Google+ Followers

My Followers~~

Saturday, 19 September 2015

Things in my head


FYP, habiskan degree, me in the future, jodoh, kahwin and so on.
Bila dah usia makin meningkat ni, makin banyak pulak benda yang kena fikir, takde la asyik-asyik relationship goal je kan. Kena fikir dah pasal masa depan. What will i be in the future lepas habis degree ni. nak sambung master ke? ada jugak terfikir. tapi kalau terus sambung master lambat lagi lah nampaknya nak merasa pegang duit sendiri. bila pulak nak tolong mak ayah. tapi kalau tanya, seriously, aku dah malas nak belajar. matlamat aku sekarang lepas habis degree nak contribute something. sama ada untuk family or community. so i decide, nak kerja dulu 2,3 tahun cari pengalaman. then, aku nak buka business sendiri inshaAllah. aku tahu sekarang dah ramai yang mula buat business. ye, aku akui yang akan banyak persaingannya nanti. tapi, aku fikir yang business tu boleh pergi jauh. tujuan utama aku nak ada business sendiri ni, bukanlah nak cari keuntungan semata.



tapi aku fikirkan tentang masyarakat juga. aku berpendapat yang kalau aku buat business, i will need my own employees. so, secara tak langsung aku dah buka peluang pekerjaan untuk orang lain kan? that's the main reason. dan nanti kalau cita-cita aku tercapai, aku akan bagi keutamaan kepada bumiputra lah. nak bantu orang melayu naikkan ekonomi. aku budak business. rugi pulak rasanya kalau tak apply ilmu yang belajar time degree ni.



Nak sentuh sikit pasal relationship goal jugak. dah banyak kali jugak la my mom bergurau suruh aku kahwin. kadang-kadang rasa macam ummi aku tu tak sabar nak dapat menantu. ye ke? sebab kawan-kawan dia dah ramai yang ada menantu and dah dapat cucu. takyah gi jauh. sedara-mara pun sama. ni tambah lagi dengan musim cuti. panggilan kenduri kahwin toksah citer laaa. bersusun. 24 sept ni cousin aku, 26 sept cousin yang sorang lagi. yang tak tahan diorang lagi muda dari aku. ohhh tidakk! tapi kalau ikutkan aku aku tak kisah pun sebenarnya. dah jodoh diorang dah sampai kan. aku doakan yang baik-baik je. acececeh.

Tapi tu lah, tiap kali bila ummi aku mcm suruh aku start cari calon tu, rasa lain sikit lah. rasa macam nak cakap "ummi, orang takut kecewa" tapi aku diam je. biasenye aku balas, "ummi tolonglah carikan" then she will reply "ummi tak reti cari jodoh untuk orang, awak carilah sendiri" 



Kalau nak jawapan jujur, memang lah ada rasa nak kahwin bila kawan-kawan sendiri pun dah ramai yang berumah tangga. Kalau kat hostel, bila dengan kawan-kawan aku selalu je cakap nak kahwin,tapi bila pandang balik diri sendiri, i'm not ready yet lah nak pikul tanggung jawab jadi sorang isteri ni. banyak lagi yang kena baiki pada diri sendiri ni. 



so, i decide habiskan degree dulu. nak bahagiakan mak ayah dulu. nak capai impian dulu. lepas tu baru fikir balik pasal ni.