Google+ Followers

My Followers~~

Friday, 7 August 2015

Tiba-tiba dia muncul dalam mimpi, apa kes?


Aku memang akan ingat sesetengah mimpi yang pernah aku alami.
Tapi aku tak berapa percaya pada mimpi ni. sebab mimpikan mainan tidur.
Tapi hari tu, aku termimpikan dia semula. Dia tu siapa? biarlah aku dan Allah je tahu.
Dalam mimpi tu, aku ada kat rumah dia. seolah-olah keluarga dia rapat sangat dengan aku.

Dalam mimpi tu cuma ada mak dia, kakak sulong dia dan adik bongsu dia.
Dalam mimpi tu jugak, aku sangat rapat dengan mak, kakak and adik dia. 
Masa dalam mimpi tu, aku tengah duduk kat dapur tengah basuh pinggan.
Masa tugas tu nak selesai, dia menuju ke dapur dengan reaksi muka yang aku pun tak tahu nak describe macam mana. tapi yang menakutkan dia pegang parang.

Time tu aku dah kecut perut dah. Kot lah dia nak tetak aku ke ape. then dia keluar rumah.
Lepas tu aku dengar dia macam nangis. Aku pun cepat-cepatlah cari mak dia.
tanya, kenapa dengan dia yg tiba-tiba jadi macam tu.

Mak dia pun bagitau yang dia paksa anak dia tu kahwin dengan aku.
Adoiiii! terperanjat beruk aku. aku pun cakaplah, 
"kenapa makcik buat macam tu?'
"makcik tahukan dia tak suka saya, kenapa nak dipaksa jugak? lagipun saya sendiri dah ada pilihan hati saya lah makcik"
"cerita saya dengan dia dah lama tamat"
"tolonglah makcik, pujuk balik anak makcik, kesian dia"

dan lepas tu aku pun tersedar.boleh tahan drama jugak mimpi aku kan?
ni mesti pengaruh novel.nasib baik mainan tidur. mintak di jauhkanlah dari jadi nyata.
kesian betul yang kena paksa kahwin dengan aku tu.

No comments:

Post a Comment