Google+ Followers

My Followers~~

Saturday, 13 February 2016

Rindu vs Benci



Dalam hati ada rindu.
Tapi aku benci rasa tu.
Sebab selalu buat aku teringat-ingat
Kadang-kadang sampai penat.

Hmmmm.

Tapi perasaan bukan boleh kawal pun,
Terpaksalah sibukkan diri.
Kalau tak, meroyan.
Lepas tu sakit hati.

Cara paling best nak buang rasa tu,
Aku suka luah dalam doa.
Sebab Dia tahu rasa hati aku.
Dan lepas tu aku rasa lega.


Tak Sempurna


Manusia.
Tak pernah sempurna.
Tapi aku tak faham.
Kenapa ramai yang bersikap menghukum?

Kau siapa?
Kau bukan Tuhan.
Hanya DIA yang layak menghukum.
Hanya Dia hakim yang paling adil.

Atas dunia kau Hakim mahkhamah?
Kau ingat aku kisah?
Hukuman kau hanya berdasarkan bukti dan saksi.
Belum kira yang dah di rasuah.

Begitu juga aku.
Hanya manusia.
Tak pernah sempurna.
Salah dan silap itu normal

Jadi aku nak kau maafkan aku.
Andai aku yang pergi dulu.
Jangan lupa hadiah aku.

Hadiah apa?
Satu je, DOA.



Friday, 12 February 2016

Kau pernah rasa?


Pernah kau rasa?
Kau sayang dia dan kau benci dia?
Aku pernah.

Pernah hati tanya kenapa sayang dia?
Tapi kau takde jawapan.
Aku pernah.

Aku harap dia tahu 
Aku sayang dia tanpa sebab dan alasan.
Entah, 
Dari dulu sampai hari ni
Aku tak jumpa jawapan yang di cari.

Tapi deep in my heart aku tahu.
Dia tak pernah berperasaan begitu.
well, aku tahu
aku bodoh.

Berharap dia balas rasa yang sama
Hakikatnya tiada apa

kenapa dengan aku?
Kenapa sayang orang yang tak sayang aku?
Buang waktu!

Aku pernah tanya
Apa dia rasa
Tahu apa jawabnya?
Dia lari tinggal tanda tanya.

so?

Aku teka sendiri
Rasa yang sama tak pernah dia miliki




Thursday, 11 February 2016

Always King of my heart



Anugerah terbaik yang pernah aku ada.
My one and only one.
Sentiasa menjadi raja di hati ni, <3 Abah <3

Aku memang rapat dengan abah.
Dari dulu. Sampai adik-adik semua jealous.
Diorang selalu panggil aku anak kesayangan abah.

Padahal abah sayang semua kot.
Entry ni keluar pun sebab dah lama nak tulis.
Cuma hari ni baru dapat mood.

Tadi pi 'supper' roti canai ngan abah.
cadangnya nak makan roti tempayan gulai kambing.
tu feveret abah. tapi roti tempayan dah habis.
so kitorang bedal roti canai. hehe.

ummi tak ikut.
so tu kira aku dating dgn abah lah.
ummi busy tanda kertas exam student dia.


aku suka spent time dengan abah.
sebab abah suke bercerita.
dalam cerita tu ada banyak nasihat.
walaupun kekadang bermula dengan satu joke.

aku suka bila abah bercerita pasal life dia dulu-dulu.
pasal arwah tokki dan tok nab. (Al-Fatihah)
pasal salasilah keluarga,

tadi pun borak pasal keturunan 'wan'
kata abah, arwah tokki keturunan siam.
asalnya golongan bangsawan jugak lah.

tiap kali abah sebut pasal keturunan ni.
abah akan akhiri dengan
"tapi ingat, keturunan is nothing u tau. yang penting 
hubungan kita dengan Allah, Sembahyang tak tinggal."

banyak kali abah sebut. InsyaAllah dah terpahat kemas dalam hati.

entahlah kekadang bila ingat balik semua perbualan dengan abah,
ada jugak rasa sedih. tanpa sedar kadang-kadang terasa 
macam aku dapat selami hati abah.

ok tak nak citer lebih pasal tu. takut aku nangis.
ni je lah kot.
bagi yang masih ada ayah,
tolonglah hargai mereka. yang mana tak rapat tu,
baiki lah hubungan tu biar jadi rapat macam kawan baik.
once kau dah hilang, takkan mungkin ada pengganti.

bagi yang dah takde ayah, (Al-Fatihah)
jangan sedih-sedih.
sentiasalah hadiahkan doa buatnya di alam sana.
dan jadilah anak yang soleh/solehah untuk dia.
itu harta bernilai bg seorang ayah dan ibu.


Abah, i'm so proud to be your daughter.
Sorry sebab tak jadi anak yang baik. 
selalu degil ikut kepala sendiri.
please stay healthy and always be my king okey!
Love you to the infinity and beyond!


Wednesday, 10 February 2016

Hanyut

Entah.
aku rasa ini bukan aku.
Segala yang aku lakukan berlainan dengan akal dan hati.
seolah-olah tersesat.
kenapa? 
Hanyut.
sepertinya aku yang dulu telah hanyut.
jauh meninggalkan semua yang aku sayang.
Tuhan.
kembalikan aku semula.
kembalikan semula semangat dan jiwa aku semula.
aku terseksa begini.
terkapai-kapai mencari arah,
bersendiri mengharungi gelap.
sepi mengcengkam kemas sekeping hati.
pilu dan sedih kulalui sendiri.
semoga esok aku terdampar di pulau nan indah.
agar aku temui semangat yang baru.
moga keindahannya mengembalikan jiwa yang hanyut itu.