Google+ Followers

My Followers~~

Monday, 29 June 2015

Premium beautiful dan wanita


Hai semua, hari ni nak share cerita pasan #Premiumbeautiful. haaa, korang tahu ke ape tu premium beautiful?  Mai sini sarah citer sikit ye..




Premium beautiful atau nama timangannya #PB ialah satu produk yang di iktiraf sebagai Superbrand.
Senang cerita, PB ni ialah pakaian dalam wanita. TAPI, bukan pakaian dalam biasa tau! sebab pakaian dalam PB ni ada banyak function. PB ni memang direka khas 70% untuk kesihatan, 30% kecantikan dan 100% keyakinan. Bagi wanita yang ingin menjaga penampilan diri, sarah rasa korang kena ada satu set PB ni.

Untuk entry ni, sarah just nak highlight Premium beautiful punya ciri-ciri.
  • Superbrand produk
Seperti yang semua orang tahu lah kan, superbrand produk ni produk yang berkualiti. Bukan produk biasa-biasa tau. PB ni jugak dah lebih dari 20 tahun dalam pasaran dan still mendapat permintaan yang tinggi dari wanita-wanita yang ingin kekal sihat dan cantik tanpa perlu berbelanja besar.


  • LIFETIME WARRANTY
Ciri kedua ni suka untuk sarah highlight sebab, mana nak cari pakaian dalam yang ada LIFETIME WARRANTY ni? Henfon di tangan pun habis lama setahun je warranty dia. Hai, takkan henfon yang cuma kita pakai kat tangan tu boleh upgrade tiap-tiap tahun tapi takleh nak upgrade pakaian dalam kot?
Pakaian dalam kan memang kita pakai hari-hari..lainlah kalau ada yang tak pakai..opppss..sorry..sorry.. jangan risau, PB ni ada jaminan seumur hidup, tak perlu beli tiap-tiap tahun pun, kalau rosak boleh hantar repair..FREE je hantar repair tuu..kan seronok macam tu. takdelah kita nak kena keluar duit beli yang baru kan?

  • Fabrik Akwatek Akwadyne 
Fabrik ni biasanya di pakai oleh atlet. sebabnya fabrik ini tidak panas dan tidak menyekat kulit kita untuk bernafas. Fabrik ni mampu berubah mengikut suhu persekitaran. so, bila kita berada di tempat yang panas, dia akan bertindak menyejukkan kita dan bila kita di tempat yang sejuk dia akan bertindak sebaliknya. senang cerita fabrik ni sesuai di pakai sepanjang hari tanpa membataskan pergerakan kita.


Ada lagi beberapa ciri-ciri PB ni, tapi sarah akan ceritakan pada next entry yaa.. karang cerita banyak-banyak korang malas lak nak baca.


Ataupun jika ada sebarang pertanyaan, boleh terus whatsapp saya:

0139892458




Saturday, 13 June 2015

Projek duit raya dengan TLC


Bismillah..

sepanjang 3 tahun berblogging ni, aku tak pernah pun organize ape2 segmen or giveaway kan?
Memandangkan bulan puasa bakal tiba beberapa hari lagi, sarah rasa nak buat giveaway laaaaa.
InsyaAllah hadiah menarik dan exclusive bernilai rm200 dan ke atas menanti.
cuma sekarang sarah nak tengok dulu ramai ke tak yang nak join.
Kalau lebih dari 10 yg respon, sarah akan teruskan.

Kalau ada yang berminat, boleh tinggalkan komen sy nak ye..







Meriah mcm raya kelas TLC semalam

Fuhhhh, meriah sungguh ye kelas tlc nih. Tak sangka sungguh..cehh poyo je..memang meriah laa weii kalo nak cerita..aku ja yg first time dtg..lepaih ni mmg kena dtg slalu ler nmpknye lepaih ni. Sape nk ikut jom!hehe.. kdg2 rase mcm saloh masuk kelas pun ade..kejap ase mcm duk lam kelas kat kolej, kejap ase mcm duk kat taska, kejap rase macam duk kat rumoh terbuke *opps terawal pulak yee* 
hang tak caya? sat naa aku tunjuk bukti

bnyk lagi nak update kalau ikut kan, tp xtau nak cerita ape..
btw, stay tune and wait for my latest entry about TLC yewww..



Thursday, 11 June 2015

Excited + Nervous!!!


haaa, nak tau kenapa aku nervous?
maii sini sat baca nih..

mlm ni nak pi jumpa jutawannn wehhh,
Jutawann..ok aku ulang JUTAWANNNNNN


Gambaq ni aku ambik dari biz partner a.k.a my mentor > Dayah

yang sebelah dayahh tu laa yg aku cakap tadi..
CDM salha zain 

bukan cdm salha je yg aku nak pi jumpa ni..


tadaaaa, CDM Nur

secara ringkasnye, semua org dlm gambar kat atas tu
is my mentor ^_^

debor dup dap dup dap gok nok gi jupe ea..
tpi biar ar, peluang bukan maii sokmo,
lama dh nk jupe,
tp tak berpeluang..ni peluang dh duk ada depan mata,
takkan nak biaq gitu jaa kott,
rugii oiii


sebab ape aku kate rugiiii? 
sebab aura dgn org yg berjaya ni lain wehh

dan malam ni will be my first time to attend kelas TLC
biase dlm group wsapp je..
dok pon perhati dari jauh jeee..


ayat mentor aku sokmo-sokmo..
"Jomm fighting sarahhh" 


btw, semoga selamat smpai KL ye mentor2 ku syg..
petang ni kita ketemu yaaa..



Wednesday, 10 June 2015

Katakan Saja



aku kecewa
aku terluka
sakit hati
pendam sendiri

bukan minta banyak
cuma jawab soalan aku
aku perlu kepastian
supaya aku tak lagi setia menanti

tak mudah bagimu?
begitu juga aku!
bukan tak cuba
entahlaa, urusan hati

terkadang penat juga nak kawal
mungkin yang salah cara aku
mungkin yang salah adalah aku
terlalu setia menantimu

berharap harapan untuk aku pasti ada
biar sesaat cuma
ia pasti bermakna




Sunday, 7 June 2015

That precious time


Lamanya tak menulis, dah banyak pulak sawang dan habuk..
tiup sikit!
fuhh..fuhhh..fuhh
Haaa, baru nampak comel blog kesayangan hati beta ni..
seriously, this sem sangat sibuk.
*walaupun ade je masa aku baca novel*
tapi memang sem ni agak sibuk berbanding sem-sem lepas.
dengan assignment yang bertingket-tingket agak luar biasa.
terasa sangat rushing nak menyiapkan semua.
bukan laa kata nak buat last minute sangat pun,
mungkin salah susun masa nak menyiapkan.


dan disebabkan banyak kerja, sampai tak sempat nak balik Ganu!
more than one month okey! biasa selalu je balik.
sedih ok..sedih..sedih sangat..
sebab rinduuu..rinduu sangat-sangat kat family..
nasib baik sekarang zaman moden
whatsapp ngan call je pengubat rindu..



tahap rindu aku boleh tahan kronik jugaklah sampai tengok gambar pun boleh nangis..
cengeng kan?
biarlah, who cares !


Rindu jugak nak dating dan lepak kat this place with my abah


Tapi, Allah tak kejam, lastly aku dapat jumpa family aku.
diorang datang KL sebab attend majlis kahwin cousin aku..
wehuuu, so my family ambik aku kat hostel and
bermalam dekat rumah makcik kat Putrajaya..
sempatlah spend time dengan family pusing Putrajaya..

walaupun cuma satu malam, 
its good enough untuk lepaskan semua rasa rindu jumpa family depan mata..

Part of the family Cikgu Long with the newlywed