Google+ Followers

My Followers~~

Thursday, 2 July 2015

Aku, TLC dan Impian


Bismillah, ..hari ni gembira sangat. Rasa macam impian selama ini yang aku duk berangan bakal jadi nyata. InshaaAllah.Dulu masa kecik aku bercita-cita nak jadi ustazah. sebab bagi aku ustazah tu baik. sebab dia tahu banyak pasal agama. then aku bercita-cita nak jadi cikgu. nak jadi macam mak aku. family aku pun, ramai yang jadi cikgu.lepas SPM aku apply nak masuk maktab. tapi takde rezeki. menangis jugaklah aku. sebab aku sangat suka dgn pekerjaan seorang guru. bagi aku kerja tu sangat mulia. ye lah, menyampaikan ilmu pada orang. tapi ye laa, kena redha. mungkin rezeki aku bukan kat bidang tu. lepas tu bercita-cita nak jadi penulis novel. mula-mula memang berangan nak tulis love story. tapi memandangkan sekarang banyak gila dah novel cinta, aku jadi malas. aku nak tulis something yang bermanfaat untuk para pembaca di luar sana. so, mungkin blog ni dah cukup. as long aku penuhkan isi blog ni dengan perkara-perkara yang bermanfaat kan?



sekarang. sekarang aku dalam bidang Business IT as a degree student at KPTM KL. jauh kan dari angan-angan aku dulu. tapi takpe, as long as aku boleh bawak subjek tu dan takde sangkut mana-mana paper, aku akan berjuang sampai puncak kejayaan. Alhamdulillah, First year bergelar student kolej, aku ada join satu business with TLC (Top Leaders Circle) satu group usahawan. Mula-mula saje je join sebab nak try produk dia. Tapi last-last dpt tahu yang aku boleh buat side income dengan group TLC, why not kan? boleh lah tambah duit poket. aku kan anak sulung..takkan nak mintak duit kat mak ayah lagi..malu kot..mak ayah nak tanggung adik-adik sekolah lagi.. masa untuk aku berdikari pulak!

I have a big dream. Dream about my future. aku nak jadi sorang wanita yang berjaya atas hasil usaha aku sendiri. one day aku cakap kat my mom, aku tak nak kerja kerajaan. aku nak kerja sendiri. nak bukak perniagaan. then she say, buatlah. time tu aku dah tersengih dah. yes, dah dapat restu.



aku nak jadi macam CDM kak salha zain. seorang surirumah yang berjaya. seriously, CDM kak salha sangat-sangat memberi aku inspirasi. pernah jugak bermain di hati ni, bila dah berumah tangga aku nak jadi housewife. tapi bukan housewife yang duk rumah dan bereskan kerjarumah semata laa.. aku nak jana pendapatan sendiri dan tolong my husband. tapi dalam masa yang sama, aku boleh urus rumah tangga dengan baik..inshaaAllah.. sebab aku tahu perasaan seorang anak bila parents takde kat rumah. dan aku tak nak anak aku rasa benda tu. dan alhamdulillah, TLC membuka ruang untuk aku capai cita-cita aku.


#bebas masa
#bebas hutang
#bebas berbelanja
#top leaders circle

Proud to be one of TLcian!