Google+ Followers

My Followers~~

Tuesday, 24 November 2015

Tak pernah terfikir


Ya Tuhan. lamanya tak mengadap blog kesayangan ni.
maklumlah dah di tahun akhir ni, macam busy pulak. nak jenguk blog pun tak sempat.
ye lah, sem ni ambik subjek event management kot. memang banyak lah event 
yang nak kena join. *banyak lah sangat* 
dan sem depan dah save the date untuk handle event! 
bulan march. dan ada dua event besar. hope everything will be okeyy.
dan untuk dua event tu aku as ajk transportation and penolong setiausaha.


okey dah! tu introduction jer. ni nak cerita..
tak pernah terfikir pun yang one day aku nak bukak bisnes.
sungguh, dulu tak minat pun. setakat bisnes suka-suka untuk tambah duit poket tu ye lah.
tapi since dah belajar bidang bisnes ni, plus aku ade join satu group usahawan, TLC.
tiba-tiba minat tu datang. idea nak bukak bisnes mencurah-curah.
so, aku decide nak start small bisnes. 

Sebab ada orang suka my artwork, 
so aku bukak tempahan tulis nama macam ni





normally orang buat bisnes pakai modal besar, bukak loan bagai kan.
tapi aku tak. aku bukak loan dengan mak je. mintak 2 ribu.
at the first place mak berat hati nak bagi. katanya 
" ummi bukan tak nak bagi awak pinjam duit tu. tapi ummi takut nanti dah dapat duit, awak tetibe cakap nak kahwin pulak "
alahai comel benau ummi aku ni. mana tah dia dapat idea tu aku pun tak tahu.

dan yang buat aku terkejut bila tiba-tiba dapat whatsapp dari abah
" dah masuk rm2 ribu Maybank..ingat pelajaran tu..kamu tu final year doh"



ya Allah, hilang fokus jap dalam kelas tu. Alhamdulillah, mungkin abah nampak yang aku bersungguh nak buat bisnes tu. lepas tu ape lagi, terus aku cari supplier dan dah start survey barang-barang yang aku bercadang nak jual. Alhamdulillah, Allah permudah jalan untuk aku capai cita-cita.

tapi ni baru permulaan. banyak lagi pengalaman dan ilmu yang aku perlu kutip. terutama dari orang-orang yang dah lama dalam bidang bisness ni. Oh ye, hari tu aku ade lah merayau-sorang kat satu tempat tu. berangan nak cari sepasang kasut. sebab kasut yang selalu pakai tu dh lama sangat. alih-alih terbeli benda lain. masa kat kedai tu saja je duk usha blaus. nampak macam cantik je, harga pun not bad. nasib baik lah kenal dengan owner tu. sebab pernah beli and singgah beberapa kali.

tudung yang aku pakai tu from @abeernaurah 
dan aku ada buat kerjasama dgn owner dia..hehe


Ni gambar promote tudung ^^

Mulut pulak rajin je bercerita yang aku pun bercita-cita nak bukak kedai macam dia. and what she said " bagus la cita-cita adik. saya sokong adik nak bukak bisnes." 
aku sengih je lah. dah alang-alang dia cakap gitu, aku pun terus ambik contact number dia.
mana la tahu dapat jadik cawangan dia kat ganu ke sape tahu kan.

No comments:

Post a Comment