Google+ Followers

My Followers~~

Thursday, 11 February 2016

Always King of my heart



Anugerah terbaik yang pernah aku ada.
My one and only one.
Sentiasa menjadi raja di hati ni, <3 Abah <3

Aku memang rapat dengan abah.
Dari dulu. Sampai adik-adik semua jealous.
Diorang selalu panggil aku anak kesayangan abah.

Padahal abah sayang semua kot.
Entry ni keluar pun sebab dah lama nak tulis.
Cuma hari ni baru dapat mood.

Tadi pi 'supper' roti canai ngan abah.
cadangnya nak makan roti tempayan gulai kambing.
tu feveret abah. tapi roti tempayan dah habis.
so kitorang bedal roti canai. hehe.

ummi tak ikut.
so tu kira aku dating dgn abah lah.
ummi busy tanda kertas exam student dia.


aku suka spent time dengan abah.
sebab abah suke bercerita.
dalam cerita tu ada banyak nasihat.
walaupun kekadang bermula dengan satu joke.

aku suka bila abah bercerita pasal life dia dulu-dulu.
pasal arwah tokki dan tok nab. (Al-Fatihah)
pasal salasilah keluarga,

tadi pun borak pasal keturunan 'wan'
kata abah, arwah tokki keturunan siam.
asalnya golongan bangsawan jugak lah.

tiap kali abah sebut pasal keturunan ni.
abah akan akhiri dengan
"tapi ingat, keturunan is nothing u tau. yang penting 
hubungan kita dengan Allah, Sembahyang tak tinggal."

banyak kali abah sebut. InsyaAllah dah terpahat kemas dalam hati.

entahlah kekadang bila ingat balik semua perbualan dengan abah,
ada jugak rasa sedih. tanpa sedar kadang-kadang terasa 
macam aku dapat selami hati abah.

ok tak nak citer lebih pasal tu. takut aku nangis.
ni je lah kot.
bagi yang masih ada ayah,
tolonglah hargai mereka. yang mana tak rapat tu,
baiki lah hubungan tu biar jadi rapat macam kawan baik.
once kau dah hilang, takkan mungkin ada pengganti.

bagi yang dah takde ayah, (Al-Fatihah)
jangan sedih-sedih.
sentiasalah hadiahkan doa buatnya di alam sana.
dan jadilah anak yang soleh/solehah untuk dia.
itu harta bernilai bg seorang ayah dan ibu.


Abah, i'm so proud to be your daughter.
Sorry sebab tak jadi anak yang baik. 
selalu degil ikut kepala sendiri.
please stay healthy and always be my king okey!
Love you to the infinity and beyond!


No comments:

Post a Comment