Google+ Followers

My Followers~~

Thursday, 14 January 2016

Susah hati


Makin nak masuk ke umur 23 ni, makin banyak pulak
dengar perkataan kahwin.
Sape yang tak nak kahwin oiii!
Tambah-tambah bila kawan-kawan dah ramai yang mendirikan rumah tangga.
Yang dah ada 2, 3 anak pun ada.

Wedding Hajar. One of my Sahabat dunia akhirat. Dia yang first kahwin. Next??



Sorry still need them by my side.

Mak aku pulak dah 2,3 kali suruh aku cecepat cari pasangan.
Siap suruh cecepat dapat anak. 
Tak sabar nak dapat cucu lettew.
Adik-adik lagi lah.
Bila ummi bukak topik kahwin, giat je duk nyakat.
Tak sabar nak dapat abang iparlah. Haihhh, sabau je laa jadi kak long ni kan.
Abah je rilex.

Tapi masalahnye sekarang,
-Aku sangatlah tak ready nak pikul tanggungjawab jadi isteri.
-Sangatlah tak puas lagi hidup sendiri tanpa komitmen besar.
-Sangatlah tak puas hidup dengan ummi dan abah lagi.
-Sebab masih ada impian yang tak tercapai untuk bahagiakan ummi dan abah.
-Dan aku masih tak jumpa lelaki yang boleh bimbing aku, yang boleh ambik tugas abah jadi Imam aku.


Bagi aku perkahwinan tu satu tanggungjawab yang besar.
Ye lah nak bina keluarga. Ingat senang ke?
Ilmu di dada kena lah mantap dulu. Diri sendiri pun ke laut.
acanno nak jago anak nanti?

Ape-ape pun dah sampai jodoh nanti kahwin lah aku.
Doa-doakanlah bertemu dengan jodoh yang baik.
Semoga Putra Kayangan aku tu tahu menghargai seorang wanita bergelar isteri.



No comments:

Post a Comment