Google+ Followers

My Followers~~

Sunday, 9 August 2015

Cerpen pendek: Kisah Budak Gemuk 1

Dalam family aku, aku yang paling gemuk. Dalam 8 orang sahabat sampai syurga, aku yang paling gemuk. Tapi aku syukur sangat sebab diorang terima aku seadanya. Tapi kadang-kadang panas telinga jugak bila ada member yang kurus berat  45kg cakap “Eeeeee, ni mesti sebab makan banyak semalam, berat aku dah naik dah jadi 46kg!” terasa nak gam je mulut dia guna gam gajah! Weh, sentap kot. Abis aku yang sebelah hang berat 80kg ni tak terasa ke? 1kg je pun kau naik. Tu pun nak bising bagi semua orang tahu ke? Bukan naik 10kg pun.

Kadang-kadang bila keluar dan terjumpa kawan-kawan mak ayah, mesti ada yang akan cakap “ Anak ke? Besarnya. Kalah ayah dengan mak.” Dan apa yang aku mampu buat hanyalah menayangkan senyuman paksa. Rasa nak jawab je, “ ye la, mak ayah saya bagi cukup makan, sebab tu anak dia besar! “ tapi memang tak la aku nak jawab macam tu. Ye la, aku kan mengamalkan sikap menghormati orang yang lebih tua walaupun agak panas telinga bila diorang cakap macam tu. Salah ke jadi gemuk? Orang gemuk ni muka comel-comel ape? Sebenarnya takde la nak ambik kisah sangat apa yang orang cakap ni. Sebab prinsip aku, diorang ada hak nak bercakap, kalau kita sakit hati, tak payah layan dan buat tak tahu aje. Makin di layan, kita yang sakit hati. Yang menjadi masalahnya, kata-kata tu membunuh keyakinan diri aku tau tak! Sampai kadang-kadang aku rasa malu dengan diri aku sendiri. Sampai pernah terfikir nak telan pil kuruslah, nak buat sedut lemak lah.

Tapi Alhamdulillah, Allah kurniakan aku akal fikiran yang sihat dan waras untuk fikir segala kemungkinan makan pil kurus and buat sedut lemak tu. So, aku just accept diri aku and try be positive walaupun kadang-kadang banyak kata-kata negatif yang datang. Dengan perli dari orang yang tah apa-apa tu lagi dengan ejekanlah. Tapi tu lah, mulut orang bukan nya kita boleh tutup. Macam tempayan. So, biar je lah yang si mulut tempayan tu bersuara. Penat nanti diamlah dia. Dan aku, teruskan dengan menjadi positif dan cari hikmah di sebaliknya.

Dan apa hikmah yang aku jumpa?! Alhamdulillah, aku tak jadi perempuan gedik yang pakai baju ketat-ketat yang boleh menampakkan segala asset yang tak patut di tunjuk tu. Alhamdulillah, aku tak jadi kegilaan lelaki-lelaki yang bermata keranjang. Alhamdulillah, aku tidak menjadi tumpuan mata-mata nakal lelaki-lelaki kat luar tu! Syukur sangat.

 Prinsip aku senang je, if aku nak cantik, aku akan jadi cantik. Tapi untuk sorang je. Iaitu lelaki yang sudah sah bergelar SUAMI. Masa tu kalau dia nak suruh aku diet ke, nak suruh aku jadi cantik macam Che Ta ke Miss Universe ke, aku akan usahakan sampai dia suka. Kan dapat pahala tu berhias untuk suami. Paling baik bagi aku, inner beauty. Yeah, cuba jadi cantik dari dalam. So, macam mana nak jadi cantik dari dalam? Jaga akhlak, jaga hati, tutup aurat dengan sempurna. Dan yang terpenting, letak ALLAH nombor satu dalam hati. Ingat, Allah pandang hati kita. Bukan rupa luaran. Cuba tengok orang-orang alim. Tak payah pergi jauh, tengok muka-muka ustazah, Nampak bersih je kan. Nampak cantik je walaupun tanpa solekan tebal.

No comments:

Post a Comment