aku.

Ni je kot celoteh aku 
nak hilangkan rindu kat blog kesayangan dan family..
Ada masa, nanti aku update lagi..

Stay cool.
Jaga Hati,
Jaga Iman
Jaga Akhlak
Jaga Diri.

Sunday, 11 January 2015

Big Dream

lama dah rasanya blog kesayangan ni menyepi kan?
Sorry laa, mood nak blogging susah sangat nak loading sekarang.
Ni baru muncul. 
Sementara ada idea nak tulis, lebih baik tulis cepat-cepat.
Aku, memang jenis yang sangat suka berangan.
Tapi, sampai bila lagi aku asyik nak berangan je.
Takkan nak terus berangan je?
Aku pun nak jugak angan-angan aku jadi kenyataan.
Aku ni, memang seorang yang low confident.
Tapi sampai bila aku nak duduk di takuk lama?
Alhamdulillah, aku jumpa seorang mentor yang baik.
Mula-mula kenal melalui seorang kawan.
Mula-mula berani whatsapp je.
Tapi hari tu, aku jumpa face to face nak belajar dengan dia.
Baik orangnya dan suka senyum.
Dia banyak bagi semangat.
Hari tu aku macam give up dengan apa yang aku dah mulakan,
Tapi, kata-kata dia meresap dalam hati.
Rugilah bila buat separuh jalan.
Takkan tak nak akhiri apa yang kita dah mula.
Malam ni dia whatsapp aku.
Cakap nak tlg aku.
Nak guide aku berjaya macam dia.
Terharu sangat.
Ye la, bukan senang orang luar nak support kita.
Tapi mentor2 aku sangat bagus,
Semangat dia lagi power berbanding kita.
Terima kasih kak sue.. Terima kasih dayah sebab support sarah.
I'll follow your step.