Google+ Followers

My Followers~~

Friday, 14 August 2015

Kisah Budak Gemuk 2



Masa berlalu, hari berganti, tahun bertukar. Aku yang sekarang bukan lagi macam yang dulu. Bukan lagi aku yang ambik pusing segala cakap-cakap orang keliling. Aku sekarang dah pandai ignore mulut-mulut yang suka bercakap perihal orang lain. Dah pandai rasa yakin dengan diri sendiri. Mungkin pengaruh dari kata-kata positif sahabat-sahabat yang sentiasa terima aku seadanya. Mungkin juga sebab masih terasa ada yang menghargai diri ini.

Dan tiba-tiba, suatu hari hati aku di usik dengan kehadiran seseorang. Bukan kerana rupanya. Tapi kerana sikapnya. Tertarik dengan sikapnya yang pemalu bila di asak dengan soalan. Aura dia berbeza dari mana-mana lelaki yang aku pernah kenal masa zaman sekolah. Setiap hari aku akan pastikan mata aku dapat melihat kelibatnya walau dari jauh. Ahhh, angau!

Akhirnya aku buat keputusan nak kenal dengan dia. Nak jadi kawan dia. Menerusi seorang kawan, aku dapatkan nombr henfon dia. Pada awalnya aku berkira-kira sendirian, sama ada perlu atau tidak untuk aku menghantar pesanan ringkas buatnya. Dah karang-karang pesanan yang nak di hantar, aku padam balik. Akhirnya aku bertanya pendapat sahabat dunia akhirat aku, Nurin. Kata Nurin, kalau aku ikhlas nak berkawan tak salah kalau aku mulakan perbualan. Dengan perasaan yang berkobar-kobar, sekeping pesanan ringkas aku kirim padanya.

Zulhisham yang sedang leka menonton perlawanan bola sepak terganggu dengan bunyi henfon yang menandakan mesej  masuk. Lantas fokusnya pada perlawanan pasukan kegemarannya dialih seketika ke skrin henfon. Mukanya berkerut apabila mesej yang di terima dari nombor yang tidak di kenali. Tangannya menekan butang read untuk membaca mesej tersebut.

~Assalamualaikum, Sham kan? Boleh kita kenal? Kalau awak sudi nak berkawan reply aje mesej ni. Kalau tak berminat, Sham boleh abaikan mesej ni.Tq.~

                Kerutan di dahi Zulhisham makin bertambah. ‘Siapa pulak ni? Siap tahu nama aku lagi. Nak balas ke tak ni? Karang tak balas, di tuduhnya sombong. Balas je la kot. Dia cakap nak kawan je kan.’ Fikirnya dalam hati. Lantas jari Zulhisham mula menari laju di atas keypad henfon Sony Z1 yang di hadiahkan ibunya sebulan yang lalu.


p/s: Nantikan sambungannya yaa.. agak2 ape yang si Sham tu balas ye? 

No comments:

Post a Comment